View: 196|Reply: 0
|
Permohonan PTPTN dibatal dengan kos
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi, di sini, semalam menolak dengan kos permohonan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membatalkan saman dikemukakan seorang peminjam yang disenarai hitam dan dihalang ke luar negara atas dakwaan gagal menyelesaikan pinjaman pengajiannya.\rHakim Mahkamah Sesyen Sivil, Unaizah Mohd membuat keputusan itu selepas mendapati pegawai bank, Mandeep Singh yang bertindak selaku plaintif mempunyai kausa tindakan terhadap PTPTN (defendan) bagi kes itu diputuskan dalam perbicaraan penuh.\r\n\n\n\n\r Unaizah menetapkan sebutan kes saman berkenaan pada 5 Mac depan bagi membolehkan semua dokumen disiapkan sebelum perbicaraan yang ditetapkan pada 9 dan 12 April.\r\r\n\n\n\n\n Mandeep yang diwakili peguam Abdul Malik Hakim memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutannya pada 20 September tahun lalu, dengan mendakwa beliau ditahan pegawai imigresen di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang pada 6 Julai 2011 ketika hendak berlepas ke China.\rKatanya, beliau dimaklumkan namanya disenarai hitam dalam pangkalan data Imigresen, bagaimanapun mendakwa PTPTN gagal memadamkan namanya daripada pangkalan data itu walaupun sudah dimaklumkan.\rMandeep mendakwa dihina di khalayak ramai dan insiden itu mencemarkan reputasinya, menuntut ganti rugi khas RM19,000 bagi kemudahan khas untuk tiket penerbangan dan tempahan hotel, faedah, kos dan bayaran lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|