BAHAGIAN 1
“ABANG! Tolong la jangan dera Syah macam ni lagi..” rayu Aisyah perlahan. Matanya dilarikan ke petak sawah yang terbentang luas. Terbantut perjalanan pulangnya dari bandar ke rumah. “Abang akan terus tunggu Syah selagi abang bernadi di bumi Allah. Abang tetap setia menanti sampai Syah sedia menerima abang sebagai teman hidupmu” Aisyah menghela nafas perlahan. Lelaki itu memang tidak jemu mendampinginya, selagi dia berkata tidak selagi itu lelaki itu memburunya tanpa lelah. “Abang inginkan seorang isteri yang teguh berdiri disisi abang yang bersama-sama menghadapi susah senang abang dan Aisyah la orangnya. Abang yakin Aisyah adalah yang tercipta untuk abang” pujuk lelaki itu tanpa kenal erti jemu walaupun sudah beberapa kali Aisyah menolak dengan lembut. Aisyah memegang erat pemegang basikalnya. Sesekali dia terpukul juga dengan kata-kata lelaki dihadapan. Biarpun hatinya mula terusik rasa cinta pada lelaki itu namun, ada sesuatu yang menghalang dari terus mencintai lelaki itu. “Abang sanggup ke terima perempuan macam Syah? Perempuan yang ternoda dan tiada maruah ni atau abang nakkan Syah sebab simpati?” Sebak mula menguasai dirinya. “Lupakan jelah niat abang. Syah ni bukanlah yang abang sangkakan. Syah ni perempuan jahat dan kotor. Dah tiada siapa lagi yang mahukan Syah melainkan ibu…” Aisyah terus berlalu. Air mata yang ditahan sejak dari tadi akhirnya tumpah jua. Panggilan dari Imran tidak diperdulikan. Imran kesal melihat air mata Aisyah merembes laju dipipi. Tidak bermaksud dia ingin melukakan hati gadis itu. Imran memakukan pandangannya ke arah Aisyah yang semakin jauh. Sapukan air matamu dengan ketabahan kelak kau akan menangis dengan bahagia; itu janji abang padamu. Selagi abang disini, abang takkan benarkan sesiapa menoreh hatimu.
NURUL AISYAH secantik nama dan semanis pemilik nama tersebut. Wajah Aisyah hadir tatkala Imran bersendirian dikamarnya. Aisyah tidak secantik ratu dunia namun memiliki rupa paras yang menenangkan dan punyai kecantikan dalaman yang cukup untuk dijadikan isteri yang solehah. Dia tahu Aisyah masih dibayangi kisah silamnya yang gelap. Namun semua itu tidak pernah mematahkan semangatnya semata-mata kisah itu. Aisyah sekarang bukan seperti yang dahulu lagi. Aisyah sekarang lemah-lembut dan bersifat keibuan. Dia ingat lagi bagaimana dirinya terpukau melihat Aisyah yang sedang leka mengalunkan ayat-ayat indah dari kalam Allah. Bertanpa merdunya suara Aisyah melontarkan tarannum yang membuatkannya asyik dalam kedamaian dan dihimpit kesayuan pabila Aisyah membaca surah Maryam dengan sepenuh hati. Hinggalah suara Ustaz Muaz mengazan barulah dia tersedar dari buaian indah suara Aisyah yang ketika itu sedang menunggu azan maghrib di masjid yang buat pertama kalinya dia bertemu dengan Aisyah. Imran meraup muka perlahan. Rasa cinta di hati semakin mencengkam dan kukuh. Belum pernah lagi perasaan itu benar-benar bertandang dan mengetuk halus pintu hatinya pada mana-mana gadis dan Aisyah telah membawa kunci serta membuka pintu hatinya. Aisyah… abang tahu, Syah pun berperasaan seperti abang tapi kenapa Syah masih ragu-ragu menerima cinta abang? Biarlah cerita lamamu berlalu, jangan kau biarkan kisah itu menjadi bayangan dalam jiwamu. Sakitnya cinta padamu tak tertahan Syah. Abang amat mendambakan cinta Syah dari sukma rinduku. Aku akan terus menantimu sayang hinggalah kau menyambut cintaku yang tulus dari hati…
“BU, petang ni Syah nak pergi ke masjid nak mengajar budak mengaji” lembut Aisyah berkata sambil membalikkan ikan dikuali. “Ibu rasa tak payah la, bukannya ada budak pun pergi mengaji dengan kamu. Syah tahukan mak ayah mereka dah tegah dari bergurukan kamu.” “Baru tadi Ustaz Muaz telefon. Katanya ada budak nak mengaji dengan Syah. Dua orang. Lelaki dan perempuan. Hari ni dengar ceritanya nak mula mengaji” Aisyah tersenyum didepan Noraini yang sedang menyiapkan inti karipap. “Boleh la ya ibu…” Aisyah memeluk mesra lengan ibunya. Noraini membelai rambut anaknya dan memicit hidung Aisyah dengan geram. Dah besar panjang pun masih lagi nak bermanja-manja. “Iya boleh, tak kuasa ibu nak melarang kamu tak pasal-pasal muncung sedepa macam Mek Iti” Noraini ketawa. Aisyah menjuih bibir. “Ada ke patut ibu samakan Syah dengan itik kesayangan ibu. Karang tak pasal Syah ‘khawin’kan Awe dengan Mek Iti baru tahu” dia ketawa kesukaan melihat Noraini mula cemas dan berubah pucat. “Syah jangan berani buat macam tu nanti ibu parang kepala si Awe tu baru menangis tak berlagu kamu. Ibu pun pelik dengan kamu macam la tak benda lain nak kamu jaga” “Sebab Awe tu kan jantung hatiku takkan ada yang lain selain dari Awe yang kacak lagi gagah tu hehe” Noraini mencebik. “Kalau ibukan, dah lama ibu buang Awe tu tenang sikit lena ibu kalau tak hari-hari ibu dilanda ketakutan” Ewah! Bukan main ya Noraini berkata-kata. Aisyah geram mendengar kata-kata Norini lalu dicucuknya pinggang Noraini. “Oh! Awe sayangku yeye.. Awe hensem! Oit!” terjerit kecil dari mulut ibunya. “I love you!” Aisyah mencucuk pinggang ibunya lagi. “Ya, sayang I love you… muahh!” Noraini mengucup pipi Aisyah di bawah sedarnya. Terkekeh-kekeh Aisyah ketawa sehingga keluar air mata. Seronok mengenakan Noraini. Noraini mengurut dada. Kemudian dihadiahkan jelingan maut pada anak kesayangannya. “Eii, takutnya” usik Aisyah dalam sisa tawa lagi. Noraini mencubit lengan Aisyah. Geram dipermainkan kemudian dimuncungkan mulut. Alahai bu.. buruknya muka orang tua merajuk! Kalau arwah ayahnya hidup lagi pasti turut sekaki mengenakan ibu. “Ibu ni jangan la buat muka macam Mek Iti. Tak cun la bu.. nanti Pak Tam lari tengok bu. Gerun!” Usik lagi Aisyah setelah matanya menangkap kelibat Pak Tam yang memasuki dapur secara curi-curi. Alahai! Pak Tam kenapa la buat gaya macam tu. “Ibu tak heran pun. Ramai lagi tunggu ibu. Sekali ibu petik berderet yang datang. Hah kamu nak ke mana tu Syah?” Tanya Noraini melihat Aisyah mengenakan tudung. Nampak saja Pak Tam melintas dihadapannya terus ditangkap kucing jantan berwarna hitam putih ke dakapannya. “Syah nak pergi ke kedai sekejap. Baru teringat ada barang nak beli” Aisyah terus menyambar tangan Noraini dan dikucup. “Jaga ibu elok-elok ye Pak Tam” dia mengosok kepala kucing itu dan melontarkan pandangan nakal pada ibunya. “Pastu jangan lupa dekat Mek Iti, Pak Mbek, Cik Boo dan segala haiwan yang ada kat rumah ni la tolong jaga ibu” sambung Noraini faham sangat perangai Aisyah yang suka mengusik. “Dan juga Awe..” ketawa dia melihat reaksi kegelian ibunya. Aisyah meneruskan langkah apabila melintasi warung Pak Dollah dengan laju. Dia tahu mata yang berada disitu berpusat ke arahnya. “Dollah! Jangan lupa samak depan warung kau ni nanti kena badi kat anak kau pulak” kata-kata Pak Samad disambut dengan ketawa oleh yang lain. Ada juga yang tersenyum sinis. Manakala Pak Dollah serba salah mendengar Pak Samad menghina Aisyah yang tak bersalah. “Korang semua tak bau busuk ke? Macam bau bangkai pun ada” Pak Mat iaitu kawan karib Pak Samad menutup hidung seolah-olah warung Pak Dollah berbau. Aisyah memekakkan telinga. Dia dah lali kata umpatan dan keji dari orang kampung sikit pun tak berbekaskan dihatinya. Dia terus mengerakkan langkah tanpa memandang suasana riuh randah yang mengata dirinya. Namun telinga sempat lagi menangkap kata-kata Pak Mat yang menyakitkan. “Kalau Aisyah free malam ni datang la rumah abang Mat. Bini abang takde. Kita berpesta sepuas-puasnya haha” Aisyah mengetap bibir. Senang saja Pak Mat mempermainkan maruah dirinya. Darahnya mula menyirap ke muka kalau ikutkan hati mahu saja menampar mulut Pak Mat. Dia ingat aku ni perempuan murahan apa! Aisyah berisytirfar didalam hati. Langkah Aisyah semakin perlahan apabila melihat tiga susuk yang amat dikenali. Kedai yang semakin hampir terasa semakin jauh. Kaki mula rasa dipegang sesuatu apabila menghampiri rumah orang tua Imran. “Hoi betina! Ni takde kerja lain la tu baru melepas melayan jantan” Hayati memandang geram. Kalau ikutkan hati mahu saja dia menghalau Aisyah dari kampung ni. Benci benar dia terhadap Aisyah. Aisyah menunduk. Ya Allah! Kau sejukkan la hati mereka dari terus menerus mendengar bisikan makhluk yang terkutuk itu. “Siang macam ustazah. Malam melacurkan diri. Memang dasar perempuan tak sedar diri. Kalau ikutkan hati aku nak saja aku gayang perempuan sundal ni.” Hamidah turut serta menyakitkan hati Aisyah yang semakin menghampiri mereka. Dia memang sakit hati pada Aisyah sejak dulu lagi yang dikatakan cuba mengoda suaminya, Pak Mat tak habis-habis memuja anak gadis Noraini. Tak dapat maknya, anak pula cuba dipikat. Hamidah memandang penuh dendam pada Aisyah. “Ishh, tak baik cakap macam tu kat dia. Mak cik minta maaf ya bagi pihak kawan-kawan mak cik ni” Lega dia mendengar suara Hajah Sadiah cuba mempertahankannya. Sejak balik dari Haji, Hajah Sadiah tidak menghinanya lagi malah hanya mendiamkan diri apabila dia sering berulang-alik dari kedai atau masjid melalui jalan rumahnya. “Tapi mak cik nak tanya. Betul ke Aisyah ni bohsia masa remaja dulu? Yela selalu berkepit dengan ramai jantan sampai dibawa balik ke rumah” Sangkaan Hajah Sadiah telah berubah namun sangkaannya meleset. Ya! Memang dulu dia pernah memegang gelaran bohsia tapi itu dulu setelah dia sedar dosanya apabila bermimpikan azab seksaan orang yang berzina. Amat menakutkan! Aisyah berlalu dengan hati yang kecewa namun dia sempat mendoakan supaya tiga wanita separuh abad itu dilapangkan hati. “Eh! Nak ke mana tu? Aku tak habis cakap lagi ni. Memang dasar pelacur tak sedar diri. Aku doakan kau hidup susah sampai la kau mampus!” Kasar Hajar Sadiah berkata. Matanya dijegilkan. Memang pantang kalau orang pergi tanpa sempat menghabiskan kata-katanya tambahan lagi Aisyah kelihatan tenang saja mendengar kata-kata kasar mereka. Kalau mahu, dia ingin melihat Aisyah meraung dan menangis. Biar sedar siapa diri dia! Terhenti langkah Aisyah apabila sebuah kereta Proton Perdana berhenti tepat dihadapannya. Terkejut! Hampir-hampir saja dia dilanggar. Dia kenal benar siapa pemandunya apabila melihat susuk tubuh itu keluar dari kereta sambil melontarkan pandangan mengejek. Erdina anak gadis Hamidah memandang sombong ke arah Aisyah. Gadis bertudung litup itu terus meluru ke arah maknya, sesekali menjeling tajam pada Aisyah. “Aisyah kau tu perempuan busuk! Aku nak kau ingat sampai mati apa aku cakap ni!” Jerkah Hamidah sambil tersenyum mengejek. Tanpa disedari Imran mendengar setiap bait kata mereka dengan hati yang remuk ditambah lagi uminya mencela gadis kesayangannya! Hatinya menangis melihat ketenangan Aisyah.
IMRAN duduk bersila dihadapan Hajah Sadiah. Malam yang semakin hitam terus disinari dengan bulan purnama. Bayu malam membelai lembut dipipi melalui pintu tingkap yang terbuka luas. Matanya tertancap pada jam didinding. 10.30 malam ayahnya belum pulang lagi dari masjid mungkin mendengar ceramah agama pada malam jumaat. Dia terus menanti bicara dari uminya yang berseri-seri wajahnya. “Umi berkenan sangat dengan anak Hamidah tu” Imran dah mengangak itulah yang ingin dikatakan oleh umi. Sedari umurnya semakin menginjak ke umur 30 tahun dan umi keempunan benar memperolehi cucu. “Erdina tu bukan saja cantik malah belajar pun tinggi. Dengar cerita dia baru saju tamat belajar dari Kaherah dalam Sarjana undang-undang syariah. Umi suka sangat tengok Erdina. Baik budaknya.” Giat Hajah Sadiah tanpa jemu. Baik lagi Aisyah! Jerit dia didalam hati. “Agama pun cukup. Pandai mengaji pula, merdu suaranya Im.” Merdu lagi suara Aisyah! “Sejuk hati umi tengok orangnya. Ramai benar mak orang berkenan dengan dia dan hati lelaki mana tak tertawan dengan tingkah laku Erdina tu. Dengar cerita ramai teruna dalam kampung ni mahu memperisterikan dia” Huh! Tapi Im tak umi. Im gilakan Aisyah. Im suka perawan yang pemalu tu umi. Im terlalu inginkan gadis tu umi. “Kalau boleh umi nak pinang Erdina bagi pihak Im. Mak dia pun setuju sangat dengan cadangan umi. Mak Erdina tu mahu sangat Im jadi menantunya” perlahan Hajah Sadiah menutur melihat Imran mendiamkan diri. Aduh! Kalau umi tahu dia angaukan anak gadis Noraini macam mana ya? Mahukah ibu terima Aisyah? Sementelah hatinya masih sebal lagi dengan kata perhinaan umi terhadap Aisyah tempoh hari. Kalau boleh mahu saja dia luahkan isi hati pada umi namun masanya belum tiba lagi. “Im dengar tak umi cakap ni?” Imran memandang sepi. Maafkan Im umi. Im tak boleh penuhi hasrat ibu sebab hati Im dah diberi pada pada Nurul Aisyah bt Khalid. Gadis yang telah mencuri hati Im sepenuhnya.
P/s: TT nak minx maaf kalau ada bahasa yg kurang best kat cerpen ini. Segala kritik dari korang amatlah
dialu-alukan.
: TT nak minta maaf kalau jalan cerita ini ada menyinggung individu kerana semua ini adalah rekaan
semata-mata.
SELAMAT MEMBACA! Last edited by FNA_AZHANI on 22-3-2013 01:50 PM
|