CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3631|Reply: 15

10 aspek jejaka kemas

[Copy link]
Post time 21-3-2013 08:55 PM | Show all posts |Read mode
HARI ini, istilah menata rias diri bukan hanya untuk kaum wanita. Kaum Adam juga perlu memberi penekanan kepada keseluruhan aspek penampilan dan kebersihan diri. Jangan anggap ia sebagai beban kerana setiap langkah penting bagi mendapatkan awet muda biarpun tubuh terus dimamah usia.


Sabun buku bukan untuk wajah
LELAKI mempunyai kulit yang berminyak kira-kira 15 peratus melebihi wanita. Pori besar membenarkan segala kekotoran meresap ke dalam kulit. Usah malas mencuci muka menggunakan pembersih wajah yang betul. Elakkan penggunaan sabun buku untuk badan pada wajah. Begitu juga dengan syampu dan krim pencukur, pastikan anda mempunyai sabun khusus untuk setiap perkara.


Krim pelindung matahari
DISEBABKAN kebanyakan lelaki banyak menghabiskan waktu dengan aktiviti luar pejabat, kulit mereka mudah terdedah pada cahaya matahari. Bagi mengelak diserang masalah warna kulit tidak sekata, jangan ragu-ragu menggunakan krim atau losen pelindung matahari setiap hari.




Pelembap rambut
LANGKAH yang sering ditinggalkan jejaka ialah merapi rambut selepas menggunakan syampu. Tiada salahnya merapi rambut sebanyak dua kali seminggu (bergantung pada jenis rambut) kerana ia penting bagi mengekalkan kelembutan tekstur rambut. Ia juga mampu menyingkirkan minyak berlebihan pada akar kepala sekali gus mengurangkan risiko rambut gugur.
ELAKKAN bercukur dengan terlalu pantas kerana ia boleh melukakan kulit wajah.


Pemakaian
PILIH baju yang diperbuat daripada fabrik kapas yang ringan bagi mengurangkan peluh. Rapikan bulu ketiak secara berkala kerana ia boleh mengundang bau badan yang tidak menyenangkan. Pakaian juga perlu digosok terutamanya persalinan formal. Baju yang berkedut-kedut melambangkan keperibadian lelaki yang tidak ‘taat’ pada kebersihan dan kekemasan.


Potong kuku
KUKU sering dipandang remeh jejaka. Mereka hanya memotong kuku tangan apabila ia benar-benar panjang, manakala kuku kaki mungkin dirapikan sebulan sekali. Beri penekanan pada kebersihan kuku kerana ia terdedah pada bakteria hampir setiap saat. Kuku kaki khususnya, hampir separuh hari ia diliputi stoking dan kasut, banyak kekotoran terkumpul sekali gus menyumbang pada masalah kaki berbau.

Bercukur
HAMPIR semua lelaki perlu bercukur. Perapian misai dan janggut perlu agar penampilan sentiasa tampak kemas. Jangan sekali-kali bercukur tanpa krim yang betul kerana ia boleh mencederakan kulit. Mesin pencukur yang tepat juga memainkan peranan bagi membentuk gaya yang diingini. Selepas bercukur, aplikasikan after shave yang bertujuan mengurangkan kerengsaan.


Cucian malam
SELEPAS seharian bekerja atau melakukan riadah malam, ramai lelaki mengabaikan kepentingan mencuci wajah dan rambut sebelum tidur. Kekotoran dan minyak yang tertinggal pada wajah dan rambut perlu disingkirkan agar ia tidak merosakkan kedua-dua bahagian tersebut saat anda melelapkan mata.


Flos gigi
WALAUPUN anda dikurniakan wajah kacak, namun bau nafas yang kurang menyenangkan bakal memberi impak negatif pada penampilan. Menggosok gigi dua kali sehari tidak mencukupi. Pastikan anda flos gigi sekurang-kurangnya sekali sehari bagi mendapatkan nafas segar, gigi putih dan gusi yang sihat.

Agen pengelupasan
STRUKTUR kulit jejaka diakui agak kasar berbanding perempuan. Bagi mengatasi masalah itu, rajinkan diri memakai masker atau menjalani rawatan wajah sebulan sekali. Proses tersebut mampu menghapuskan sel kulit mati yang terbentuk di permukaan kulit.


Senaman dan pemakanan
SUKAN atau senaman sudah sebati dengan karakter lelaki. Jadi, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana majoriti mereka memang mengamalkan gaya hidup yang sihat. Bagaimanapun, bagi jejaka yang kurang memberi perhatian pada kepentingan senaman, sudah tiba masa untuk anda mengubah cara hidup. Riadah ringan tiga kali seminggu cukup untuk membekalkan kecergasan dan mengekalkan bentuk badan yang ideal.
Begitu juga dengan pemakanan, kadar metabolisme lelaki diketahui memang tinggi berbanding wanita. Ketahui kalori yang diperlukan badan anda dan makan mengikut jadual pemakanan yang betul dan seimbang.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2013 09:13 PM | Show all posts
jejaka kemas ni sering tak laku di market malaysia kut...

sorry adam ckp cmtu.. nama ek org suka lelaki cm KJ khair jamaluddin?  atau Remy Ishak? nape tak suka cm aron aziz? kpop?? wahai wanita forumer sila komen..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 11:00 PM | Show all posts
10 aspek jejaka kena ramas

dia gay
dia ada bini tp gemuk
dia mangsa buli
dia penakut
dia poyo
dia suka pakai baju kotak2
dia suka pakai baju ketat
dia suka pakai baju kaler pink
dia suka pakai suar yg tk de cutting bontot
dia saorang pencacai ahli politik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2013 10:28 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 21-3-2013 09:13 PM
jejaka kemas ni sering tak laku di market malaysia kut...

sorry adam ckp cmtu.. nama ek org ...

sbb nampak macho je....muka pon bia ada pimple sket2 baru nampak kelelakian sebenar....yg muka stok2 jambu bersih sokmo tu org dah ingat lain je....hadek hadam masok kategori yg mana?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2013 10:52 PM | Show all posts
estrelle posted on 26-3-2013 10:28 PM
sbb nampak macho je....muka pon bia ada pimple sket2 baru nampak kelelakian sebenar....yg muka sto ...

muka ada pimple. tak licin sangat
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2013 10:59 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 26-3-2013 10:52 PM
muka ada pimple. tak licin sangat

iols igt hadek hadam ni muka stok2 kpop sajork ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2013 11:04 PM | Show all posts
estrelle posted on 26-3-2013 10:59 PM
iols igt hadek hadam ni muka stok2 kpop sajork ....

kpop pun buat treatment lah. utk kecilkan jerawat.. lg satu tambah make up. diet korean kan makan sayur kimbap dan lain2 lg..mmg membantu mereka jd handsome..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 10:09 AM | Show all posts
estrelle posted on 26-3-2013 10:28 PM
sbb nampak macho je....muka pon bia ada pimple sket2 baru nampak kelelakian sebenar....yg muka sto ...

its depends actually...
i penah gak tngok gigirl nie menyampah bagai kat jejaka kemas macam KPOP bagai semua tue..
rupe2 nyer sebab pipi si gigirl nie ag byk pimple dari si jantan nie..
nak date pon malu la jalan sebelah2..t orang duk pandang2..

penah gak tngok gigirl ngomen xske lelaki kurus..
rupe2 nyer si gigirl tue gemuk / agak berisi dari lelaki tue.,,
so die rather choose lelaki yang berisi / gemuk seket dari die..

tapi ok la gigirl camnie..jenis sedar diri seket..
daripada yang jenis xsedar diri..
da taw badan berisi..nak pake mcam die kurus..
same gak laki.,.da taw muke itam cam nigger..nak pake baju mcam KPOP..
mang sakit la mata orang memandang..

#just my 2cent.. taste masing2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2013 01:04 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 26-3-2013 11:04 PM
kpop pun buat treatment lah. utk kecilkan jerawat.. lg satu tambah make up. diet korean kan  ...

sayur kimbap tu camne ghupenye dik?bole iols sajeskan utk my bf.....xpela xjadi kpop pong asal bahagia gituuu....
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 01:09 PM | Show all posts
R.A.M.A_mirror posted on 27-3-2013 10:09 AM
its depends actually...
i penah gak tngok gigirl nie menyampah bagai kat jejaka kemas macam KPOP  ...

yolah agree wif u...org kata ukur baju kat badan sendiri la kan...kalo badan kita ni stok2 demok2 gitu jgn harop la nak pakwe mcm zain saidin kan...tapi kalo dpt satu bonus means sang laki itew tak memilih or ada sumthing kat girl tu cthnya manyak duit ke kan....antara dua tu jela....just my 2, 3,4 n 5 cents....
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 01:10 PM | Show all posts
estrelle posted on 27-3-2013 01:04 PM
sayur kimbap tu camne ghupenye dik?bole iols sajeskan utk my bf.....xpela xjadi kpop pong asal bah ...

seringgit dua. kt kedai mak leha jual nasi lemak ada jual...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 01:21 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 27-3-2013 01:10 PM
seringgit dua. kt kedai mak leha jual nasi lemak ada jual...

ooo mau gatal muka kalo mkn ni....dah takjadi kpop jadi muka kerak2 bumi....kesian mak leha yg dpt nama nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 01:34 PM | Show all posts
lelaki ni elok la kemas & bersih..
tp jgn sampai terlalu kemas..bersih tu penting..
sesape pun tk suka org yg pengotor kan (baik lelaki/perempuan)
iols pun rimas jgk lelaki yg terlalu kemas ni..tmbah2 klau jenis yg tk leh kotor skit..alahai..
nmpk sgt jenis yg tk bersukan..iols suka org yg bersukan.. lasak2 ni..
yg terlalu kemas bersih tk bertempat ni..iols rasa tk cukup gagah kekdahnya..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 02:37 PM | Show all posts
kekadang kalo laki tu memang suka kemas mcm tu nak wat mcm mana kan..kan..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2013 12:51 PM | Show all posts
ermmmm memang suka jejaka kemas2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2013 05:25 PM | Show all posts
yoooo ker???
bes tu besepah jea pmpuan minat kpop???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.297623 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list