|
260 pelajar sertai Seminar Peperiksaan PMR tajaan TaHa\rSERAMAI 260 pelajar menyertai Seminar Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Merangkul Semua \'A\' di dewan Budiman Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Temenggong (SMKTT), Pendang, Kedah, baru-baru ini.\r\n\n\n\n\r Seminar tajaan Kelab Lembaga Tabung Haji (TaHa) dengan kerjasama Unit Pendidikan, Berita Harian. Program itu menggabungkan dua sekolah iaitu 100 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tiang (SMKST) dan 160 dari SMKTT.\r\r\n\n\n\n\n Majlis perasmian program sehari itu disempurnakan Pengetua SMKTT, Noraini Aziz. Hadir sama, Pengurus TaHa Pendang, Othman Md Isa.\rNoraini berkata, dia gembira program itu dapat dianjurkan di sekolahnya. Seminar pertama kali itu diharap menjadi program tahunan sekolah.\rAktiviti itu memberi peluang calon PMR membuat persiapan menjelang peperiksaan tidak lama lagi.\r“Saya berharap seminar ini memberi manfaat kepada pelajar kedua-dua sekolah. Inisiatif ini memberi peluang peserta bertukar nota untuk dimanfaatkan bersama,” katanya.\r\n\n\n\n\rSeorang pelajar SMKST, Mohd Hadi Darus, 15, berkata dia gembira kerana berpeluang menyertai seminar itu, banyak maklumat diperoleh selain meningkatkan keyakinan menjawab soalan.\rDia yang juga pelajar Orang Kelainan Upaya berkata, sebelum ini sukar baginya menghafal formula terutama bagi subjek Sains dan Matematik. Tip belajar secara sistematik yang disampaikan penceramah membantunya belajar dengan mudah.\rSeri Nur Amirah Noor Rodi, 15, berkata seminar memberi peluang kepadanya meningkatkan pemahaman menjelang peperiksaan tidak lama lagi.\rBimbingan peperiksaan secara menyeluruh itu katanya, mendedahkan peserta mengenai teknik menjawab soalan karangan dan objektif.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|