CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 29519|Reply: 61

Hospital korban lelaki...pernah dengar tak???

[Copy link]
Post time 3-5-2012 11:54 AM | Show all posts |Read mode
Atau 'Rumah Sakit Korban Lelaki' nama bagi hospital bersalin kat Msia.

Kalau korang orang Msia mesti terpinga2 bila ditanya pasal nama hospital nih....sebab tak pernah dengar dan tak pernah tahu pun. Tapi cuba tanya orang seberang (Indonesia)....cepat jer diorang jawab:"oh! rumah sakit tu ada di Malaysia".

Tak caya?? Kalau jumpa mana2 Indon cuba korang tanya pasal hospital nih....tengok apa diorang jawab. Mungkin diorang boleh bagi sejarah asal usul nama hospital nih dan macamana diorang lebih tahu dari kita pasal hospital nih?

Masa aku kecik2 (tahun 80-an) pernah baca satu artikel kat paper pasal nama hospital yang buruk dan pelik nih. Baca tajuk jer aku terus tanya dalam hati apasal lah Indon nih bagi nama hospital bersalin diorang dengan nama yang sangat buruk sebab aku sangkakan itu nama hospital kat sana rupa2nya itu nama hospital kat Msia.

Dalam artikel tu menceritakan tentang wartawan Msia yang berkunjung ke Indonesia telah ditanya pasal 'Rumah Sakit Korban Lelaki' nih oleh orang sana. Mestilah dia terkejut sebab tak pernah dengar tapi orang sana beria2 mengatakan itu nama hospital bersalin kat Msia. Dia cuba terangkan nama tu tak pernah wujud kat Msia tapi orang sana agak keberatan nak terima penjelasan dia dan diorang menuduh dia menipu sebab malu dengan nama hospital tuh.

Satu insiden lain pulak aku baca kat forum topix kisah sorang student dari seberang yang belajar kat IPTS sini tanya house mate dia orang sini pasal hospital tuh. Bila diberitahu hospital tu tak pernah wujud dia terkejut yang amat sangat sebab dia dah dengar nama hospital tu sejak kecil lagi dan nama tuh sangat popular di Indonesia. Dia kata ingat Msia ingat 'Rumah sakit korban lelaki'....begitulah sinonimnya nama Msia dengan nama hospital tuh...

Ada beberapa insiden lain pasal nama hospital nih tapi aku malas nak tulis kat sini.

Aku nak tanya macamana asal usul boleh timbul nama hospital nih dan kenapa dikaitkan dengan Msia oleh orang seberang nih?

Ada yang kata itu propaganda Sukarno masa zaman konfrantasi dan ada pulak sumber lain bagi tahu nama tuh disebarkan oleh pendatang Indon sejak tahu 70-an masa diorang kerja kat Msia dan bini2 diorang bersalin kat HBKL. So, diorang cipta nama lain untuk Hospital Besar Kuala Lumpur menjadi 'Hospital Bersalin Korban Lelaki' kemudian ditukar kepada 'Hospital korban Lelaki' atau 'Rumah Sakit Korban Lelaki' yang pada asalnya hanya untuk joke tapi bertukar jadi mitos dan tersebar luas kat Indonesia sana.

Kalau korang ada pengalaman ditanya pasal nama hospital nih, sudilah kongsi kat sini atau mungkin lebih tahu asal usul macamana nama nih boleh tercipta oleh orang 'sana'.

Orang seberang juga dialu2kan untuk bagi komen pencerahan pasal isu nih....

Sekian, terima kasih....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2012 02:39 PM | Show all posts
ape mitos nya..xpenah plak dengar sebelom ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2012 03:17 PM | Show all posts
ape mitos nya..xpenah plak dengar sebelom ni
alinapple Post at 3-5-2012 14:39



    Kebanyakan orang Msia memang tak pernah dengar apa lagi generasi sekarang....tapi nama nih sangat familiar kat Indonesia.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 03:21 PM | Show all posts
Kebanyakan orang Msia memang tak pernah dengar apa lagi generasi sekarang....tapi nama nih ...
Fieza-mira Post at 3-5-2012 15:17



nanti kt cube tanya makcik tealady kat opis kt..die pn asal dri org seberang jugak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2012 03:27 PM | Show all posts
Reply 4# alinapple


    Nanti report sini yer apa dia cakap..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 04:03 PM | Show all posts
Reply  alinapple


    Nanti report sini yer apa dia cakap..
Fieza-mira Post at 3-5-2012 15:27



baikla nanti kt korek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2012 04:49 PM | Show all posts
haahahahahahaha

aku rasa aku tau kenapa hospital bersalin dipanggil hospital korban lelaki oleh orang indonesia..

yang aku paham.. hamil tu hasil dari "pengorbanan" kepada lelaki.. jadilah hospital korban lelaki... aku nak terang pun tak reti.. tapi itulah pemahaman aku
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 05:34 PM | Show all posts
Reply 7# cmf_honeysweet


   ooooo.... mcm tu pun boleh ek??? fakta ke auta nih??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2012 08:04 PM | Show all posts
Reply  cmf_honeysweet


   ooooo.... mcm tu pun boleh ek??? fakta ke auta nih??
MinyakAngin Post at 3-5-2012 17:34


Itu auta la...
Indonesia mmg suka auta.HKL tu hospital kuala lumpur di lawakkan hospital korban lelaki.
Contohnya president indonesia ke 2 habibie di gelar habis bikin bingung.
Ada ke nama president indonesia habis bikin bingung?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 04:59 AM | Show all posts
haahahahahahaha

aku rasa aku tau kenapa hospital bersalin dipanggil hospital korban lelaki oleh o ...
cmf_honeysweet Post at 3-5-2012 16:49


hospital korban lelaki tu maknanya hospital sakit puan la. obstetrics. maknanya sepital "mangsa" lelaki. pasai laki hat ngandong kan pompuan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 05:00 AM | Show all posts
haahahahahahaha

aku rasa aku tau kenapa hospital bersalin dipanggil hospital korban lelaki oleh o ...
cmf_honeysweet Post at 3-5-2012 16:49


hospital korban lelaki tu maknanya hospital sakit puan la. obstetrics. maknanya sepital "mangsa" lelaki. pasai laki hat ngandong kan pompuan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2012 10:23 AM | Show all posts
Post Last Edit by Fieza-mira at 4-5-2012 10:27

Tadi google pasal nama hospital nih dapat dari blog dia nih http://jaa64.blogspot.com/2012/04/beberapa-kesalahfahaman-bahasa-orang.html

"Assalamualaikum.....


Setelah hampir 7 bulan aku merantau kat Jakarta ni, macam-macam orang tanya aku pasal Malaysia, bahasa Melayu dan makanan...tak kisahlah kan, tapi yang agak mengejutkan aku adalah beberapa bahasa kita seolah-olah dipermainkan dan dijadikan bahan ketawa mereka...setakat ni dah 4 orang tanya aku tentang rumah sakit korban lelaki, apekah?????


this is so funny!!! aku ingat diorang main-main bila ada yang tanya betul ke rumah sakit kat Malaysia dipanggil rumah sakit korban lelaki??tapi bila semalam ada lagi yang tanya aku rasa konfuse lantas aku google...ternyata memang ada khabar angin tentang mende tu...kawan indonesia aku cakap cikgu dia cakap dalam kelas yang dekat malaysia takde rumah sakit bersalin, tapi rumah sakit korban lelaki..lol!!! aku sendiri pun pertama kali mendengarkan hal ini..rumah sakit hospital la beb, kalau untuk bersalin dipanggil hospital bersalin camtu je...manalah diorang dapat cerita ridiculous macam ni...huhu..."

Selebihnya baca sendirilah kat blog atas tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 02:23 PM | Show all posts
ingatkan hospital tu, pesakit lelakinya semua mati..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 03:22 PM | Show all posts
pernah dengar..tp ingat hosp tu kat indon..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 03:31 PM | Show all posts
aik...nanti aku siasat klu dapatla
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 04:34 PM | Show all posts
1st time denngar ni....mmg pelik sangat...errrrr mcm tu pon ade eh..."rumah sakit korban lelaki"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2012 04:36 PM | Show all posts
hospital besau kole lompo = hospital bersalin korban lelaki...

terrrbaaaeeeekkkkkk~~~
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 05:23 PM | Show all posts
maid aku tak tau pon????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2012 06:50 PM | Show all posts
Post Last Edit by Fieza-mira at 4-5-2012 18:52

Google lagi....jumpa blog nih pulak http://luar-negeri.kompasiana.com/2009/10/31/rumah-sakit-korban-lelaki/

"
Rumah Sakit Korban Lelaki

REP | 31 October 2009 | 11:26 Dibaca: 1172   Komentar: 4   1 dari 1 Kompasianer menilai menarik

Tadi siang saya menemani dua teman dari Jakarta untuk suatu keperluan dengan teman di suatu Kementrian Malaysia untuk bincang bincang sesutau di Putrajaya, kurang lebih 50 KM dari Kuala Lumpur. Putrajaya saat ini merupakan  kota pusat pemerintahan Malaysia.

Ditengah pembicaraan sambil makan siang  itu, tiba tiba saja salah satu teman dari Indonesia menanyakan kepada teman Malaysia, yang tidak ada kaitannya dengan pembicaraan.   Katanya, saya sudah dua hari di Kuala Lumpur, belum melihat ada rumah sakit korban lelaki?, dimana ada rumah sakit korban lelaki, lanjutnya.

Teman Malaysia saya yang empat orang , tiga lelaki dan satu perempauan, semuanya bengong, sebagai tanda mereka tidak mengerti apa yang dimaksudkan

Apakah itu pak, katanya……….

Ya itu rumah sakit korban lelaki, rumah sakit untuk melahirkan anak , teman saya menerangkan.

Saya diam saja dulu. karena banyak orang Indonesia, bila bertemu dengan orang orang Malaysia, suka sekali bertanya seperti itu, padahal orang Malaysia umumnya tidak pernah mendengar ada istilah semacam itu dan memang tidak ada rumah sakit korban lelaki di Malaysia, kalaupun ada, hospital puan dan anak ( rumah sakit ibu dan anak ).

Setelah saya jelaskan kepada mereka, jika di Indonesia sejak dulu hingga sekarang masih banyak orang percaya jika di Malaysia ada rumah sakit korban lelaki, ditambah sedikit penjelasan rinci kenapa ada istilah semacam itu , mereka tertawa terbahak bahak.

Ade ade sahaje , tapi tak apelah, begitu ya, kata mereka.

Baru sekali ini juga saya mendapat penjelasan orang Malaysia , kalau ada juga istilah korban lelaki di Malaysia  yaitu wanita yang perutnya membesar, maksudnya wanita hamil. Nah lho kena batunya.  Iya serius kata mereka , waktu saya menunjukkan mimik, mungkin mereka bercanda.

Kenapa  ya ada hal semacam itu di Indonesia yang sampai sekarang masih menjadi bahan candaan dan banyak orang malah percaya.  Mereka yang percaya,  maka   sewaktu pertama kali datang ke Malaysia, setiap ada kesempatan berjumpa dengan orang melayu  selalu saja akan bertanya   dimana ada rumah sakit korban lelaki, pasukan hentak hentak bumi dan seterusnya seperti yang biasa kita dengar. Lebih seru lagi kalau ada yang bertanya atau bercerita waktu pesawat terbang yang ditumpanginya dari Jakarta akan mendarat di Kuala Lumpur,…… puan puan dan tuan tuan dan seterusnya………….Payah dach, hoyyo.

Salam dari Kampung Pandan, Kuala Lumpur"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2012 06:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by Fieza-mira at 4-5-2012 18:57

Ada satu reply nih memang tak leh blah.....huhuhu....

31 October 2009 08:20:18
0

Pak Supli
Slamat Pagi
Sepertinya memang ada ya. Mungkin dulu memang ada, sekarang sudah tidak dipkai lagi.
Ada Ibu Betty di Singapura info, katanya ada tahun 78 dia lihat di Labuhan.
Dan teman Malaysia juga info katanya oarang Malaysia juga menyebut korban lelaki untuk hamil….hehe. Sudah nyambung kelihatannya
Berarti dulu itu bukan ikutan GM serperti ada yang bilang seperti itu , tetapi memang benar ada….
Salam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15886 Replies : 27
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 193357 Replies : 7103
Betul ke ayat" ni semua?
beansoyaBetul ke ayat" ni semua?
Views : 3152 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 113716 Replies : 4976
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24475 Replies : 18
Jalan-jalan cari hantu
BicaraHatikuJalan-jalan cari hantu
Views : 40594 Replies : 42
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25782 Replies : 146
Komputer ada problem..
faristoyouKomputer ada problem..
Views : 16951 Replies : 3
Putera Harry sahkan pemastautin tetap Amerika Syarikat
maklukpenggodaPutera Harry sahkan pemastautin tetap Am
Views : 10023 Replies : 24
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29191 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.206887 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list