CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8638|Reply: 5

9 sebab lelaki mandul

[Copy link]
Post time 11-3-2013 12:27 PM | Show all posts |Read mode

Tahukah anda kemandulan bukanlah di pihak isteri semata-mata, lelaki juga tidak kecuali dari mengalami masalah mandul ini. Oleh itu, janganlah asyik menyalahkan pihak isteri apabila anda tidak mempunyai zuriat setelah beberapa tahun anda berkahwin. Seperti wanita juga, ada banyak sebab mengapa lelaki boleh jadi mandul. Berikut kami senaraikan 9 sebab mengapa lelaki mandul.


  • Kemandulan boleh di sebabkan oleh seseorang lelaki yang mengalami penyakit Klineelters Syndrome iaitu sejenis penyakit semula jadi yang diwarisi. Lelaki yang mempunyai penyakit ini memiliki kelainan pada alat kelaminnya, biasanya saiz penis yang amat kecil. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak mempunyai daya untuk mengeluarkan benih-benih sperma
  • Pernah mengalami penyakit kronik dalam tempoh yang panjang. Misalnya, sejak di dalam kandungan ibu, mengalami demam panas yang melampau, penyakit kelamin atau terlibat didalam kemalangan yang menyebabkan buah zakar rosak.
  • Mengalami jangkitan kuman dan penyakit kelamin yang terlular ketika melakukan hubungan seks bebas dengan wanita yang membawa kuman gonorhea, sifilis, HIV, herpes, genital, dan sebagainya.
  • Akibat dari penyakit varicoles atau hernia. Ia menyebabkan buah zakar menjadi besar, keras dan sakit. Begitu juga dengan urat-urat di sekitarnya turut membesar dan mengeras.
  • Menghadapi masalah pada skorotum, bahagian yang menghasilkan air mani. Ia tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan tidak berupaya mengeluarkan sperma yang bermutu. Sebaliknya sperma yang dikeluarkan tidak mempunyai benih.
  • Kemandulan juga boleh disebabkan oleh kecacatan sesorang lelaki seperti dilahirkan dengan hanya sebelah buah zakar, mengalami gangguan hormon testosterone ataupun testicular failure.
  • Mengalami mati pucuk, impoten, lemah tenaga batin, pancutan air mani yang pramatang, penis mengecil, hilang ghairah atau nafsu seks, tekanan emosi yang serius dan lain-lain lagi ( Masalah peribadi )
  • Lelaki yang terlalu banyak mengambil ubat-ubatan seperti ubat kencing manis, ubat antipsychotic, termasuk Chiorpromazine, Haloperidol dan Antidrepressant seperti Amitriptyline dan Imipramine.
  • Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, minum alkohol, selalu duduk dalam keadaan panas dan kotor seperti pencemaran asap kenderaan, bahan kimia dari kilang seperti radioaktif.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2013 12:47 PM | Show all posts
kalo mmg semua lelaki mudah nak menerima kenyataan kemandulan pun ada pada lelaki mudah la kehidupan orang yg tak dikurniakan zuriat....ni bukan sajer lelaki taknak terima kenyataan itu malahan terbabit dgn makayah dan keluarga sedara mara bagai takmo terima kenyataan dan selalu mengenepikan bahawa rezeki zuriat pun adalah dgn izin Allah....
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 01:22 PM | Show all posts
bagi aku tak de istilah mandul..cuba korang tengok Nasi Ibrahim, berapa lama baginda kawin dan dapat anak? jiran aku kat europe dulu, laki bini kawin 30thn, dlm usia 60thn, baru dapat anak dgn program IVF..usaha usaha uhsah tanpa kenal erti putus asa....
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 01:34 PM | Show all posts
jangan mudah menyalahkan..usaha dan tawakal itu pasti
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 03:01 PM | Show all posts
kdg2 somi isteri xda masalah tp blum dikurniakan anak..ni sumer rezeki dari allah..jgn putus asa..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 03:14 PM | Show all posts
asher posted on 11-3-2013 03:01 PM
kdg2 somi isteri xda masalah tp blum dikurniakan anak..ni sumer rezeki dari allah..jgn putus asa..

BETUL,BETUL,BETUL..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.330297 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list