Bab2
“Mama… where are we going today?” Suara halus di tempat duduk belakang itu buatkan Delia senyum dan berpaling. Sepasang anak kecil sedang memandangnya dengan wajahkeliru. “Tok baba’s house. Kan hari ni ahad. Kakak lupa ke?” Si kecil perempuan itu terus tersenyum manis dan kemudian menjeling si kecil lelaki di sisi yang sedang sibuk mengunyah Twisties. “Kan betul Nia cakap tadi. Adik ni yang tak percaya cakapkakak.” “Yela…yela… adik percaya.” Delia senyum bila dengar perbualan Dani dan Dania.Anak-anaknya sudah semakin petah berbicara. Sudah semakin bijak berfikir. Masa berlalu dirasakan begitu pantas. Sedangkan dia masih lagi terasa bagai baru semalam melahirkan si kembar itu. Pejam celik pejam celik anak-anaknya akan menginjak usia 5 tahun di bulan Oktober nanti. Kereta Myvi hitam yang dipandu Delia membelok masuk ke Bukit Tunku. Tanpa banyak soal guard yang bertugas membenarkan dia terus masuk.Mungkin mereka sudah kenal dengan Myvi hitam milik Delia itu. Masakan tidak,setiap hujung minggu pasti dia akan kemari. Kereta diparkir di sisi BMW 7 series mewah milik Tan SriRashdan. Delia mengeluh halus. Entah takdir apa yang menyebabkan dia tercampak ke sini. Mungkin Tuhan memberi keluarga Tan Sri ini buat anak-anaknya menumpang kasih. Delia sayu . Nak harapkan keluarga sendiri, mana mungkin kerana dia sudah tidak punya lagi ibu dan ayah. Adik beradik? Semuanya menjauh.Jadi, yang tinggal Cuma dia sendiri. Ketukan kuat di cermin buatkan Delia mengurut dada. Pantas dia berpaling. Puan SriEzzah tersenyum manis di sisi kereta. “Lia menung apa, sayang? Jauh sangat gayanya. “ “Takde apa la, Auntie.” Jawab Delia sambil membuka pintu kereta. Pantas dia menyalami wanita awal 50an yang masih cantik bergaya. Sesua idengan gelaran Puan Sri yang disandangnya. “Yelah tu… sampai tak sedar budak-budak tu keluar dari kereta kan?” Tukas Puan Sri Ezzah perlahan. Bukan sekali dua dia Nampak Delia termenung bila datang ke rumah ini. Namun bila ditanya, Delia Cuma tersenyum sambil menyatakan tiada apa-apa. Tapi dia pasti ada sesuatu yang mungkin menyentuh hati Delia. “Budak-budak tu memang ligat, Auntie. Tak reti nak sabar.Auntie sihat?” Perlahan-lahan Delia bergerak ke belakang kereta. Puan Sri Ezzah mengekori langkahnya dengan senyuman. Setiap kali datang pasti ada sahaja habuan untuk mereka sekeluarga. Entah apa pula yang dibawa kali ini? “Auntie sihat. Awak bawa apa ni, Lia? Susah-susah je.” “Lia bawak kek favourite auntie. Kan minggu lepas auntie kata teringin nak makan.” Tutup bekas empat segi itu diselak sedikit. Wow! Harumnya bau chocolate moist ni! Mesti sedap. Selalunya air tangan Delia memang tidak pernah menghampakan. Menepati citarasa mereka sekeluarga tanpa was-was. “Assalamualaikum, Uncle. Sihat tak hari ni?” Tegur Delia pada Tan Sri Rashdan yang sedang leka membaca surat khabar. Khusyuk lagaknya. “Wa’alaikummusalam. Uncle sihat. Kamu?” “Lia pun sihat. Dani dengan Dania mana, Uncle” Sebelum tunduk menyalami Tan Sri Rashdan, mata Delia sempat memerhati sekitar ruang tamu itu. Sunyi sepi. Jadi kemana si kembar itu pergi? “Uncle suruh kejutkan Ameer.” Ooooo… tiada bunyi tapi jelas bibir Delia berubah menjadi bulat seperti huruf O. Kejutkan si singa rupanya! Yang peliknya, si Ameer tak pernah pula marah-marah pada Dani dan Dania. Jangankan marah, meninggi suara pun tak pernah. Ada hati perut juga singa jantan tu rupanya! “Lia ke dapur dulu, Uncle. Nak bagi barang-barang ni pada bibik.” Tan Sri Rashdan angguk kepala. Langkah Delia dia pandang satu persatu sehingga hilang di balik tangga. Dia mengeluh perlahan. Rasa simpati melimpah ruah pada Delia. Entah kenapa dia jatuh kasih pada Delia dan anak kembarnya itu. Malah seluruh keluarganya juga menerima kehadiran Delia dengan tangan terbuka walaupun pada mulanya Ameer menyangka Delia adalah isteri keduanya. Mengamuk-ngamuk anak sulungnya itu. Mujur isterinya, Puan Sri Ezzah memahami dan membantu jelaskan perkara sebenar pada Ameer. Cermin mata diletakkan di meja sisi. Mata yang agak penat kerana asyik membaca diurut perlahan. Tan Sri Rashdan mengeluh lagi. Sejak dulu ada satu wajah yang sering bermain di mindanya. Namun dia sendiri tidak pasti telahannya itu benar ataupun tidak. Malahan atas dasar itu juga dia membantu Delia walaupun sebenarnya dia tidak mengenali gadis itu. Tapi sejujurnya, dia memang sudah jatuh kasih pada Delia dan anak-anaknya pada kali pertama mereka bertemu dulu…
***********************
Jeritan silih berganti antara Dani dan Dania memecah keheningan petang itu. Delia memandang dari kejauhan. Anak-anaknya tampa gembira bergumpal bersama Ameer dan Aizat. Malah setiap kali datang ke sini,anak-anaknya akan dilimpahi dengan kasih sayang yang tidak dapat dia bayangkan.Semuanya terlalu indah untuk dinyatakan. Mujur ada keluarga ini. Jika tidak entah di mana dia sekarang, dia sendiri tidak tahu. Mungkin juga anak-anaknya itu akan menjadi mangsa kepincangan keluarga yang tidak pernah dia impikan. Syukur kerana Allah temukan dia dengan Tan Sri Rashdan yang amat baik hati itu. Malah lelaki tua itu juga sudah dianggap seperti ayahnya sendiri. Mata Delia masih lagi merenung telatah Dani dan Dania yang dari tadi tertawa gembira dalam pelukan Ameer. Lelaki itu selalu melindungi anak-anaknya walaupun dia dan Ameer tidak semesra mana. Pada Dani dan Dania, Ameer adalah daddy mereka kerana sejak mereka mengenali orang di sekeliling lelaki itu sentiasa membahasakan diri sebagai daddy. Tubir mata terasa panas tiba-tiba. Ada rasa sayu bertamu di situ. Andailah suamiku ada… adakah anak-anakku akan segembira ini? “Termenung lagi, Lia? Fikirkan apa ni?” Puan Sri Ezzah sudah duduk di hadapan Delia yang kalut sendiri. Aduh! Macamana boleh tertangkap lagi ni? Delia berdehem dan terus tersenyum. “Bukan termenung la, Auntie. Lia leka tengok diorang tu.Cuba auntie tengok. Seronok betul diorang main.” Delia tertawa kecil seolah-olah lucu melihat gelaga tanak-anaknya. Sedaya upaya dia cuba untuk melarikan diri dari persoalan tadi.Puan Sri Ezzah turut tersenyum melihat telatah Dani dan Dania yang berkejaran itu. Seketika kemudian pandangannya beralih semula kepada Delia. “Lia tak cuba cari dia?” Dia lihat Delia ternganga. Mungkin terkejut dengan soalan sebentar tadi. Dia tidak buta untuk tidak melihat airmata yang bergenang tadi.Delia ini terlalu suka memendam sendiri. “Awak tak cuba cari dia ke, Lia?” Delia ketap bibir sebelum mengukir senyuman paksa. Air liur yang cuba ditelan terasa payau dan seolah tersekat di tekak. “Kat mana Lia nak cari dia, Auntie? Lia bukan tau dia tinggal dekat mana. Dah 5 tahun, auntie. Entah-entah dia pun dah tak ingat Lia.” Ada airmata mengalir di pipi dan diseka pantas. Entah kenapa dia rasa sedih tiba-tiba. Dia tidak suka untuk cengeng walaupun hakikatnya dia memang cengeng. Mudah menitiskan airmata. Tapi semenjak dia punyai Dani dan Dania, dia bertekad untuk terus kuat dan tabah. Dua anak kecilitu adalah tunjang kekuatannya. “Jangan macam tu, Lia. Mana tahu ada sesuatu terjadi pada dia. Accident ke, hilang ingatan ke…” “Entah lah… Lia dah malas nak pikir. Yang penting sekarang Lia dengan anak-anak bahagia.” Delia pantas memotong bicara Puan Sri Ezzah. Memang dia sudah malas untuk berfikir tentang lelaki yang satu itu. Entah hidup atau mati dia sendiri tidak mahu ambil peduli. Keutamaannya sekarang adalah anak-anak kerana Cuma itu harta yang dia punya. “Kamu berdendam dengan dia?” Delia terdiam seketika. Berdendamkah dia? Dia sendiri tidak tahu. Yang pasti hatinya pernah teramat sakit suatu masa dulu. Namun kini dia sudah tidak rasa apa-apa lagi. Mungkinkah hatinya sudah terubat? Dia tersenyum dan pandang Puan Sri Ezzah yang sedang duduk dihadapannya. Dia tahu wanita yang seusia arwah ibunya ini amat mengambil berat tentang dirinya dan anak-anak. “Lia pun tak tau, Auntie. Dah bertahun-tahun dia hilang. Lia sendiri dah tak rasa apa-apa lagi sekarang.” “Kalau tiba-tiba dia muncul semula, macamana?” Bulat mata bundar Delia bila dengar ujaran Puan Sri Ezzah. Muncul semula? Serta merta tangannya menggigil. “Apa… apa maksud, Auntie?” Suaranya kedengaran sedikit bergetar. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia jadi begitu. Delia mengeluh perlahan. Sungguh dia belum bersedia untuk ketemu lelaki itu semula. “No…no… don’t get me wrong, my dear. Auntie just kata kalau…” Puan Sri Ezzah menerangkan maksud pertanyaannya tadi. Dia Cuma bertanya tanpa ada maksud tersembunyi. Cuma mahu lebih memahami isi hati gadis jelita di hadapannya ini. “Lia tak tahu… Lia tak tahu…” Jawab Delia perlahan. Kepalanya turut tergeleng-geleng. Saat ini seluruh perasaannya celaru. Hatinya libang libu. Bagai terlayar di matanya lelaki itu muncul. Pantas Delia tutup mata. Cuba menghalau jauh bayangan itu. “Ummi…tolong tuangkan Ameer air tu. Haus la.” Pantas Delia buka mata. Wajah Ameer yang agak kemerahan mungkin kerana kepenatan dipandang sekilas. Lelaki itu tampak seperti merenungnya. Mungkin pelik melihat airmukanya ketika ini. Jika tidak masakan lelaki itu mahu memandangnya dengan pandangan begitu. “Auntie, Lia masuk dalam dulu.” Tanpa menunggu jawapan Delia terus bangun. Rasa seperti tidak betah untuk terus berada di ruangan ini. Langkah diatur perlahan-lahan walaupun kakinya terasa seperti tidak jejak ke tanah. Hebat sungguh kesan pertanyaan Puan Sri Ezzah itu, Kan?
Last edited by TJ2 on 27-12-2012 12:57 PM
|