|
Lambangkan bank lebih agresif jadi peneraju khidmat kewangan serantauMALAYAN Banking Bhd (Maybank), bank terbesar negara dari segi jumlah aset, semalam melancarkan logo korporatnya yang baru menggantikan logo yang sudah digunakan sejak 1993 bagi memacu misi untuk Menginsankan Perkhidmatan Kewangan di Seluruh Asia.\rLogo itu melambangkan bank yang lebih agresif, dinamik dan berwajah kontemporari dengan perkembangan semasa serta sejajar dengan wawasan menjadi peneraju perkhidmatan kewangan serantau.\r\n\n\n\n\rBercirikan lebih moden dan terkini dengan mengekalkan elemen utama iaitu nama Maybank, warna kuning dan lambang kepala harimau mempamerkan bank berkenaan, manakala penggunaan lambang kepala harimau yang lebih hebat dan gagah menterjemah kekuatan kumpulan perbankan itu dan kepemimpinannya di rantau ini.\r\r\n\n\n\n\nLogo dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Menara Maybank di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Pengerusi Maybank, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.\rPerdana Menteri berkata, beliau gembira dengan keupayaan Maybank mencatat prestasi cemerlang tahun ini dan tahun lalu.\rKatanya, Maybank bukan saja berupaya mengekalkan status sebagai syarikat paling bernilai di Malaysia dengan pasaran modal RM65 bilion, tetapi turut memperoleh keuntungan selepas cukai sebanyak RM4.5 bilion tahun ini iaitu peningkatan 16 peratus daripada tahun sebelumnya.\rPaling membanggakan prestasi Maybank menghasilkan dividen yang diberi kepada unit amanah diurus Permodalan Nasional Bhd mencapai RM4.4 bilion hingga memberi kesan kepada pemilik unit amanah saham di seluruh negara.\r\n\n\n\n\rBagi pihak rakyat Malaysia dan kerajaan, saya mengucapkan tahniah kepada Lembaga Pengarah pengurusan dan kakitangan Maybank atas kejayaan amat cemerlang yang dicapai, katanya ketika berucap pada majlis pelancaran logo baru Maybank sempena majlis sambutan hari raya bank itu semalam.\rPerdana Menteri berkata, semua institusi kewangan di negara ini disarankan menyokong pelbagai inisiatif yang dilakukan kerajaan untuk membangunkan negara ke peringkat lebih tinggi.\rMengulas logo berkenaan, beliau menyifatkan pertukaran logo MAYBANK berbeza daripada syarikat lain kerana kebiasaannya ia dilakukan syarikat bermasalah dengan berharap ia dapat mengubah nasib syarikat berkenaan.\rMaybank berbeza kerana perubahan logo dilakukan untuk disesuaikan dengan kejayaannya di seluruh Asia, katanya.\rSementara itu, mengulas perniagaan Maybank di luar negara, Abdul Wahid berkata, permohonan lesen perbankan di Laos dijangka diluluskan tahun depan dan akan membuka cawangan pertamanya di negara itu pada tahun sama.\rMaybank juga berharap dapat berkembang di Thailand dengan menjalankan perbankan runcit, katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|