View: 2572|Reply: 1
|
Rahsia kota Paititi - Dipercayai tersimpan Emas kaum Inca
[Copy link]
|
|
My translation into BM.. Enjoy!
Rahsia kota Paititi - Dipercayai tersimpan Emas kaum Inca
Kebanyakan orang pernah mendengar cerita mengenai El Dorado, sebuah bandar yang dipenuhi dengan emas, yang hilang dalam hutan hujan Amerika Selatan.
Sebenarnya El Dorado adalah satu lagenda tentang seorang pemimpin iaitu Ketua Muisca (the Golden One). Ketua Muisca akan membaluti dirinya dengan serbuk emas sebelum upacara keagamaan. Kota Emas yang sebenarnya ialah Paititi.
Secara ringkasnya, Sepanyol telah berperang dengan kaum Inca, Peru selama 40 tahun dan kaum Inca telah berundur ke Lembah Vilcabamba di mana mereka mengelak daripada diserang penjajah sehingga tahun 1572.
Apabila Sepanyol menawan kaum Inca, mereka mendapati bandar tersebut telah di tinggalkan. Nampaknya seperti kaum Inca telah melarikan diri ke lokasi yang baru dalam hutan hujan di Selatan Brazil. Mereka mengambil bersama mereka harta berupa emas yang banyak.
Bandar baru bersama emas itu tidak diketahui lokasinya. Akhirnya cerita itu menjadi mitos.
Akan tetapi pada tahun 2009, gambar-gambar dari satelit menunjukkan kawasan hutan Boco do Acre yang telah ditebangkan itu merupakan kawasan petempatan satu masa dahulu.
Petempatan ini jelas kelihatan di Google Earth dan ini memaksa ahli sejarah dan ahli arkeologi untuk mengubah pendapat mereka.
Nampaknya, mungkin Paititi benar-benar wujud dan tersembunyi di dalam nya ialah emas Inca yang tidak terkira.
|
|
|
|
|
|
|
|
menarik tapi nak lagi info... |
|
|
|
|
|
|
| |
|