|
PENGGUNAAN kad debit di Malaysia akan menjadi pilihan utama dan meningkat mengatasi penggunaan kad kredit dalam tempoh beberapa tahun akan datang.\rNaib Presiden dan Pengurus Kanan Negara MasterCard Worldwide bagi Malaysia dan Brunei, Jim Cheah, berkata fenomena itu bukanlah suatu perkara yang baru kerana di negara maju ia sudah pun berlaku dan beliau menjangka perkara sama juga akan berlaku di negara ini.\r\n\n\n\n\r Katanya, perkara itu berlaku berikutan kesedaran orang ramai mengenai kewujudan kad debit yang mempunyai pelbagai fungsi dalam melakukan perbelanjaan harian selain turut menawar banyak kelebihan kepada pemegangnya.\r\r\n\n\n\n\n “Sebelum ini orang hanya mengetahui mengenai kad ATM dan fungsinya hanya mengeluarkan duit daripada bank.\r“Namun, kini kad ATM sudah berubah kepada kad debit dan selain mengeluarkan duit, pengguna juga boleh menggunakannya untuk berbelanja di kedai atau pasar raya untuk membeli barangan.\r“Ketika ini terdapat lebih 20 juta pemegang kad ATM berbanding kurang daripada 10 juta pemegang kad kredit dan hanya faktor masa yang bakal menentukan sebelum semua pemegang kad ATM bertukar kepada kad debit untuk mengatasi penggunaan kad kredit,” katanya di pejabatnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.\rBagi kad debit MasterCard, Cheah berkata, sehingga kini ia menyaksikan pertumbuhan dua digit dalam penggunaan kad itu dan menjangkakan ia terus berkembang pada masa akan datang.\r\n\n\n\n\r“Kini pihak kami sudah menjalinkan kerjasama dengan tujuh bank untuk mengeluarkan kad debit MasterCard dengan yang terbaru bersama Bank Rakyat dan akan menambah lagi kerjasama bersama sebuah bank pada akhir tahun ini,” katanya. \rPada perkembangan sama, pihaknya juga mengumumkan pada bulan pertama Karnival Jualan Mega 1Malaysia (1MMSC) sebanyak AS$699.3 juta dibelanjakan oleh pemegang MasterCard Malaysia berbanding AS$506.8 juta yang dibelanjakan pada tempoh yang sama tahun lalu menyaksikan peningkatan 37 peratus.\rKatanya, sebanyak 7.9 juta transaksi iaitu kenaikan sebanyak 24 peratus berbanding tahun lalu, 6.3 juta, dibuat oleh pemegang kad tempatan yang menggunakan sepenuhnya tawaran jualan.\rSelain itu, jumlah perbelanjaan pemegang kad MasterCard dalam dan luar negara semasa bulan pertama 1MMSC berjumlah AS$778.6 juta, kenaikan 37 peratus berbanding angka tahun lepas.\rJumlah urus niaga yang dibuat oleh pemegang kad Malaysia dan seberang laut berjumlah 8.4 juta, naik 24 peratus daripada tahun lepas.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|