View: 2969|Reply: 2
|
PENGALAMAN SERAM by JURNALMISTIK
[Copy link]
|
|
[ KOLEKSI PENGALAMAN PARANORMAL ] oleh JurnalMistik
Assalamulaikum dan Salam Sejahtera saya ucapkan.
Ini adalah thread saya yang kedua selepas yang ini [url=DiGanggu Makhluk Halus oleh JurnalMistik http://mforum.cari.com.my/forum. ... 368&fromuid=1902061]Klik Sini[/url]. Ini adalah himpunan kisah-kisah seram, angker yang pernah terjadi ke atas diri saya, keluarga dan tak lupa juga rakan-rakan.
Himpunan kisah-kisah akan saya update mungkin tidak mengikut kronology hidup saya , maksudnya tak mengikut turutan umur.
Ingin saya nyatakan di sini bahawa semua watak-watak yang saya sebut, akan sebut dan telah sebut adalah benar dan bukan rekaan semata-mata kerana semua kisah-kisah ini saya tujukan kepada mereka semua. InsyaAllah. Di harap mungkin secara kebetulan ader forumer-forumer di sini memang kenalan saya, yang telah terpisah lama, bolehlah kita berhubungan semula dan secara langsung dapat memperbetulkan semula kisah-kisah ini sekiranya ader yang tidak betul fakta atau jalan ceritanya.
Baiklah. Mari kita teruskan.
[ Kisah 1 ]
[ Siapa kat sebelah aku nih ? ]
Berlaku pada pertengahan bulan Oktober 2012
Peristiwa ini adalah yang paling recent terjadi kat diri aku (penulis).
Aku bekerja di sebuah restoren yang terletak di Jalan Dungun, Damansara Heights. Seperti biasa, setiap hujung minggu restoren akan tutup lewat sedikit dari hari biasa. Kebetulannya pulak, shift aku untuk malam itu adalah shift closing maksudnya aku adalah orang yang terakhir untuk berada di dalam dapur sehingga restoren tutup.
Ahh..aku tak kesah sangat balik lewat..bukannya selalu pon..
Malam iitu restoren busy..full house.. tambah pulak ade live band show.. aku pun tak lepaskan peluang untuk join sekali. Layan live muzik aku malam nih! Layan muzik ROCK ! Bukannya macam selalu..kalau tak JAZZ..mesti RnB.. bukannya tak boleh layan..tapi kurengg sikit la..
Lebih kurang pukul 2 pagi..aku dapat cue dari Restaurant Manager untuk tutup dapur. Aku pun apa lagi. Dengan segera aku kemas dan tutup apa yang patut. Dan selepas bersalam dengan rakan sekerja yang lain aku berjalan menuju ke kereta. Aku menghidupkan enjin kereta. Sejuk. Kebetulan pulak malam itu hujan renyai-renyai.
Bagi enjin panas kejap dulu la.. putus aku sambil layan lagu dari CD yang aku baru burn siang tadi.
Isk..kalau budak-budak ader boleh ajak lepak minum kat Bistro nih.. nak buat macam mana..sumer nak balik cepat je.. aku berkira-kira sendiri. Perut pun lapar jugak nih. Balik rumah dah tentu tak ader makan nih..ahh.. lantaklah..
OKlah..masa dah time.. selepas kira-kira 10 minit aku memanaskan enjin kereta, aku memulakan perjalanan pulangku. Hujan yang tadi renyai mulai lebat.
Brrr... sejuknyer lah.. aku off kan pendingin hawa kereta dan aku menurunkan sedikit cermin kereta aku. Tak tahan aku sejuk-sejuk macam nih..
Aku membuat pusingan di selekoh Jalan Damansara untuk ke masuk ke Jalan Bukit Bangsar.
Pelik..apsal tak ramai orang malam nih.. selalunyer kalau malam Sabtu..perrgh..Bangsar mesti pax punyer.. bisik aku dalam hati.
Mungkin pasal hujan kot.. cepat hati aku balas.
Aku terus memandu menyusuri Jalan Bukit Bangsar menuju Jalan Maarof seterusnya membelok ke kiri untuk ke Jalan Bangsar. Dan aku akan membuat pusingan U di hadapan untuk ke Lebuhraya Pantai Bahru (NPE). Aku memandu perlahan malam itu, antara 50 - 70 km/sejam. Memang perlahan.
Setibanya aku di bawah jambatan di jalan antara Stesen Komuter Angkasapuri dan bangunan Angkasapuri, kalau korang perasan ada sebuah kuil India di situ; tiba-tiba aku berasakan kereta aku berhenjut kuat. Memang aku dapat rasakan henjutan itu kerana aku memang memandu perlahan malam itu.
Aii..lain macam je berhenjut keta nih.. aku cuak. Mata aku pantas untuk melihat cermin pandang belakang. Aku perhatikan sekeliling tempat duduk belakang kereta.
Takder aper... bisik hati aku. Dengan tidak semena-mena bulu roma belakang tengkuk aku berdiri tegak. Aku mula merasa sedikit seram.
Ahh..sudah.. aku mula merasa tidak sedap hati. Berbagai-bagai perasaan dan persoalan mula bermain-main dalam fikiran aku.
Aku mula menekan pedal minyak. Laju supaya cepat sampai. Mata aku masih lagi liar memandang tepi dan belakang. Namun tidak ada apa-apa. Hati aku bertambah tidak selesa. Aku mula berpeluh. Tidak ada kereta atau motorsikal pun malam itu. Hujan masih lagi turun, walaupun tidak lebat. Aku sudah melepasi loji pembersihan air Pantai Dalam dan aku memperlahankan kereta sedikit kerana sudah sampai Tol Pantai Dalam. Aku meraba-raba dalam kantung duit syiling yang aku gantung berhampiran stering kereta untuk mengambil duit tol.
Aku turunkan cermin kereta untuk menghulurkan duit tol. Aku senyum ke arah Kakak tol itu. Dia membalas senyuman sambil menghulurkan tangan untuk mengambil duit tol dari tangan aku. Tapi senyuman Kakak tol itu berubah menjadi wajah terkejut dan berkerut. Dapat aku menangkap arah pandangan matanya semasa mengambil duit yang aku hulurkan itu.
Ya ! Dia memandang ke arah sebelah kiri aku ! Ke sebelah tempat duduk sebelah aku ! Dapat aku lihat dengan jelas raut wajah Kakak tol itu berubah, berkerut dan pucat; seolah-olah baru melihat HANTU ! Dengan cepat dia mengalihkan pandangan dia ke dalam toll booth selepas mengambil duit tol dari tangan aku.
Aku bertambah cuak. Perasaan seram semakin bertambah. Bulu roma aku kembali berdiri tegak. Aku kembali gemuruh. Tanpa berlengah aku terus menekan pedal dan memecut laju. Kali ini aku sudah tidak berani lagi untuk memandang kiri, kanan atau belakang!
Ya Allah.. apa yang Kakak tol tadi nampak sebelah aku ni..?!! getus hati aku. Aku mula membaca ayat-ayat al-Quran, surah Qursi, apa sahaja yang aku hafal sambil berharap tidak ada apa-apa yang berlaku.
Adula..bila nak sampai nih.. perjalanan yang dekat itu aku rasakan lambat dan jauh, padahal jarak perjalanan untuk ke rumah aku itu memang tidak jauh dah. Akhirnya aku sampai di post security apartment tempat aku tinggal. Cepat-cepat aku memarkir kereta, tanpa menoleh kiri dan kanan, aku terus melangkah untuk memasuki lif untuk ke tingkat 7. Aku membuka pintu dan terus menukar pakaian tanpa mandi. Aku cuma membasuh muka dan kaki lantas terus tidur. Mujur tiada apa-apa yang berlaku selepas itu. Aku tertidur.
Aku terjaga Subuh itu macam biasa. Isteri dan anak-anak aku juga sudah bangkit. Serta-merta aku teringatkan kejadian malam itu. Persoalan yang sehingga kini bermain di fikiran aku, Apa atau Siapakah Yang Kakak Tol itu Nampak Duduk Di Sebelah Aku Malam Itu ? Wallahua'lam.
SEKIAN.
Kisah ini di olah oleh saya untuk penyesuaian penceritaan.
nantikan kisah seterusnya.
Last edited by BabeYSHa on 15-1-2013 02:36 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
check in |
|
|
|
|
|
|
|
check in |
|
|
|
|
|
|
| |
|