CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 133|Reply: 0

Selangor sedia dedah akaun YS, UNISEL kepada umum

[Copy link]
Post time 13-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM: Kerajaan negeri semalam mempertahankan kedudukan kewangan semasa Yayasan Selangor (YS) dan Universiti Selangor (UNISEL), selain bersedia mendedahkan kepada umum akaun dua institusi milik kerajaan negeri itu.\rMenteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata YS diaudit setiap tahun sejak kerajaan pakatan pembangkang mentadbir Selangor dan perkara itu dipraktikkan terhadap semua agensi dan syarikat miliknya.\r\n\n\n\n\r  “Tindakan audit bukan perkara aneh dan kita selalu buat laporan penuh bagi setiap enam bulan untuk mengesan dan memperbaiki kesilapan berlaku. \r\r\n\n\n\n\n  “Jadi, tidak timbul isu dibangkitkan sesetengah pihak mengenai dakwaan ini sebab kita sedia tunjuk kepada umum,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang bagi Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil (SKJT) seluruh Selangor, di sini.\rKelmarin, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar meminta Kerajaan Selangor mengumumkan kedudukan kewangan semasa YS dan UNISEL kerana didakwa mengalami kerugian sejak beberapa tahun kebelakangan ini.\rNoh berkata, Abdul Khalid wajar berbuat demikian jika pentadbiran kerajaan pimpinannya telus seperti dilaungkan sebelum ini.\rYS dan UNISEL yang sebelum ini dikenali sebagai Universiti Industri Selangor ditubuhkan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) sebelum ini bagi membolehkan anak negeri itu melanjutkan pengajian  dan ditempatkan di asrama penuh sekolah ternama di Lembah Klang.\r\n\n\n\rKerajaan negeri pada tahun lalu mempertahankan Pengurus Besar YS, Ilham Marzuki walaupun yayasan itu mengalami defisit RM7.41 juta selepas audit dalaman dilakukan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.\rMengikut laporan audit itu, perbelanjaan tidak telus, tidak berhemah dan tidak munasabah menyebabkan kos perbelanjaan ulang tahun ke-40 YS mencecah RM996,472 selain terdapat perbelanjaan selesai dibayar kepada pengurus acara walaupun aktiviti belum dilaksanakan.\rAudit turut berpendapat tadbir urus korporat di YS tidak memuaskan termasuk lantikan Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar yang dikatakan bukan pilihan utama panel temu duga, manakala seorang lagi sudah mendapat notis muflis.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 01:51 PM GMT+8 , Processed in 0.349993 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list