Kisahkembar buaya ni sebenarnya ada kat mana-mana. Namun disebabkan ramai orangsekarang menganggapnya hanya mainan perasaan atau mimpi, mereka juga tidak mahuterlibat dalam menyekutukan Allah (syirik). Maka di sebabkan itu, mereka lebihterdorong untuk tidak mempercayai atau tidak mabil tahu. Ini adalah kisah yangterjadi kepada Am (bukan nama sebenar) iaitu kawan kepada adik saya, Izzat.
Seperticerita-cerita sebelum ini, saya telah memberitahu bahawa adik saya bekerja diJB. Izzat ni percaya pada benda-benda sebegini mungkin kerana latar kami yangdatang dari keluarga yang mempunyai susur galur mengubat secara tradisional.Rakan-rakan mereka tidak mempercayai cerita Am kerana dianggap sangat kolot dankarut di zaman serba canggih dan moden ini. Ammerupakan seorang budak lelaki yang beperwatakan sederhana. Berumur kurang 2atau 3 tahun dari Izzat. Am dilahirkan dari keturunan orang asal atau jugadipanggil (Orang Kuala kerana mereka tinggal di kuala-kuala sungai). Berkulitgelap dan berketinggian sederhana. Wajahnya sekali pandang seperti lelakibiasa. Budak-budak muda yang nakal dan baru ingin menerokai dunia. Namun, siapatahu dia mempunyai sejarah yang boleh membuatkan orang ramai dan kwan-kawanjauh darinya. Am ketika lahirnya, dia kembar BUAYA. Ya, buaya. Yang lebihmenggemparkan ialah, buaya itu keluar dari rahim yang sama dengan ibunya itudalam keadaan nyata dan mampu dilihat oleh ayahnya sendiri serta bidan yangmenyambut kelahiran Am.
KetikaAm di dalam kandungan ibunya, ibunya mendapat mimpi didatangi seorang wanitapertengahan umur dan menyatakan bahawa ibunya mengandungkan anaknya. Wanita itujuga meminta sekiranya anak itu lahir, akan segera dilepaskan ke dasar sungaiStulang di johor bahru. Siapa yang mahu mempercayai cerita karut ibunya itu?Suaminya sendiri tidak mahu mempercayai mimpinya itu. Malah dianggap sebagaigurauan semata. Namun, ibu Am bertekad bahawa dia akan mengikuti arahan Wanitaitu kerana dikhuatiri Am juga turut diambil sama sekiranya anak Wanita itutidak dilepaskan di laut. Ibu Am pada mulanya tidak menyangka bahawa diamenghamili Am dan kembarnya adalah seekor buaya.
Setelahmencapai kata sepakat bersama bidan yang menyambut kelahiran Am, Ibu Am selamatmelahirkannya dan sesudah itu dia sendiri melepaskan buaya itu ke dasar lautStulang. Pada malam itu, ibu Am mendapat mimpi. Wanita itu hadir danmengucapkan terima kasih kerana menghantar anaknya ke dalam laut. Dia jugamembuat beberapa perjanjian yang tidak mampu saya nyatakan disini. Wanita itujuga meminta setiap malam Jumaat keliwon, Am atau ibunya perlu memberinyajamuan. Sekiranya tidak dilakukan, umpama mengundang malapetaka.
Maka.Termeterailah sebuah perjanjian diantara manusia dan Jin. Ya, ia adalahperbuatan menyekutukan Allah iaitu memberi jamuan kepada Jin kerana khuatirterjadinya malapetaka. Sedangkan itu semua adalah di dalam kuasa Allah swt. Beberapahari sebelum tibanya Jumaat keliwon. Ibu Am telah didatangi wanita itu danmengingakannya bahawa janji yang telah terpatri. Padahari yang ditetapkan, ibu Am menyediakan pulut kuning dan dihidang di atasdulang. Pulut kuning itu dikelilingi beberapa biji telur rebus dan seekor ayamkampung yang dipanggang. Ayam kampung itu perlu dibeli di dalam keadaan masihhidup dan disembelihsediri olehnya. Wanita itu juga memberitahu bagaimana untukmenyembelih ayam itu. Ibu Am yang tiada pengalaman menyembelih ayam takut padamulanya. Dia bukan sahaja takut kerana tidak pandai menyembelih ayam. Malah,dia juga khuatir bahawa suaminya mendapat tahu bahawa dia menurut sahaja mimpinyayang dikata kolot itu.
Ibunyamenguatkan hati untuk menyembelih dan menyediakannya sendirian. Kerana mengikutperjanjian,jangan ada sesiapa tahu atau nampak dia menyediakan ancak(makanan/jamuan kepada jin@belaan). Setelah siap dimasak, pada tengah malam(khamis) dia perlu ke laut sehingga air separas dada dan melepaskan dulangmakanan itu. Dia juga tidak dibenarkan menolah kebelakang walau apa pun yangdidengari.
Setelahnaik ke daratan, dulang berisi ancak itu telah tiada dan diganti dengangelombang hebat seperti seseorang yang bergelut di dalam air. Lantas ibu Amberlari ke dalam rumah. Setibanya dirumah, didapati suaminya nyenyak tidur dantidak sedar akan kehilangganya sebentar tadi. Segera dia membersihkan diri dantidur disebelah suaminya. Semenjak ibu Am membuat ancak kepada buaya yangdisangka kembar Am itu. Hidup mereka mulai berubah. Kini hidupnya semakinsenang. Suaminya mencari duit makan dengan hasil tangkapan laut seringdicemburui rakan-rakannya kerana suaminya itu mampu mendapatkan ikan denganmudah di dalam masa yang singkat. Timbul fitnah bahawa suaminya ada membelajembalang laut. Namun, tidak dihiraukan suaminya itu kerana dia menggangapnormal sekiranya dia menjadi senang dan ramai yang mencemburuinya.
Setelahbeberapa tahun, Am kini telah dewasa. Dia kini bekerja sama tempat denganIzzat. Mereka berdua berkawan baik. Mereka sering keluar memancing bersama. Amtidak banyak bercakap dan hanya akan tersenyum jika diusik rakan-rakan. Namun,rakan-rakannya termasuk Izzat pelik kerana walau dimana pun mereka pergimemancing samada di sungai, longkang, tepi jambatan atau laut, Am lah orangpertama yang akan menaikkan ikan besar yang bukan calang-calang punya berat.Kadangkala ikan yang diperolehi Am itu mencecah 10kg.
Amjuga diminati dan digilai oleh ramai wanita. Ini juga menimbulkan rasa tidaksenang hati di kalangan rakan-rakan. Dia sering diejek sebagai orang kuala yangtidak sedar diri. Namun begitu, Am hanya akan tersenyum. Hanya dengan izzatsahajalah dia menceritakan kisah ini. Dan sehingga kini. Am yang akan mengambilalih tugas emaknya itu iaitu memberi makan ancak kepada kembarnya.
Didalam kisah ini, banyak pendapat mengatakan ibu Am telah ditiduri jin @jembalang laut.
|