View: 4465|Reply: 20
|
perlu nasihat-nak kawin tp kekasih masih belajar
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by hitamputih at 26-9-2011 10:43
Salam semua,
Saya mendapat PM dari seorang moderator di sini untuk copy & paste thread asal saya di bod agama Islam. Mohon pandangan dari rakan semua. Terima kasih...
Salam buat semua para sahabat di forum.
Saya memerlukan pandangan dan pendapat dari saudara-saudari sekalian berkenaan dengan hal ehwal perkahwinan kerana saya menghadapi sedikit masalah dalam perkara tersebut.
Pada masa ini, saya sedang bercinta dengan seseorang. Saya memang ikhlas mahu memperisterikan beliau. Malangnya, kami berhadapan dengan beberapa masalah.
Pertama sekali, ibu bapa kekasih saya mahu 'melepaskan' dahulu kakak sulung kekasih saya sebelum membenarkan kami berkahwin. Malangnya, kakak sulung kekasih saya ini masih lagi belum mempunyai teman lelaki.
Keduanya, kekasih saya ini masih lagi belajar di peringkat ijazah. Beliau mungkin akan habis belajar dalam masa kira-kira setahun lagi. Saya fikir agak sukar untuk ibu bapa beliau membenarkan kami berkahwin ketika beliau masih dalam tempoh belajar. Tambahan pula, yuran pengajian dan elaun sara hidup beliau datang dari poket ibubapanya, maka bertambah sukarlah untuk kami meneruskan hasrat itu.
Ketiganya, ibu bapa beliau pernah berpesan agar beliau habiskan belajar dan hidup berdikari dengan duit sendiri dahulu sebelum berhasrat mahu berkahwin. Saya fikir ini petunjuk terbesar kenapa saya rasa cadangan kami untuk berkahwin dengan segera bakal menghadapi masalah.
Pada awalnya, saya dan kekasih saya yakin yang kami mampu untuk menunggu 2-3 tahun sebelum melangsungkan perkahwinan. Namun begitu, setelah difikir-fikir kembali, kami merasakan bahawa perancangan kami ini perlu difikirkan semula.
Secara ikhlasnya, sahabat sekalian rasa sebenarnya apa yang perlu kami lakukan untuk bercinta secara halal? Mungkinkah kami perlu bernikah secara senyap-senyap supaya kami boleh meneruskan hubungan tanpa perlu risau sebarang keterlanjuran?
Saya fikir untuk berbincang baik-baik dengan ibu bapa beliau adalah suatu yang mustahil kerana mereka sudah nyatakan secara tegas pandangan mereka dalam isu berkahwin awal ini.
Saya sayangkan kekasih saya dan saya mahu hubungan kami ini berlangsung dengan cara yang mengikut syarak tanpa perlu menghilangkan kemanisan kasih antara kami.
Terima kasih atas segala pandangan bernas. Bantuan saudara/i sekalian amat saya hargai. Hanya Tuhan bisa membalasnya...
Salam semua,
Baru-baru ini saya telah berkunjung ke rumah ibu bapa si dia. Alhamdulillah, kehadiran saya diterima baik oleh mereka.
Hasil perbualan kami, saya dapati semua kerisauan yang saya timbulkan sebelum ini ada asasnya. Saya juga tidak yakin bahawa kami dapat bersama dalam jangka masa 2-3 tahun ini sekurang-kurangnya.
Kepada yang memberi cadangan agar terus berdoa, terima kasih diucapkan. Mungkin saya harus mempertimbangkan untuk berhenti kerja dan menjadi seorang pendoa sepenuh masa.
Berkenaan dengan bersentuhan tu, saya akui saya tak cukup baik untuk mengelak perkara itu terus berlaku. Sebab itulah saya fikir bahawa pernikahan akan menyelesaikan persoalan itu.
nota tam :- same thread ada kat sini, tam edit title and highlight mainpoint for ez ref. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by boneka_bisu at 26-9-2011 21:59
- deleted - |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by faraway1 at 25-9-2011 17:32
bosan dengar perkataan sayang sayang tapi terdesak sangat nak
kahwin sampai boleh lenyap perkataan sayang tu nanti, kenapa...
korang muda lagi, si tu pun tak habis study lagi,
so no duit, keja belum tentu dapat, so no duit..
kahwin ni banyak nak pakai duit, katakan bunting pelamin,
no duit..
so korang nanti asyik bertekak aje pasal tak duit aje,
boleh baca kat sini melambak cita pasal gaduh sebab tak berduit
lepas tu bosan satu sama lain sebab asyik bertekak..
itu ke korang mahukan atas nama kasih sayang....
yea me sebut banyak pasal duit sebab u perlu duit tuk
bina hidup, berkasih sayang aje dah tak cukup,
sebab ianya tidak buat beras ada di dapur atau bill dibayar...
biarlah lambat kahwin asalkan selamat sehingga ke tua...
jangan cepat sangat nak kahwin tapi tak lama.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by boneka_bisu at 26-9-2011 21:59
- delete jugak - |
|
|
|
|
|
|
|
rilex dulu...jgn berebut2...,korangkan masih muda |
|
|
|
|
|
|
|
sabar la.. semua benda nak duit. rumah, kereta duit nafkah etc. tunang la dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Saya rasa berdasarkan pandangan yang saya baca di sini, mungkin ada berlaku sedikit salah faham.
Pertama sekali, memang si dia masih lagi sedang belajar, tapi saya sudah bekerjaya untuk tempoh yang agak lama. Umur kami agak jauh berbeza, lebih dari 5 tahun. Saya tak pasti samada saya boleh dikategorikan sebagai stabil dari segi kewangan atau tidak, tapi setakat ini saya sudahpun memiliki kereta dan rumah sendiri. Kalau ditakdirkan saya meninggal dunia awal, saya mempunyai insurans hayat dan simpanan (buat masa ini) yang melebihi setengah juta ringgit. Tidaklah banyak untuk bertahan seumur hidup dia, tetapi saya rasa sekurang-kurangnya tidaklah saya tinggalkan si dia terkapai-kapai untuk hidup sendiri.
Saya bukan mahu bermegah dengan harta dunia yang tiada nilai di sisi Allah itu. Cuma saya rasa apabila orang bercakap seolah-olah macam saya ini bermasalah dari segi ekonomi, pandangan sebegitu perlu dibetulkan.
Keduanya, tentang isu hadis copy and paste yang panjang lebar ditampal di thread ini, saya bersetuju. Benar, kami ada buat salah dalam perhubungan. Tapi saya rasakan sesetengah hadis itu tidak diambil dalam konteks yang betul.
Kenapa tukang tampal hadis copy paste itu tidak menyertakan sekali hadis tentang kewajipan seorang bapa mengahwinkan anak perempuannya yang sudah akil baligh? Kenapa tidak disertakan hadis yang menyuruh berkahwin untuk mengelak zina sekiranya mampu dari segi ekonomi? Bagaimana pula dengan hadis tentang kepentingan menyegerakan perkahwinan? Ringkasnya, saya boleh katakan bahawa hadis yang disalin dan ditampal itu hanya bertujuan untuk memenangkan si tukang tampal dari perspektif beliau sahaja.
Ada juga berpendapat bahawa agama telah menggariskan panduan dalam perhubungan. Itu juga benar. Perkahwinan juga adalah satu garis panduan yang ada.
Untuk meminta supaya kami tidak keluar bersama-sama, bagi saya itu sesuatu yang tidak praktikal dalam konteks zaman kini. Jawapan saya ini mungkin akan dicerca oleh golongan "dalam-bab-agama-hanya-pandangan-aku-sahaja-yang-betul", tapi inilah hakikat dunia masa kini. Memang tidak mustahil untuk tidak berjumpa, tapi konsepnya samalah macam menyuruh anak-anak zaman kini tak menggunakan internet atas alasan internet itu penuh dengan kemaksiatan dan kejahatan.
Tentang isu keredhaan ibu bapa, saya beri perbandingan mudah. Kami mahu berkahwin agar perhubungan kami diredhai Tuhan. Kalau ada yang menghalang perkahwinan atas niat tersebut, adakah itu masih lagi selari dengan saranan Tuhan? Tak perlu jawab di sini. Sila jawab pada diri kita sendiri.
Apapun, semua pandangan saya hargai walaupun ada yang mungkin saya tidak setujui. Terima kasih semua. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by boneka_bisu at 26-9-2011 22:00
- pun aku delete - |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by boneka_bisu at 26-9-2011 22:01
- sama je, delete! - |
|
|
|
|
|
|
|
*Untuk saudari boneka_bisu
Saya sebut "si penampal hadis" kerana saya rasakan panggilan itu lebih indah dari "boneka_bisu". Kalau saya sebut "boneka_bisu" nanti, saya dipanggil biadap dan tidak beradab pula nanti.
Maaf kalau saudari terasa, tapi bagi saya, tiada yang hinanya dengan panggilan "si penampal hadis". Kalau kita tak mampu menghuraikan sesuatu hadis berdasarkan konteks penurunannya, salin dan tampal pun sudah mendatangkan pahala, kan?
Saya rasa saudari sebenarnya yang mempunyai tanggapan awal. Saya sudahpun menemui ibubapa si dia, dan mereka memang tegas mahukan anak mereka itu habis belajar dan mempunyai kerjaya terlebih dahulu.
Apapun, pandangan saudari itu saya hargai. Terima kasih saya ucapkan.
*Untuk semua pembaca
Maaf sekali lagi andai ada hati yang tersentuh. Saya di sini untuk meminta pandangan, bukan hukuman. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# lada_benggala
lain manusia lain penerimaan, kan? saya tak guna id ni kalau saya x suka. tapi ya, terima kasih sbb bg penerangan lanjut. semoga dipermudahkan usaha awak nak bina masjid. dan saya putuskan utk padam pandangan saya semuanya, agar awak tak rasa dihukum. sumpah, rasa menyesal berkongsi pandangan. tapi saya maafkan juga apa2 salah faham awak, kalau ada. agaknya saya ni terlalu serius, beratkan sangat bab kawin senyap2, sampai saya tak sensitif pada hati perasaan org bercinta. ampun.
momod, kalau nak delete kredit pun takpe. rasa tak best bila encik ini rasa terhukum. kesian, makin serabut dia nanti. pandangan aku tulus, kalau nak menghukum, aku takkan buang masa menulis banyak2. baik aku tepek je nombor telefon tukang bawak org menikah kat Siam, siap dgn surat nikah segala. dijamin tiada penipuan dan kos tersembunyi (kata orang tu la). |
|
|
|
|
|
|
|
ko fikir diri ko jer, mungkin ko x fikir yg family gurl tu nk merasa duit anak diaorg gak... lepas kawen x dpt diaorg merasa... bukan ko yg tanggung dia dri kecil...
p/s: pasal hadis nk tempek3 tu ada sesetengah forumer dlm nie berpegang pda al-quran tpi bukan pda sesetengah hadis... apatah lgi hadis xthu asal usulnya... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam
tujuan asal, tam, mengajak si pembuka thread (selepas in di sebut as TT - motip tulis gini sbb lately byk sgt baca surat perjanjian) membuka thread yg sama di sini, sbb tam rasa, di sini, akan ada pandangan yg lain.
dlm mencari jawapan, pandangan negatif dan positif sama penting. kalau kita nak dgr pandangan yg semua nya bersetuju dengan kita, baik kita g tanya kat cermin.
TAPI
kita juga di anjurkan memberikan nasihat yang menyenangkan hati pendengar.
setiap org mempunyai HAK utk memberi nasihat dari segi apa pun, ala ala Agree to disagree. setiap pandangan plak berhak di terima atau ditolak org yg bertanya. itu adatnya. sila paham.
tentang hadis, itu hak masing2, tp hak masing2 juga utk melihat hadis dari segi pahaman sendiri.
kesimpulan:
berporem lah ngan berhemah dan berhikmah. bincang elok2 okeh... |
|
|
|
|
|
|
|
okeh ni spesifik reply to TT:
1. ko nak kawin ngan dia, dia nak kawin ngan ko, niat asal cantik dah selari agama.
2. tp niat tak menghalalkan cara.
3. yeap halal kawin kat siam beb, aku on own self pun penah handlekan kes kes org nak kawin di siam, not once, byk. sbb aku keja di kedah dulu. tp truthfully, diorg semua bahagia dlm derita. ngan hubby bahagia, tp malam tido tak lena mengenangkan parent taktau diorg kawin.
4. setahun lagi kan? tak lama tu beb. cadangan : bertunang dulu. yeap tak halal lagik tp at least put the stress at ease.
5. dlm bertunang, get hold urself utk 'bercinta cara islam" yeah yeah mustahil tak sentuh bla bla. tp cth: kalau kita ada big exam coming, kita cuti fesbuk/twitter/porem for a month, bleh kan?
6. date di rumah dia. date g cari barang2 kawin. date g dgr ceramah agama. date g kursus agama.
7. enjoy this one year! seriously! get yourself bz. cari short term project, buat non-profit project utk anak yatim :- biz yg profit tu masuk kat badan sukarela ur choice (do it with ur gf laa besh).
8. go travelling. amik cuti sebulan g pusing2 uK kalau berduit.
aku lapar nnti aku sambung |
|
|
|
|
|
|
|
ok la..pendek cerita, dia dah super ready tapi family awek tu xnak lepas..selalu family melayu mmg macam ni..bukan risau pihak lelaki x bole tanggung anak diorang, tapi takut pelajaran terganggu ke, malas kerja lepas kawen ke. diorang penat2 besarkan anak tu, bila lagi anak tu nak balas jasa mak bapak? xkan nak harapkan duit laki je? ko boleh cakap apa yg ko nak utk yakinkan mereka, tapi pemikiran parents terhadap anak perempuan ni lain. dah kawen, suami jadi priority no 1.
satu lagi, aku nak bagitau, in current job market in malaysia (aku kerja recruitment), aku selalu nampak majikan bias dengan orang perempuan yg baru berkahwin. alasan? tak boleh sesuaikan diri, x boleh kerja lebih masa, x boleh kerja shift, takut terpregnant etc. yes these are all ridiculous excuses tapi x boleh cakap apa.that's why the first job for any individual is very important. tak boleh tangkap muat je, nanti dah terjebak, x boleh lari. kalau lari, resume x cantik. reference check buruk. just saying yea.
masalah ko dah selesai sebenarnye kan. saje je nak cerita utk pengetahuan org lain dekat sini. peace! |
|
|
|
|
|
|
|
Saya tak faham sebenarnya kenapa ada orang yang nak jadikan thread saya ni sebagai pentas untuk drama peribadinya. Kadang-kadang buatkan saya tertanya-tanya sebentar, sayakah yang ada masalah peribadi? Atau orang lain? |
|
|
|
|
|
|
|
ko fikir diri ko jer, mungkin ko x fikir yg family gurl tu nk merasa duit anak diaorg gak... lepas k ...
B.K Post at 26-9-2011 22:26
Saya tak ada masalah pun kalau si dia mahu terus belajar dan bekerja bila habis belajar nanti. Bahkan kalau dia mahu sambung ke peringkat sarjana dan doktor falsafah pun saya sedia bagi sokongan.
Saya pun rasanya bukanlah dari golongan yang minta duit isteri. Kalau dia mahu beri pada ibu bapa dia nanti, berilah. Saya tak halang. Kalau dia mahu bantu saya dalam hal ekonomi rumahtangga pun, saya tidak melarang.
Ya, saya dari jenis yang pentingkan akademik. Si dia kata dia tak mahu sambung belajar selepas tamat ijazah nanti, tapi saya ada juga minta dia pertimbangkan semula keputusan tu.
Saya mahu lihat dia capai tahap yang lebih tinggi dalam akademik. Saya tidak nampak perkahwinan bakal jadi batu penghalang kepada dia dari segi akademik. |
|
|
|
|
|
|
|
okeh ni spesifik reply to TT:
1. ko nak kawin ngan dia, dia nak kawin ngan ko, niat asal cantik d ...
hitamputih Post at 27-9-2011 09:20
Cadangan yang penuh bernas.
Terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by hitamputih at 28-9-2011 09:26
Kadang2 aku nk kata...bleh tak ko diam.kalau dh hati nk kahwin..tak sabar dh...mmg mukadimah macam2...dan jgn lupa..mak bapak dia pun ada mukadimah panjang.huhuhu...cara yang terbaik..ko hantar jer ibu bapa ko..utk masuk meminang..kita tgk mak bapak dia terima atau tak...kalau mak bapak dia tak terima jugak..ko kenala byk2 tenang..byk2 istiqfar...ko tgk citer nur kasih tu..betapa sabarnya abang dia..huhuuhu..terharu aku.makin byk ko sabar,makin bykla rasa kecintaan allah s.w.t kepada ko.
Pada aku la kan..kalau aku jadi kakak..aku pun tak sarankan adik aku kahwin dulu...usia muda tu lain la..tp belum habis belajar pun,belum lagi merasa kemewahan duit sendiri..zaman enjoy ngan kawan2 pun belum lagi kecapi..tub2 kahwin..terus nk kena berdepan ngan komitmen yang tinggi.kalau aku,mmg aku tak sarankan..sbb hidup bekerluarga ni mmg memerlukan persediaan dr segi mental dan fizikal yang tinggi.
Nampak mmg mudah ,tp tak semudah bila melaluinya. edited :- guna huruf kecik yer tuan2 puan2 |
|
|
|
|
|
|
|
bersabar...
kalo lil jd mak gurl tu..lil pon xbg anak lil kawen dulu..
focus pd stdy..keja dulu...berbakti pd fmly...wpon xbyk
mmg la lepas kahwin pon boleh berbakti pd fmly tp kne share antara 2 fmly plak..
better la spend 1-2 yrs berbakti pd mak ayah dulu sblm kawen n berbakti kpd kedua2 fmly
ada je jd kat org terdekat lil..
hbs stdy..trus kawen..xkeje lg
pastu tgk kwn2 laen kuar g holiday same2..mula2 nk join lifestyle org bujang
mana boleh!!!!
nti rumah tangga ke mana...suami kemana...
owh ye...kpd TT, byk2 kn bersabar
kalo dh jodoh awk n dia...xkn kemana wpon terpaksa tunggu 5 thn lg... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|