CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 204|Reply: 0

Laporan khas Haji IKIMfm

[Copy link]
Post time 7-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Siaran bermula 20 Oktober sempena musim haji\rKELUARGA dan sanak saudara yang ditinggal tidak lagi perlu merasa risau biarpun warisnya kini berada jauh di Tanah Suci bagi mengejarkan ibadah Haji. \r\n\n\n\n\rSemua perkembangan terkini jemaah haji boleh diketahui setiap hari menerusi program Laporan Haji dan Debaran Mabrur apabila stesen radio IKIMfm menerbitkan program istimewa sempena musim Haji tahun ini.\r\r\n\n\n\n\nProgram akan bermula 20 Oktober hingga 11 November depan menyediakan laporan khas perkembangan perjalanan jemaah haji negara ini selain perbincangan ilmiah bersama beberapa tokoh kenamaan yang dijumpai di Tanah Suci Makkah.\rLaporan Haji akan disiarkan selama 10 hingga 15 minit setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 12.15 tengahari. Program Debaran Mabrur yang bersifat tazkirah juga disediakan setiap Isnin hingga Jumaat selama 10 minit bermula jam 1.30 tengah hari.\rBiarpun IKIMfm bukan saluran media pertama yang menyediakan laporan khas perkembangan jemaah Haji di Makkah, namun stesen radio itu mengambil pendekatan berbeza menyediakan laporan khas kali ini.\rPengarah Radio IKIMfm, Nik Roskiman Abdul Samad berkata, IKIMfm mengambil inisiatif berbeza penyediaan laporan haji yang tidak seperti laporan khas daripada media atau penerbitan program tv atau radio lain.\r\n\n\n\n\rJika sebelum ini kebanyakan program haji disajikan dengan format penceritaan yang digambarkan daripada pemerhatian pemberitanya, kami pula bukan saja menyediakan laporan tetapi ilmu yang memberi manfaat kepada pendengar setia IKIMfm.\r“Kelainannya laporan yang akan disediakan dua wartawan IKIMfm adalah menerapkan unsur pengajaran dan pengetahuan daripada perbuatan seperti wukuf, melontar, bermalam di Mina dan pelbagai lagi rukun Haji. Ia lebih bersifat falsafah yang terkandung di dalam semua perbuatan yang kita lakukan ketika mengejarkan Haji,” katanya pada sidang media pelancaran dua program itu baru-baru ini.\rHadir sama, Ketua Hal Ehwal Awam Bank Rakyat, Saliman Zainal, Pengurus Besar Kanan Operasi & Domestik Tabung Haji, Anuar Ahmad.\rKedua program yang diterbitkan itu bermatlamat memberi maklumat bukan saja buat umat Islam yang berniat untuk mengejarkan Haji, tetapi kepada mereka yang bukan beragama Islam dan ingin mengetahui mengenai Islam. Selain itu ia dapat berkongsi mengenai falsafah, kelebihan dan keistimewaan Haji serta galakan kepada generasi baru.\rProgram khas ini adalah kerjasama dengan Lembaga Tabung Haji dan di taja Bank Rakyat serta Ar-Rahnu Exchange.\rProgram ini akan dikendali penerbitnya sendiri Nik Hasnah Ismail dan dibantu oleh ustaz jemputan mengikut topik yang akan dibahaskan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.052149 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list