Assalamualaikum
Last week...isu UFO Ampang ni trending d twitter...kt bwh nie ada petikan blog pasal isu nie:-
[Hangat] UFO berlegar di Ampang Malaysia? Temubual eksklusif bersama saksi kejadian
oleh Admin
Pernah dengar Area 51? Pernah tengok filem Paul? Atau pernah tengok cerita District 9? UFO memang tidak asing lagi dan menjadi topik hangat sejak dahulu lagi. Ada yang percaya kewujudan UFO dan makhluk asing, ada juga yang mengatakan itu semua rekaan barat. Pagi tadi kecoh di laman sosial Twitter mengenai seorang wanita yang katanya telah menyaksikan kejadian extraterrestrial ( nampak kelibat UFO ) di Ampang, Selangor, Malaysia. Wanita yang menggunakan nama @zirakhan ini telah menghantar beberapa tweet mengenai kejadian yang berlaku pada pukul 5.45 pagi tadi. Kejadian juga turut disaksikan oleh suaminya dan juga kakaknya di kawasan balkoni rumah mereka. Berikut merupakan temubual eksklusif di telefon bersama Zira.
1. Bila dan dimana kejadian penampakan UFO ini berlaku? ( lokasi paling hampir /tepat ) Sebenarnya kejadian berlaku kira-kira pukul 5.45pagi betul betul lepas waktu Subuh pagi tadi. Lokasinya pula di kawasan berdekatan Hospital Ampang. Saya nampak kejadian itu bersama kakak saya yang kebetulan datang ke rumah saya malam tu. Kejadian pula berlaku dalam masa 45 minit macam tu. 2. Panjangnya masa sampai 45 minit. Okay macam mana Zira boleh berada di kawasan balkoni masa tu? Subuh pula tu? Oh, kebetulan saya dan kakak berbual di balkoni dan kami tidak tidur malam tu. Tengah seronok berbual, tiba-tiba saya nampak macam ada benda terang di langit. Saya terus cakap dengan kakak. Kakak pun nampak. Dia ingat kan hantu mula-mula, tapi rupanya bukan. Sebab benda tu banyak sangat, bukan satu. 3. Berapa banyak nampak UFO tu? Boleh tak nyatakan dengan spesifik macam mana bentuk UFO yang Zira nampak tadi? Dia ada 2 jenis. Ada satu UFO besar kat tengah-tengah, keluarkan cahaya putih yang terang sangat. Kemudian ada pula UFO kecil, berpuluh-puluh mengelilingi UFO besar tadi. UFO yang kecil tu pulak berwarna oren kemerahan kedudukan bertindan. Pergerakannya pula perlahan dan malap. UFO yang kecil tadi mengeluarkan 4 cahaya dibahagian bawah. Kejadian tu berlaku dalam masa 45 minit lebih kurang. UFO oren tu kecik je berderet 3. Dia betul-betul di sebelah UFO yang terang tu. Yang lain semua malap-malap n menyamar mcm bintang. Tpi nampak dia bergerak-gerak. Lepas itu satu-satu ufo yang malap itu hilang sampai yang UFO besar terang itu pun makin malap (sebab hari semakin terang) dan hilang. 4. Nampak pertama kali atau pernah nampak sebelum ni? Tak pernah. Memang pertama kali nampak kejadian macam ni. Terkejut sangat-sangat. 5. Percaya tak kewujudan UFO, alien? Mula-mula memang tak percaya. Tapi bila dah nampak depan mata macam ni , rasa percaya. Yelah, dulu-dulu memang ada bergurau dengan suami macam ” takde ke UFO lalu kat apartmen kita malam ni?” ” Best juga kalau nampak UFO kan?”. Tapi tak sangka pula nampak betul-betul! 6. Ada rakaman atau bahan bukti kukuh mengenai kejadian UFO? Rakaman tu ada tapi guna handphone Blackberry kakak saya. Sebabkan video tu panjang sangat, jadi tak boleh hantar ke saya. Kalau saya ada, dah lama saya upload ke lama Youtube. Saya tunggu kakak saya upload nanti, lepas tu saya inform awak. Tapi dalam video tu tak berapa jelas sangat lah melainkan kelibat UFO besar yang terang tu. Kebetulan masa kami nampak tu, ada kapal terbang lalu. Kami harap sangat adalah orang dalam kapal terbang tu nampak dan rakam video juga. Mungkin ada pembaca yang merasakan isu UFO ini mengarut atau membuang masa malah mungkin 100% tidak percaya. Sebelum ini ada yang pernah ternampak kelibat UFO di kawasan Sunway, Selangor.
sesiapa yg ada pengalaman mcm nie? yg mengerikan adalah bila dia kata berbelas/puluh
|