CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 180|Reply: 0

Bursa Tokyo menjunam 2.21 peratus

[Copy link]
Post time 7-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Penjualan besar-besaran  ekoran masalah hutang Zon  Eropah jejas pasaran saham Asia\rSAHAM Asia terus mencatat kejatuhan semalam, dengan Bursa Tokyo mencecah tahap terendah dalam tempoh dua tahun susulan aktiviti penjualan besar-besaran di Eropah ekoran kebimbangan isu hutang Zon Eropah berpotensi menggugat ekonomi global.  \r\n\n\n\n\r  Pasaran ekuiti terus mencatat kerugian dan mata wang euro merosot, memandangkan pelabur beralih yang mencari aset lebih selamat sebagai perlindungan dalam ketidaktentuan ekonomi, justeru menyaksikan emas terus mencatatkan rekod harga tertinggi.\r\r\n\n\n\n\n  Saham Tokyo susut 2.21 peratus, atau 193.89 mata kepada 8,950.57, paras terendahnya sejak April 2009, manakala Seoul ditutup pada 1.07 peratus atau 19.12 mata, lebih rendah pada 1,766.71 dan Sydney juga susut 1.60 peratus, atau 66.4 mata kepada 4,075.5. \rPada tengah hari, saham Hong Kong juga susut 1.47 peratus dan Shanghai berkurangan 0.52 peratus. \rKejatuhan itu adalah lanjutan daripada aktiviti jualan kelmarin selepas perangkaan pengangguran Ameri-ka Syarikat yang meningkatkan kebimbangan mengenai berlakunya sekali lagi kemelesetan bagi ekonomi terbesar dunia itu. \rIa turut mengikuti kerugian besar di Eropah, yang mana syarikat kewangan menerima kesan teruk selepas Ketua Tabung Kewangan Dunia (IMF), Christine Lagarde yang memberi amaran bank perlu mempunyai modal tambahan bagi menahan penularan dari krisis hutang Zon Eropah.\r\n\n\n\n\rKetua Bank Pusat Eropah, Jean-Claude Trichet juga memberi amaran perlu segera bagi pelan menyelamat hutang kedua yang ditanggung Greece, dan mengetatkan disiplin dalam pengurusan ekonomi Zon Eropah.\rFTSE 100 London susut 3.58 peratus, di Paris CAC 40 berkurangan 4.73 peratus dan Frankfurt’s DAX menjunam 5.28 peratus dalam tempoh dua tahun.  \rMasalah yang berlarutan di Zon Eropah telah memberi tekanan kepada mata wang serantau.\rEuro susut kepada terendah dalam sebulan iaitu $1.4062, berbanding $1.4109 London kelmarin. \rIa  diniagakan pada 107.94 yen daripada 108.57 yen.\rDolar pula dibeli pada 76.75 yen berbanding 76.86 yen di London.\rHarga emas pula mencatat rekod tertinggi 1,920.90 seauns.\rDi pasaran lain, Taipei susut 2.44 peratus atau 184.38 mata kepada 7,367.19.\rSaham MediaTek jatuh 3.86 peratus kepada Tw$274.0 manakala Formosa Plastics pada 3.52 peratuy lebih rendah pada Tw$85.0 Manila ditutup 1.81 peratus atay 79.48 mata lebih rendah pada 4,303.08.\rWellington susut 0.69 peratus atay 22.57 mata kepada to 3,270.56.\rSaham Telecom naik 1.7 peratus pada NZ$2.44, Fletcher Building ditutup tidak berubah pada NZ$7.58 dan Auckland Airport susut 3.0 peratus kepada NZ$2.26. –  AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.048874 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list