View: 144|Reply: 0
|
CIP tingkat integriti korporat, bebas rasuah
[Copy link]
|
|
Syarikat, perniagaan boleh buat pengisytiharan secara unilateralUSAHA Malaysia memperkenalkan ‘Ikrar Integriti Korporat’ (CIP) bagi mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih bertanggungjawab dan telus berjaya meningkatkan integriti dan bebas rasuah.\rKetua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Azmi Ariffin, berkata inisiatif ini dilakukan dengan kerjasama SSM sendiri, Institut Integriti Malaysia, Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Unit Koordinasi dan Kawal Selia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Transparency International dan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi di pejabat Perdana Menteri. \r\n\n\n\n\r Semua badan itu adalah anggota Meja Bulat ‘Ikrar Integriti Korporat’.\r\r\n\n\n\n\n Azmi menjelaskan CIP membolehkan syarikat dan perniagaan di Malaysia membuat pengisytiharan unilateral untuk tidak terbabit dengan rasuah akta rasuah dan melaksanakan Prinsip Anti Rasuah baik dalam urusan perniagaan mahupun ketika berinteraksi dengan rakan kongsi perniagaan dan kerajaan.\rKatanya, Prinsip Anti Rasuah tersebut mengandungi lima prinsip utama iaitu menggalakkan nilai integriti, ketelusan dan tadbir urus yang baik; serta pengukuhan sistem dalaman yang menyokong pencegahan rasuah.\r“Semua prinsip itu bukan pada niat saja, tetapi adalah komitmen syarikat dan perniagaan yang berikrar melaksanakannya. \r“Ia seterusnya menghasilkan sistem eko korporat dan bisnes yang diteraskan dengan nilai integriti, ketelusan, tanggungjawab, tadbir urus baik serta sifar rasuah,” katanya ketika berucap pada Simposium Jenayah Ekonomi ke-29 di University of Cambridge, pada 6 September lalu.\r\n\n\n\n\rSelain Azmi, Pengarah Bahagian Pembangunan Polisi dan Korporat SSM, Nor Azimah Abdul Aziz turut membentangkan kertas kerjanya berjudul ‘Managing Corporate Risk and Achieving Internal Control Through Statutory Compliance’ manakala Pengarah Bahagian Siasatan SSM, Aznorashiq Mohamed Zin pula membentangkan kertas kerja bertajuk ‘A Malaysian Perspective: Civil Liability Against Banks and Financial Institutions Pursuant to Investigation and Prosecution Under Anti Money Laundering and Anti Terrorism Financing Act 2001 dan ‘A Malaysian Perspective: Parallel Proceedings Undertaken by Companies Commission Malaysia ‘Philosophies and Case Study’ di simposium yang sama. Ini adalah kali kedua, Malaysia menerusi SSM dijemput untuk menyampaikan kertas kerja di Simposium tersebut.\rUjar Azmi lagi, buat masa ini semua anggota Meja Bulat Ikrar Integriti Korporat menganjurkan banyak aktiviti menggalakkan syarikat dan perniagaan untuk menandatangani ikrar serta membangunkan sistem integriti korporat. \r“Bagi membolehkan syarikat atau entiti perniagaan beroperasi dengan penuh tanggungjawab dan telus, ia perlu disokong dengan tadbir urus yang baik, integriti tinggi dan sifar rasuah. Ini menyekat peluang penipuan, penyalahgunaan dan lain-lain kesalahan berkaitan jenayah,” katanya lagi.\rBeliau menegaskan, persekitaran sihat seperti ini sangat penting untuk mengurangkan risiko ancaman terhadap kewangan dan ekonomi negara.\rMenurut Azmi, satu lagi bidang yang diberi perhatian ialah skim kepentingan yang menyalahi undang-undang.\rMelalui pemerhatian SSM, terdapat beberapa jenis skim kepentingan yang menyalahi undang-undang ditawarkan. Ia terbahagi kepada dua kategori iaitu skim tidak berdaftar dan skim kepentingan membabitkan aktiviti yang menyalahi undang-undang.\r“Skim kepentingan yang menyalahi undang-undang tumbuh seperti cendawan di seluruh negara, biarpun kempen keprihatinan untuk orang ramai dibuat besar-besaran sebagai langkah SSM menyekat pertumbuhannya.\r“Pada 2010 saja, SSM menerima 214 aduan dengan 62 peratus adalah skim pelaburan menyalahi undang-undang. Masalah diburukkan lagi oleh sikap pelabur yang tamak dan mudah ditipu dengan janji pulangan keuntungan yang cepat serta jumlah yang banyak,” katanya.\rMerujuk kepada kes penipuan skim pelaburan membabitkan penternakan komersial burung walet baru-baru ini, beliau memberitahu, antara tindakan SSM ialah mendapatkan injunksi mahkamah bagi menghalang syarikat itu daripada terus menawarkan pelaburan.\rKatanya, syarikat yang mula beroperasi pada November 2008 itu memberi jaminan memberikan pulangan kepada pelabur dengan skim pelaburan sarang burung. \r“Dengan injunksi mahkamah syarikat tersebut dikehendaki mendaftar surat ikatan amanah dengan SSM sebelum meneruskan operasi perniagaan mereka,” tambahnya.\rSementara itu, beberapa kes yang mendapat perhatian baru-baru ini ialah iaitu skim pembiakan lintah membabitkan sekurang-kurangnya 71 pelabur dengan jumlah pelaburan dianggarkan RM5 juta; serta satu lagi skim penternakan cacing tanah yang membabitkan 3,000 pelabur yang kehilangan lebih RM25 juta wang pelaburan mereka.\rSelain skim kepentingan menyalahi undang-undang, satu lagi fenomena negatif yang mendapat banyak perhatian akhir-akhir ini di Malaysia adalah skim Kumpulan Wang Kutu.\rPada 2010 SSM mendedahkan bahawa aktiviti skim dana kutu membabitkan kira-kira 100,000 peserta yang berjumlah RM33 juta.\rPenganjur skim kutu ketika ini menggunakan pelbagai saluran internet untuk menyebarkan skim yang meragukan ini. SSM mendapati banyak laman web, blog dan forum dicipta penganjur, yang mendakwa sebagai syarikat tulen untuk mendapatkan dana orang ramai serta menjanjikan pulangan besar untuk pelaburan mereka.\rMenyedari keperluan melindungi orang awam daripada skim penipuan yang berkaitan dengan Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 dicadangkan. \rAntara cadangan yang dikemukakan ialah meminda hukuman akta berkenaan iaitu untuk menaikkan denda maksimum RM5,000 kepada RM500,000 dan mengenakan hukuman penjara daripada 3 tahun kepada 10 tahun. Rang Undang-undang dibentangkan di Parlimen pada Mac 2011 dan telah diluluskan pada pertengahan Jun 2011 lalu.\r“Sebagai bukti pendirian kerajaan untuk membasmi perangkap skim kutu ini, hukuman penjara terhadap pesalah ditingkatkan kepada maksimum 10 tahun, berbanding dengan hanya tiga tahun sebelum ini,” katanya. \rHasil kajian SSM menunjukkan bahawa pada 2010 itu ada 12 kes membabitkan pelanggaran seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.\rAzmi memberitahu, SSM sebagai badan kawal selia yang mengawal pendaftaran syarikat dan perniagaan di negara ini, SSM juga sedang meningkatkan usaha bagi mengurus masalah di bawah seliaannya.\rPada 9 Mac 2010, Kabinet menubuhkan satu jawatankuasa kerja dan pasukan petugas di bawah nama ‘Jawatankuasa Khas Bersama Bagi Menangani Jenayah Kolar Putih’ bagi memerangi jenayah kolar putih sekali gus membina keyakinan kepada pelabur tempatan dan asing.\rJawatankuasa ini disertai oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM (JSJK), Suruhanjaya Sekuriti (SC), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Jawatankuasa ini berfungsi menggalakkan penyelarasan tugas antara agensi-agensi terbabit untuk mengelakkan pertindihan dalam tindakan penyiasatan.\rSSM juga mengadakan mesyuarat tetap dengan pelbagai pengawal selia untuk melihat kes individu korporat dan etika perniagaan bagi membuat keputusan secara kolektif jika mana-mana penipuan atau salah laku yang berlaku. Platform baru ini akan mempercepatkan proses membuat keputusan dan pendakwaan undang-undang.\rBagi setiap syarikat atau perniagaan di bawah penelitian pasukan petugas yang akhirnya memulakan prosiding, masa yang diambil untuk mahkamah untuk mencapai satu penyelesaian bergantung pada kes terbabit. Bagaimanapun, secara amya tempoh masa penyelesaian sesuatu kes akan dipercepatkan dalam tempoh tiga hingga enam bulan.\rJenayah kolar putih menyalahgunakan sumber kewangan yang besar, menyumbang kepada ketidakstabilan pasaran. Walaupun banyak telah dilakukan untuk meningkatkan kesedaran tentang tadbir urus korporat di seluruh dunia, realitinya adalah masih ada kelemahan utama yang membolehkan jenayah-jenayah ini untuk kekal dan tidak dapat dikesan.\r“Kami amat percaya bahawa pendekatan bersepadu adalah kunci untuk mengurangkan jenayah kolar putih secara universal.\r“Tanggungjawab ini perlu dikongsi di kalangan semua agensi-agensi kerajaan, syarikat swasta dan awam, industri merentasi semua kategori dan orang awam,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|