CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2818|Reply: 15

Lagenda The Silent Pool

[Copy link]
Post time 11-2-2013 12:37 PM | Show all posts |Read mode


Terdapat barisan pokok-pokok sepanjang tasik berhampiran bandar Shere, Surrey yang dikenali sebagai The Silent Pool. Tasik ini dikaitkan dengan kejadian yang berlaku semasa zaman Saxon dahulu.

Lagenda mengisahkan ada seorang pemotong kayu tinggal di hutan yang dikelilingi tasik tersebut bersama-sama anak lelaki dan perempuan kesayangan beliau. Pada suatu hari, anak perempuannya bernama Emma pergi mandi di tasik tersebut. Semasa mandi dia dikejutkan dengan bunyi kuda dan penunggangnya. Emma tidak sempat hendak keluar dari tasik untuk berpakaian jadi dia telah berenang ke bahagian tasik yang paling dalam untuk melindungi tubuhnya.



Bila sampai berhampiran tasik penunggang kuda tersebut terlihat Emma yang cantik tanpa pakaian dan menyuruh Emma keluar dari tasik. Penunggang tersebut menarik Emma keluar dari tasik  tetapi Emma enggan. Lelaki tersebut menakut-nakutkan Emma dan menyebabkan Emma mengharungi tasik ke kawasan yang lebih dalam.

Perbuatan Emma menyebabkan kemarahan lelaki itu dan dia terus menunggang kuda ke dalam tasik. Jeritan Emma didengari abangnya dan dia berlari ke tasik untuk menyelamatkan adiknya. Dia cuba menarik Emma keluar dari tasik tapi dia sendiri kehabisan tenaga untuk berenang. Akhirnya kedua-dua beradik tenggelam di tasik tersebut dan penunggang keluar dari tasik dan hilang ke dalam hutan.



Bapa mereka di pemotong kayu mencari anak2nya sehinggalah pada suatu hari menemui mereka di tasik dan membawa mereka keluar dari situ. Dipercayai penunggang kuda tersebut ialah Prince John, Regent of Britain yang memang terkenal dengan kejahatannya.



Hantu yang lemas di tasik tersebut masih diperkatakan sehingga ke hari ini. Ada yang ternampak jasad pucat yang timbul di tasik tersebut, ada juga yang mendengar jeritan meminta tolong dan tangisan pilu. Ketenangan tasik tersebut menakutkan pengunjung dan disebabkan itulah tasik tersebut dinamakan THE SILENT POOL.

Kredit: http://www.infobritain.co.uk/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2013 12:44 PM | Show all posts
cantik tempatnya tp agak creepy
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2013 12:59 PM | Show all posts
memang creepy sesangat..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2013 02:03 PM | Show all posts
sultan english pun jahat juga ke? fikir bayangan tuhan kt selatan je jahat. ada juga sultan jahat
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2013 09:13 PM | Show all posts
siang2 pun spooky...kalau malam tak tahu la
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2013 10:03 PM | Show all posts
nice 1..baru tau ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2013 12:03 AM | Show all posts
takde paranormal team nak tgk tempat ni keras atau sebaliknya...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2013 04:29 AM | Show all posts

Nice story.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2013 05:00 AM | Show all posts
Scenery yg tenang but creepy
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2013 01:07 PM | Show all posts
sangat scary..............
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 11:50 AM | Show all posts
sultan omputeh...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 11:58 AM | Show all posts
leh wat pengambaran pre wed
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 12:35 PM | Show all posts
seram jah tempatnya...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 01:29 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 11-2-2013 02:03 PM
sultan english pun jahat juga ke? fikir bayangan tuhan kt selatan je jahat. ada juga sultan jahat{:s ...

kalau sultan english tak jahat tak de lah cerita robin hood tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 02:22 PM | Show all posts
cepheid posted on 13-2-2013 01:29 PM
kalau sultan english tak jahat tak de lah cerita robin hood tu

kalau ada banyak sultan kena ada banyak robin hood ek nasib baik sultan english 1 sahaja. kalau banyak2 pening robin hood nak bekerja siang malam. kena panggil batman, aultramen, doraemon
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 05:56 PM | Show all posts
cantiknye....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.507999 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list