CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 98|Reply: 0

Tanggungjawab umat pertahan kedaulatan negara

[Copy link]
Post time 22-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Berbalah sesama sendiri kerana tamakkan kuasa, berpecah belah boleh roboh benteng kekuatan\rSEJAK awal pembinaan tamadun lagi sejarah menukilkan bahawa bangsa asing akan meninjau sesebuah penempatan sebelum mula menapak untuk membina empayar keluarga, ekonomi, politik malah hubungan antarabangsa sehingga akhirnya mereka menuntut atau mendapat hak yang sama dengan warga asal sesuatu penempatan diteroka. \r\n\n\n\n\r  Penjajahan itu bukan saja dalam bentuk fizikal atau paksaan yang lembut tetapi juga penguasaan minda dan jiwa sehingga sesuatu bangsa boleh hilang jati diri dan akidah yang utuh disebabkan pengaruh penjajah dominan.\r \r\n\n\n\n\n  Justeru, mempertahankan negara daripada gangguan dan pencerobohan luar yang menyelinap masuk melalui pelbagai cara adalah satu kewajipan setiap warga negara. Pelbagai cara boleh digunakan untuk menangkis strategi penjajah dan ia boleh dilakukan setiap individu mengikut kemampuan masing-masing. \rHal ini bukanlah luar biasa, cuma senario hari ini tidak sama dengan apa yang dibuktikan sejarah. Tiada lagi kapal layar berlabuh meletak sauh atau rempah ratus menjadi boneka dagangan, yang ada ialah pencerobohan minda mengkhayalkan hingga kita lupa kepayahan menuntut kebebasan daripada penjajahan. \rAda kala kita lupa menyelak latar belakang dan asal kejadian kerana lali dengan kuasa serta kemewahan sehingga sanggup berperang sesama saudara, yang akhirnya orang lain menang. \rTugas mempertahankan negara dengan apa juga cara besar ganjarannya di sisi Allah SWT, apatah lagi yang sanggup mengorbankan nyawa kerana tanah air tercinta. \rRasulullah SAW bersabda dalam hadis diriwayatkan Imam Abi Daud dari Muaz yang bermaksud: “Barang siapa yang berperang di jalan Allah walaupun sekejap, iaitu sekadar tempoh orang memerah susu unta, maka wajib baginya syurga. Dan barang siapa yang memohon kepada Allah SWT dengan sungguh-sungguh untuk berjihad kemudian ia meninggal dunia atau dibunuh, maka sesungguhnya baginya adalah balasan syahid. Dan barang siapa terluka atau ditimpa kemalangan di jalan Allah, maka ia datang pada hari kiamat sederas darah yang mengalir ketika ia luka, warnanya seperti za’faran dan baunya bagaikan wangian kasturi.”\rJusteru, tidak hairanlah apabila kita membaca kisah sahabat Rasulullah SAW yang syahid di medan perang, darahnya merah segar mengalir deras tanpa henti dan baunya sewangi kasturi yang boleh dihidu berbatu jauhnya. \rBahkan syuhada di Gaza dan Somalia juga ditunjukkan Allah SWT akan kekuasan-Nya, di mana mereka yang terbunuh bagaikan tidak sabar menghuni syurga yang diwajibkan bagi mereka. Yang hidup pula bagaikan tidak sabar mengikut jejak mereka yang terpilih oleh Allah SWT dan sentiasa berdoa supaya masanya tiba buat mereka turut syahid kerana mempertahankan negara demi agama.\rUntuk mempertahankan negara, kita bukan saja dibentuk oleh agama supaya mempunyai semangat juang tinggi tetapi juga kekentalan rohani. Keampuhan jiwa inilah menjadikan seseorang itu pejuang sebenar di jalan Allah SWT, mereka mampu bertahan dan tidak mudah mengaku kalah.\rTentera Islam dulu kuat dan teguh kerana ketaatan kepada Allah SWT yang ditonjolkan dengan mentaati pemimpinnya. Memang menjadi kewajipan orang yang dipimpin mentaati ketua mereka selagi perkara diarahkan tidak melanggar hukum Islam. \rInilah dapat membentuk angkatan tentera yang benar-benar bertanggungjawab dan rela berkorban demi negara. Bayangkan jika mereka berbalah sesama sendiri kerana tamakkan kuasa, sudah tentu ia boleh memecah belahkan perpaduan, persefahaman serta merobohkan benteng kekuatan.\rAllah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan musuh maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapi dan sebutlah serta ingatlah Allah SWT dengan banyakkan berdoa, supaya kamu berjaya mencapai kemenangan.” (Surah Al-Anfaal, ayat 45) \rIslam tidak mengajar umatnya menceroboh atau memerangi sesiapa saja yang menolak agama Allah SWT, tetapi umat Islam dituntut mempertahankan negara kerana agama. \rAllah SWT meminta kita berlaku adil kepada setiap warga negara meskipun berlainan agama dengan mengamalkan cara hidup yang damai dan makmur selagi mana umat Islam tidak dimusuhi kerana agama mereka dan selagi mereka tidak diusir dari tanah air mereka. \rTetapi Allah melarang orang Islam berbaik dengan orang yang memusuhi mereka kerana mereka beragama Islam apatah lagi yang menolak hukum Allah SWT ke atas umat Islam sendiri.  \rBukan mudah mempertahankan negara, apatah lagi isinya, bahkan ia menuntut komitmen semua pihak dari setiap lapisan masyarakat. Jika angkatan bersenjata menggunakan semua kelengkapan pertahanan untuk menghalang ancaman dan pencerobohan musuh, yang lainnya tentulah dengan kepintaran akal fikiran, keutuhan akidah yang sekali gus menyatukan setiap jiwa. \rBiarpun tidak sehingga berkorban nyawa, setiap pertarungan mempertahankan negara bukanlah kerja calang-calang, ia tidak cukup dengan bertegang urat dan bertikam lidah mengatakan siapa bakal menang atau kalah. Ia adalah sejarah bahawa umat Islam tidak akan kalah. \rPenulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia, kini melanjutkan pelajaran di United Kingdom

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.213139 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list