CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4558|Reply: 10

she's remember part 1,2

[Copy link]
Post time 23-5-2013 07:46 PM | Show all posts |Read mode
“ she’s remember.”


“Are you sure?”


“sure”.


“tapi dia cakap tak kenal kau. Macam mana kau cakapdia ingat pulak?.”


“her eyes can’t lied me. I know her well.”


“ ikut suka kau lah. Tapi kan,kalau dia cakap diatak kenal kau tu maknanya kau memang worst nightmare dial ah sampaikan diacakap macam tu.”


“yeah. I am. But I will try my best until she said“I know you mister”.



+ She never change.


~ are you sure she never change. Who knows?


+ yeah. I’m sure because I know her too well.


Pada pandangan matanya, gadis itu tak pernah berubahwalaupun orang sekelilingnya mengatakan bahawa dia berubah sepenuhnya. Hmm.. Iknow my lady well. Yelah tu your so-called lady tapi siapa yang buat dia jadimacam tu. Kau jugak. I know. My bad,my mistake. Dia jadi macam tu sebabkan akuyang hurt her at first place. Sekarang, aku nak tebus balik semua silap akuyang bertahun- tahun lamanya. Tapi kau ingat senang? Hati dia tu aku rasa dahsama keras dengan batu dah. Payah nak cair. Kalau dulu senanglah sikit walaupunsedingin ais tapi akan cair jugak bila tiba masanya. Tapi kau ingat dia nakberi muka kat kau lagi. Dalam mimpi ajelah bro. Perempuan.. sekali kau sakitkanhati dia,say goodbye to your name. memang dia akan campak nama kau jauh-jauh.Sumpah memang dia takkan ingat dah kau walaupun dulu-dulu dia memang sayangkau.


Kirim salam!!



Bertahun-tahun lama dia menjejaki gadis itu.Ingatkan aka nada pengakhiran yang manis tapi ini yang dia dapat.



“ sorry mister, I don’t know you.”



“ hey, are you kidding me?”


“ I don’t have a time kidding with you. Seriously whothe heck are you?”


“ listen lady, I know I hurts you but c’mon. how canu don’t know me?”


“ yeah mister. How many time you want me to tell youthat I-D-O-N-T-K-N-O-W-Y-O-U!! got it?


+ she don’t remember me.


~ ohh.. it hurts.


+ then,make her remember you again.


~ ingat senang ke?



Last edited by lavenderpurple on 24-5-2013 11:33 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-5-2013 11:32 PM | Show all posts
part 2


Ingat. Kau yang cari pasal dulu,so kena terima lah akibatnya. Ingat senang nak terima kenyataan  orang yang kita sayang tak ingat kita.

Pedih tau.

Memang pedih. Rasa macam hati ni kena lapah aje. Hiperbola sungguh perumpaan kau.

So,kau kena rancang misi memenangi kembali hati your lady tu. Lambat-lambat nanti ada yang masuk jarum,kau jugak yang gigit jari nanti.

Memang gigit jarilah aku kalau ada yang masuk line sebab aku tahu ramai mak cik-mak cik yang berkenan nak buat dia jadi menantu.

Maklumlah kerja pun best,cukup budi bahasa sape yang tak nak. Agaknya aku aje yang kurang waras tolak dia macam tu aje. Yelah tu. Orang yang tak berapa cerdik aje yang tak nak kat dia.


Bukan aku tak nak tapi masa tu tak ada jodoh, nak buat macam mana. Jodoh di tangan ALLAH s.w.t.

Aku tak boleh nak paksa-paksa hal-hal jodoh ni. Tapi dia tak pernah tahu yang kau sayang dia kan?

Memanglah dia tak tahu. Gila nak cakap depan-depan.

Mana nak letak muka kalau kena tolak. Malu aku kalau taiko kena tolak mentah-mentah dengan awek.

Mahu setahun kena bantai gelak dengan member-member. Bukan boleh main dengan budak sekolah dia tu.

Nakal yang amat termasuklah dia sendiri.

Zaman sekolah memang penuh dengan hal-hal yang tidak terjangka oleh akal fikiran dan kenakalanku memang cukup terserlah sampaikan pernah kena penampar cikgu disiplin.

Masa tu darah tengah panas, semua benda dia nak cuba.

Kena penampar tu pun sebab terkantoi dengan cikgu merokok kat semak samun belakang hostel.

Entah macam mana cikgu boleh tahu port dia malam tu. Padahal dah berzaman dia lepak kat situ,tak pernah pulak terkantoi.

Macam ada orang yang sengaja kantoikan dia pun ada masa tu. Tapi sampai sekarang pun dia tak tahu sape yang pedajalkan dia malam tahu. Kalau dia tahu sape,memang bungkus lah orang tu.


Setahu dia bebudak laki memang kuat ukhuwahnya kalau bab-bab langgar peraturan sekolah ni.

Tak pernah lah pulak dengar diorang kantoikan sesame kaum. Reputasi kaum adam harus dijaga supaya tak dipandang rendah oleh kaum hawa.

Ceit!! Kaum adam lah sangat. Berbulu telinga dengar. Haha. Bagi dia,perempuan tak patut diberi muka sangat sebab nanti diorang pijak kepala kita balik.








2008



“kring!!!!!”


“loceng bunyi dah,jom makan. Aku dah lapar tahap kebulur ni. Kalau tak makan jugak,mau jatuh pengsan aku.”


“perut apa lah kau ni,bukan  pagi tadi baru breakfast kat dewan makan ke? Cepat bebenor perut kau ni lapar. Padahal kau siap rembat aku punya soto lagi tadi.”


“ gila. Makan dua mangkuk soto pun tak kenyang. Perut tempayan ke apa?”


“ tadi makan soto aje. Mana kenyang. Aku nak makan nasi weh. Perut Melayu biasalah. Kena makan nasi jugak macam mana pun.”


“haha. Aku setuju dengan kau.”




Kedengaran riuh suara pelajar di dalam dewan makan itu.

Biasalah waktu lunch kan. Macam-macam nak dibualkan.

Pasal cikgu Fizik yang garang lah,kerja sekolah tinggi macam gunung Everest lah dan macam-macam lagi


“ kau tahu cikgu Razif tu garang lah. Aku nak angkat muka tak berani.”


“eh, dia ajar kelas kau jugak ke? Sumpah garang.”


“kerja sekolah aku tinggi macam gunung. Ada ke cikgu Nurul tu bagi kerja Add Math macam takde hari esok dah. Tension dowh. Tekanan jiwa.”


Dan aka nada yang menyambungnya.



“ memang tension weh. Ingat Add Math macam satu tambah satu ke?”


“hmm. Betul2. Ingat  aku tak ada kerja lain ke nak hadap Add Math je. Sumpah bosan main dengan angka-angka ni.”


Dan akan sambung bergebang lagi masa kelas prep sebab nak protes betapa tak puas hatinya.

Memang jarang kalau nak cari suasana prep yang senyap dalam kelas kecuali esok nak exam.

Confirm jarum jatuh pun berbunyi.



“ weh elham, kau dah siap belum kerja Add Math. Kalau dah siap,aku nak pinjam.”


“ dah. Ada kat atas meja tu. Tapi swap dengan homework Bio lah sebab otak aku dah biol dah tengok soalan Bio ni. Silap haribulan muntah hijau aku kat dalam kelas ni.”


“ okey. Deal. Setakat Bio takde hal. Kau nak tiru semua pun aku tak kisah.”





Begitulah adat hidup pelajar sekolah boarding school sebab nak hidup kena pandai.

Tak larat nak buat semua kerja sekolah.
.
Mau syahid tersungkur menyembah bumi. Hidup kena pandai system barter.

Memang system barter betul-betul dipraktikkan dalam kehidupan seharian seorang pelajar sebagaimana yang dipelajari secara teori dalam Sejarah.


Subjek yang paling digeruni dan paling buat pelajar gila di sekolah tu sememangnya Add Math dan paling disukai oleh cikgu-cikgu sebab nak periksa kertas senang.

Mana tak senangnya,kalau hantar kertas jawapan semuanya banyak kosong aje. Memang senang lah jawabnya.

Tapi bagi aku subjek tu tak lah susah mana kalau nak dibandingkan dengan Bio. Sumpah aku tak nak ambil apa-apa subjek yang ada kaitan dengan Bio dah lepas ni.

Serik dowh. Sebelum masuk Form 4 dulu,aku memang nak ambik kelas LK  pun tapi entah macam mana boleh tercampak kat sini pun aku tak tahu.

Diorang bukan tak tahu betapa seksanya aku belajar subjek ni.  Markah yang dapat pun setakat cukup cukup makan aje. Boleh lah bernafas lagi.


“elham,apsal susah sangat soalan ni? Dah dua jam aku duk ngadap soalan ni? Alif mengguman. “soalan mana.meh aku jawab.” Muka Alif dah berkerut macam nenek tua dah. Tension punya pasal.

“ ni soalan nombor 5 tu. Giler punya susah. Aku rse macam xde dalam syllabus aje. Trigonometry sungguh. Sumpah aku menyampah.

Laa….yang ni ke. “senang aje. Kau simplify dulu dalam equation yang sama,pastu baru boleh  solve”.

Ish Alif ni,bukannya susah sangat pun, Kau aje yang cepat give up. “senang kau kata,aku rasa macam dah nak syahid dah jawab soalan ni.”

Alif tak puas hati dengan kenyataan sahabatnya.

Elham ketawa.

Cepat aje bantal yang ada atas katil Alif landing kat badan Elham.

“woi, ape ni?”.

“sape suruh kau sesedap rasa aje cakap soalan tu senang. Haha”.

Aku pulak yang salah? Ish ,emo betul mamat sorang ni.


“esok jangan lupa ingatkan aku bawak homework Add Math ni.

Mati kejung aku esok kalau tak bawak. Silap haribulan lava gunung berapi keluar esok. Haha”.

  Alif sengih. “yelah. Aku ingatkan.

Kalau tak,seminggu mulut kau tak tutup mengungkit pasal benda yang sama aje.”macam mak nenek aje mulut tu. Mulut murai pun kalah tau.

“eh mulut murai,sekarang ni dah pukul berapa,tak reti nak tidur ke?

Kang ada aje yang sujud tak bangun-bangun dalam kelas tu nanti.”

“ samdol ,aku nak tido lah ni. Nak kemas meja aje ni.” Ada ke nama aku cantik-cantik ni boleh dia panggil samdol.

Hampeh sungguh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2013 10:34 PM | Show all posts
PART 3

Dah pukul 5.50 pagi ni.

Si mulut murai ni tak bangun lagi.

Tulah, suruh tidur awal tak nak,kang payah nak bangun Subuh.

Dia ni dah lah liat nak bangun Subuh. Selama 5 tahun kat sini,aku ni jadi tukang kejut Subuh sukarela tau.

“Alif,bangun weh. Dah subuh ni. Nanti tak sempat nak jemaah pulak.”

“grrrr…” ah sudah. Mimpi apa pulak mamat ni. Kalau tak mimpi pelik-pelik tak boleh ke?

Menyusahkan orang betul. Dah tua Bangka macam ni pun liat nak bangun.

“Alif!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Bangun!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”


kalau tak bangun lagi,aku kena guna jalan terakhir lah.

Simbah air atas muka. Selama 5 tahun ni,cara ni tak pernah gagal. “eh,aku kat mana ni?”


ewah-ewah. Sempat lagi berdrama samdol ni.

“ eh samdol,kat bilik lah. Kat mana lagi. Kau ingat kat mana,hotel ke?”

aku ingat kat dalam hutan tadi. Rimau kejar aku. Macam –macam binatang masuk dalam mimpi si Alif ni.

Sebelum ni,gajah,buaya,ular dan banyak lagilah kalau nak senarai pun. Aku pun tak faham macam mana segala jenis binatang boleh masuk dalam mimpi dia.






8.00 pagi


Kelas 5 Gamma



Suasana riuh macam kat pasar borong Selayang aje. Tak pernah nak senyap.

  Tiba-tiba aje kelas ni senyap. Dah tau dah kenapa. Mesti cikgu Add Math dah sampai.  


“selamat pagi cikgu”.

Aku tengok semua budak kelas aku dah bisu semua sampaikan si mulut murai tepi aku ni pun senyap bisu.

“weh,apahal kau senyap bisu aje ni? Mulut kau dah tercabut ke? Haha”. Bisikku.

“ kau ni,time kritikal ni jugak kau nak bercakap dengan aku.

Aku senyap ni sebab nak selamatkan diri daripada cikgu tapi aku rasa sekarang dah tak selamat sebab cikgu dah jeling kita dari tadi lagi”.

Saat ini,dirasakan pandangan cikgu Nurul macam nak tembus badan dia aje.

Cikgu Nurul memang pantang anak-anak muridnya bising masa dia mengajar.

Matilah aku.

“ Mohd Alif dengan Elham Faiz,sila ke depan buat soalan yang saya tulis ni.

Kalau tak boleh jawab,berdiri di depan.”tegas kedengaran suara cikgu Nurul.

Semua orang terdiam bisu untuk mengelakkan daripada dipilih untuk menjawab soalan di depan.

“ kau punya pasal lah ni. Tak pasal-pasal aku pun kena”.

“ aik,aku pulak.

“elham,alif..ada masalah ke dengan arahan saya?”

“eh…tak..tak.. cikgu.”




+matilah aku macam ni. Aku bukan pandai Add Math macam si Elham ni. Eh..bala betul di pagi-pagi hari ni.


~ eh murai ni. Nak jeling-jeling aku pulak. Bukan salah aku pun kalau kena panggil.


+ memang salah kau pun.


~ yelah. Memang salah aku pun. Sorry.


“dah siap ke elham,alif?”

“ dah cikgu.

“ okey. Bagus.”

Bila dengar cikgu Nurul cakap macam tu,rasa lega yang teramat.

Syukur Alhamdulillah.

“ tengok tadi,kau punya jawapan betul je kan. Kau aje yang gabra lebih.” Alif senyum.

“ mana tak gabra weh. Aku bukannya pandai sangat Add Math macam kau. Mana tak gabra buat depan cikgu Nurul yang garang macam rimau tu.

Agaknya aku mimpi rimau semalam sebab kena jawab soalan pagi ni tak. Haha”.

  “bengong lah kau ni.

Ada ke samakan cikgu Nurul dengan rimau. Tapi kan aku rasa rimau pun takut dengan cikgu Nurul. Haha”.

Cikgu Nurul merupakan antara cikgu yang paling digeruni di sekolah tu.

Sumpah takut.

Pernah ada senior aku kena baling dengan duster sebab tidur dalam kelas. Memang berani mati betul senior tu.

Aku memang tabik spring lah.

Takat kena lempar marker kalau tidur tu dah perkara biasa sampai aku pun dah lali sebab aku antara orang kuat tidur dalam kelas.

Tak payah nak tabik spring sangat dengan senior tu sebab aku pun lebih kurang aje.

Semua pencapaian cemerlang aku dalam Add Math dilupakan begitu sahaja oleh cikgu kalau aku tidur dalam kelas.

Cikgu Nurul memang tak kisah dah pasal kau ni dapat 100 ke dalam Add Math, bila kau tidur dalam kelas dia,memang cari nahas lah.



Tiba-tiba aku terpandang seorang budak kelas aku ni.

A lady.

Cantik tapi sayangnya tak pernah senyum kat aku. Umpama aku ni patung cendana aje dalam kelas ni.

Tapi, gila dia nak senyum kat aku.

Aku ni kan musuh utama. Bak kata dia” typical alpha male”. Itu aje ayat yang selalu aku dengar dari mulut dia dari aku form 1 sampailah form 5 ni.


Semua benda dia nak lawan dengan aku. Aku takde hal sangat bab-bab nak lawan ni.

Kitorang ni umpama magnet yang sama kutub yang akan sentiasa menolak antara satu sama lain. Kalau bekerjasama, memang hancur. Masing-masing nak menangkan pendapat sendiri.


“hey lady,why are you so stubborn ?”gumamku.


“kau cakap dengan aku ke elham?”.

“takdelah.

Mana ada aku cakap dengan kau. Salah dengar kot.”

Parah kalau si Alif ni dengar. Dia kan memang terkenal dengan gelaran mulut murai. Kantoi kutuk pasal budak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2013 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini sahaja ka?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2013 08:06 PM | Show all posts
boleh cuba lagi..keep up the good work!! but it still nice!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2013 09:53 PM | Show all posts
saya suka ) sila sambung )
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-1-2014 01:10 AM | Show all posts
SHE'S REMEMBER PART 4



“your test saya dah habis semak semua.

Sila datang ke depan ambik your paper.

Sape yang tak dapat A dalam Add Math,sila datang ke depan sebab saya nak bilang berapa orang yang tak dapat A.

Yang dapat A tu,tahniah dan kekalkan dan bantu rakan-rakan kamu yang tak dapat A ni.

Faham semua?”

“ faham cikgu.”

macam-macam reaksi pelajar 5 Gamma bila dah dapat kertas ujian. Ada yang tersenyum dan ada jugak yang mengeluh. Dan pasti ada yang merungut macam ni.

“eh,kalau aku tahu macam ni,aku tulis aje ape yang aku tahu.”


“tension dowh. Bila nak dapat A ni. Penat tau belajar subjek ni.”


“punyalah panjang berjela aku punya calculation,dapat 1 markah je. Hampeh betul.”


“meh sini kau punya kertas,aku nak banding jawapan. Tang mana aku salah. Adeyy, salah titik aje dah terbang 10 markah kat sini. Bala sungguh.”



“sape yang dapat paling tinggi untuk ujian yang saya bagi tadi?”.



Semua sebulat suara menjawab” elham cikgu.

Dia dapat 100 Add Math”.

“ oh, ada eh yang dapat 100?”.

“saya tak perasan pulak tadi”.

Okeylah kalau macam tu. “ saya lantik elham jadi mentor untuk kelas ni ok”.

“kalau ada apa-apa tak faham,boleh Tanya dia kalau saya takde.”

Bala dah datang.

Mati aku kalau macam ni.

Aku bukan pandai pun nak ajar orang. Sikit-sikit bolehlah tapi kalau dah sampai nak jadi mentor ni memang tak lah.

“Boleh Elham?

Jangan bimbang,bukan saya suruh awak jadi mentor untuk satu kelas ni tapi awak Cuma kena bimbing betul-betul Cuma Izreen sorang aje.

Yang lain tu awak Cuma tolong-tolong aje. Bukan apa,sayang kalau Izreen tak boleh perform subjek ni padahal subjek lain bagus. Awak tolong ye?


“. Budak kepala besi tu nak ke kalau aku jadi mentor.

Silap haribulan,dia tak puas hati dengan aku,mau dia bomnya aku. Tak ke nahas.

“ saya takde hal cikgu kalau nak tolong tapi takut Izreen tak nak dengan saya lah. Takut lah dia nak dengan orang lain. Saya kena tahu jugak tu.”


“Izreen,awak okey ke kalau Elham ni jadi mentor awak?

Should not be any problem kan?”.

“Saya okey aje cikgu. Takde hal kalau si Elham ni jadi mentor saya”.

Eh..tak kisah pulak budak ni. Biasanya kalau dengar nama aku,dah berapi-api tahap gunung berapi dah.

Ni.. boleh pulak tak kisah aku yang jadi mentor dia. Hilang ingatan apa budak ni.

Yang pasti semua orang dalam kelas tu senyap bisu lepas dengar statement mengejut si Izreen tu.

Bukan apa,satu sekolah tahu yang dia dah isytihar aku ni sebagai musuh dia. Boleh bilang dengan jari berapa kali dia cakap dengan aku dalam masa setahun.

Dan aku pun tak teringin nak bercakap dengan dia saja-saja kecuali lah benda yang penting teramat.

“ Elham dengan Izreen,kamu boleh mula kelas intensif Add Math ni petang ni jugak. Saya nak tengok untuk mid year exam ni,Izreen ni dapat A okey. Pandai-pandai kamulah macam mana nak ajar Izreen ni Elham.”


“Izreen,kau tak kisah pulak budak tu jadi mentor kau.

Bukan kau perang dunia ke dengan si Elham tu?”.

“Perang tak perang.

Dah dia aje yang boleh tolong aku dalam subjek ni. Aku tak nak Spm aku lingkup sebabkan perang ni”.

Bila aku dah dapat A,aku lancar perang balik lah”.

“Mana tau,bila dia dah jadi mentor kau ni,boleh baik sikit korang dua orang ni”.

”Aku nak baik dengan si mafia tu? Memang tak lah. Selisih malaikat 44”. “Dia tu typical alpha male kau tau tak?”. “aku tau.

Dah bertahun-tahun kau mengulang ayat yang sama aje sampaikan aku dah boleh hafal ayat tu”.

“Kalau kau tau,xpe lah.

Aku tak boleh lupa dowh segala kejahatan yang pernah dia buat kat aku. Siot aje dia kenakan aku depan-depan cikgu Razif.

Dah tau baran cikgu Razif tu ibarat bom yang boleh meletup bila-bila masa aje,nak jugak cari gaduh dengan aku masa tu jugak.

Paling tak boleh lupa,dia pedajalkan aku punya projek Sains. Berminggu-minggu aku tak cukup tidur buat projek tu,dalam sekelip mata aje hancur. Malam tu jugak aku curi masuk booth pameran nak bagi pengajaran sikit kat mafia tu.

Sudahnya pagi esok,boleh dengar satu sekolah si mafia tu mengamuk. Seminggu dia bad mood. Semua orang tak berani kacau. Kacau lah kalau nak cari bala. Baran si mafia tu boleh tahan jugak. Muka keruh aje seminggu tu. Siapa suruh cari pasal dengan aku tapi macam dia tahu aje sape yang buat.

Serves him well. Eheh.


“paling best,part yang dia jahanamkan kau punya projek tu lah.

Aku tak boleh lupa lah pasal projek tu. Aku ingat lagi ayat kau masa tu” this means war”. Mana tak perang,semua orang tahu yang projek tu sangat penting untuk seseorang yang bernama Izreen.

Bila tiba masa nak hantar,tengok projek dah musnah. Mau tuan punya badan tak mengamuk.


Satu aspuri dengar si Izreen ni mengamuk”. “Memang perang sungguh lah lepas tu. Entah apa benda yang dia tambah kat aku punya projek.

Meletup.

Nasib baik tak kena sakit jantung aje masa tu. Pucat tak payah nak cakap lah masa tu”.


“Aku ingat lagi,memang kau macam nak pengsan dah masa tu. Aku pun terkejut walaupun tempat aku jauh dari kau punya tempat”.

“Memang aku tatau macam mana boleh meletup. Setahu aku,dah measure cukup-cukup. Tak lebih,tak kurang.

Tiba-tiba aku pandang kat belakang,you-know-who tu senyum kat aku. Memang dia punya kerjalah tu,dah tak ada orang lain nak kacau aku”.


“Korang punya sejarah perang ni memang boleh dibukukan tahu tak? Semua tempat korang nak perang.

Tak cukup kat padang,dalam pertandingan debat pun nak perang.

‘Mens vs Woman,who is better?’

Memang kena sungguh tajuk tu. Penganjur yang bagi tajuk tu pun satu,dah tahu dua orang ni memang perang,bagi lagi tajuk macam tu.

Memang panas lah pentas debat hari tu. Masing-masing terbakar aje dengan statement pihak lawan dan aku rasa masa tu macam diorang lawan satu lawan satu aje.

Peserta lain tak berani berhujah,takut kena fire on the spot. Akhirnya,tak ada siapa yang menang sebab hakim cakap masing-masing ada keistimewaan tersendiri,jadi tiada siapa yang lebih bagus.




Ada sekeping post note yang dilekatkan atas meja dia.





Add Math pukul 3
Library
Topic Form 4
p/s: pick your own topic





+ ish.. mamat ni. Tak menyempat nak jadi mentor aku. Nak dera aku lah tu.


~ bukan kau ke yang setuju dia jadi mentor kau.


+ memanglah.


~habis tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2014 01:13 AM | Show all posts
Pinardi90 posted on 29-12-2013 09:53 PM
saya suka ) sila sambung )

terima kasih sebab suka  
saya dah sambung!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-1-2014 01:14 AM | Show all posts
isif posted on 29-12-2013 08:06 PM
boleh cuba lagi..keep up the good work!! but it still nice!!

terima kasih!!!


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2014 01:15 AM | Show all posts
adzyla posted on 29-12-2013 01:34 PM
Ini sahaja ka?

sori lame x update
dah update dh.. jemput baca
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
lavenderpurple posted on 6-1-2014 01:15 AM
sori lame x update
dah update dh.. jemput baca

Hahahaha......ok2....nanti update lg tau...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.278054 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list