|
Lancar produk baru penuhi kehendak pasaran, pelangganSYARIKAT Takaful Malaysia Bhd menyasarkan meraih kutipan premium RM898 juta tahun ini, peningkatan 14 peratus berbanding RM786.2 juta yang dicatatkannya tahun lalu.\rPengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Mohamed Hassan Kamil, berkata ia akan didorong penawaran rangkaian produk komprehensif demi memenuhi kehendak pasaran dan keperluan pelanggan individu dan juga korporat.\r\n\n\n\n\rBeliau berkata, syarikat itu akan melancarkan produk berkaitan pelaburan pada suku keempat tahun ini yang mana akan menjadi penanda aras baru kepada produk sedia ada, iaitu Takaful myGen-Life.\r\r\n\n\n\n\n“Kami di Takaful Malaysia akan sentiasa berusaha keras untuk menambah baik produk disamping melancarkan beberapa produk baru,” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur baru-baru ini.\rMohamed Hassan berkata, produk terkini seperti Takaful mySME, myPA Care dan MRTT Upah Haji mudah diakses pelanggan menerusi pelbagai rangkaian perniagaan seperti Agensi Korporat dan Runcit, Pembrokeran, Unit Perbendaharaan Perniagaan serta pemasaran dalam talian.\rSelain itu katanya, tawaran bagi semua produk takaful menerusi model Mudharabah dengan rebat sebanyak 15 peratus sekiranya tiada tuntutan dibuat sepanjang tempoh perlindungan menjadikannya sebagai pilihan utama pelanggan.\r“Proses penjenamaan semula yang dilaksanakan juga berjaya meletakkan Takaful Malaysia sebagai sebuah syarikat cergas, moden dan bertenaga berlandaskan prinsip Syariah.\r\n\n\n\n\r“Takaful Malaysia juga memantapkan saluran perniagaan baru iaitu Agensi Runcit dengan matlamat memperkembangkan tenaga agensinya kepada 2,500 ejen tahun ini bagi membantu pertumbuhan syarikat,” katanya.\rBagi tahun kewangan semasa, syarikat itu menguruskan 350,000 kes Takaful Am sementara bagi Takaful Keluarga khususnya segmen individu sebanyak 750,000 kes.\rSetakat Disember tahun lalu, Takaful Malaysia menguasai 25.46 peratus pasaran Takaful Am dan 10 peratus pasaran Takaful Keluarga masing-masing di kedudukan kedua dan ketiga dalam industri insurans takaful. \r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|