View: 22969|Reply: 132
|
Rumah ku yang angker.
[Copy link]
|
|
Bila bace cerita2 seram kat dalam board ni aku pn rasa nak share cerita pasal
rumah lama aku dekat kampung. Rumah aku ni agak angker jugak.
Kawasan rumah aku ni agak luas dan dikelilingi pokok2 buah.
Halaman rumah aku tu je dah boleh buat lg sebijik rumah. Lepas
dari halaman tu ade kebun koko yg agak besar. Cerita die mcm ni, masa tu aku
kecik lagi dalam darjah 3 macam tu. Family aku decide nak pindah ke
kg ni sebab ayah dah tukar kerja. Aku masih ingat yang rumah ni family
aku beli murah je. Masa beli rumah tu, rumah tu dlm 90% siap. Tp dah boleh duduk.
Masa mula2 duduk tu, xdela sebarang gangguan. Bila dah duduk lama, baru lah family aku
start kena kacau. Untuk pengetahuan, ayah aku kerja kat tempat lain. So kiranya ayah akan
balik dalam sebulan 2 kali je macam tu. Tinggallah mak dan kteorang 5 beradik. Gangguan first
yang kami rasa bila pintu dapur kami selalu kena ketuk. Hampir setiap malam dalam tengah malam
macam tu mesti kena ketuk. Bila buka pintu, xde sape pulak kat luar. Mula2 kteorg igt org nak
main2. Tp bile da selalu mesti rasa lain macam. Tak puas dengan pintu die ketuk lantai pulak.
(Rumah aku ni rumah kayu. So kat bawah tu ade kolong.) So bunyi tu macam ade org ketuk lantai dari
bawah kolong tu. Gangguan akan stop bila azan subuh. Memang payah nak tido. Hari2 pegi sekolah muka
mengantuk je.
Mungkin dah lame sgt kena ganggu macam tu, family aku da biase and lame2 benda tu stop. Tapi tak
bermakna die stop kacau. Dia kacau cara lain plak. Bila malam, atap rumah aku macam kena simbah
dengan pasir. Atap rumah aku ni pakai zink je, so korg blehla bayangkan macam mane bisingnye
bile pasir korang simbah kat zink.
Bila dah lama kena macam tu, family aku pn cari ikhtiar. Tp ayah aku ni memang xsuka pakai2 bomoh.
So mintak tolong dengan pakcik aku. Pakcik aku ni boleh tahan alim orangnye. So dia suh kteorg
bt bacaan yassin every night. Lepas buat bacaan tu, slow2 gangguan tu hilang. Tapi ini bukan akhir
cerita pasal rumah aku ni. Banyak lagi cerita dia. Aku bagi intro je dulu. Kalalu banyak permintaan
aku cerita yg lagi scary mri pasal rumah aku ni.
Maaf kalau ade ape2 silap.
P/s: Lepas gangguan pertama ni, ayah aku ada contact and tanya dgn owner lame. Owner lama tu kate
rumah tu memang ade penunggu dia. Patutla dia jual murah je. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sambung ja TT, ramai nak baca termasuk mama...so far gaya penceritaan yg mudah dan santai...keep it up!!
cepat sambung tau! |
|
|
|
|
|
|
|
ni hantu spesis apa suka main2 cmni. kau sembur je ridsect dekat hantu tu |
|
|
|
|
|
|
|
sambung lagi tt...
errrrrrrr...nak tuju lagu boleh??? |
|
|
|
|
|
|
|
org kate klu bunyi pasir tu hantu raye...huhuu betul tak?..
dlu kt umah aku kt kg ade gak mcm ni...
mak aku punyer la berani... siap panjat pokok rambutan g intai atas atap rumah..
tp takde nmpk pape... so bile cite kat jiran2.. depa kate tu hantu raye.. seram!
so ade org suggestkan.. tiap2 ptg time maghrib..bakar kayu , sambil selawat ( ke ade bace doa pape ntah) then lontar melepasi atap rumah.. ( klu tak lepas.. mau terbakar umah aku..ehhe) so kene buat 3 hari berturut...
lepas buat tu.. da takde bunyi pasir da...huhu |
|
|
|
|
|
|
|
k sambung next story TT oi..
|
|
|
|
|
|
|
|
mana da TT nie...da x sabau nak layan citer seterusnye.. |
|
|
|
|
|
|
|
cepat arrr...dah ready nak tunggu next stori neh |
|
|
|
|
|
|
|
Kena denda oleh Mak
So aku sambung cerita pasal keangkeran rumah dan kawasan rumah aku. Tajuk die memang tak seram
tapi korang nak bace cerita kan? Bukan nak bace tajuk.
Cerita die bermula macam ni. Aku ada 5 org adik beradik 4 lelaki and sorang pompuan. So bila
dah ramai lelaki mesti riuh satu rumah. Adik aku yang pompuan pn dah join jd mcm lelaki masa
kecik2. Satu hari tu, after makan malam aku, abg aku and adik perempuan aku main lompat2 kejar2
satu rumah sampai mak aku marah. So mak aku denda kami 3 org suruh tido luar dekat beranda.
Kampung aku masa tu pakai generator je, so lepas 10 malam elektrik akn padam. So mula2 sebelum
elektrik xde kteorg excited la. Dah siap bawak bantal and selimut. Siap gelak2 lagi. Tanpa disedari,
kteorg pn tertidur. Lepas elektrik dah xde dan sang nyamuk mula menyerang, semua terjage. Bila bangun tu
keadaan dah gelap gelita. Ade cahaya bulan je. Semua dah jadi takut. kteorang decide nak try bkak pintu
sebab dah takut sgt. Pintu rumah aku time tu pkai tombol kayu tu je. tolak2 skit dri lubang dah boleh buka.
Abg aku pun cuba nk buka pintu tu. Masa tu, aku boleh pulak menoleh ke belakang ke arah kebun koko. Korang nak tau
aku tengok ape? Aku tgk cik ponti dalam samar2 cahaya bulan kat kebun koko tu. Boleh tgk kain die berkibar2 macam kena tiup angin padahal
angin xde pn.Masa mula2 nampak tu aku igt perasaan je. So aku pndg depan dan toleh sekali lagi. Cin ponti tu dah ade dekat
pokok mangga depan rumah aku. Tengah duduk julur kaki. Tapi kaki xnampakla. Masa tu aku dah mmg nak nangis dah.
Aku cuba nak bagi adik and abg aku x toleh ke blkg dengan ajak dorg borak2. Pintu tu lak xreti2 nak bukak lagi. Tiba-tiba adik
perempuan aku tu nangis2 suruh abg aku buka pintu tu cepat. Aku dah syak yang die pun dah tengok. Masa tu memang rase nak pengsan. Nangis
pun nangis senyap2 takut cik ponti dengar. Mmg taknak toleh blkg dah pastu. Bila abang aku dah berjaya buka pintu,
cepat2 kteorg masuk. Baru rasa lega sangat. Aku rasa abg aku je yg xtgk sbb die sbuk nk bukak pintu tu.
Malam tu kteorg tido kt depan tv. Esoknya adik aku demam. Bila cerita kat mak aku, mak aku gelak je kata padan muka.
Start dari tu kteorang dah xriuh2 dah bila dah malam. Sebab takut cik ponti datang. Haha.
Nanti aku cerita pulak pasal adik perempuan aku kawan dengan makhluk halus. Last edited by hujanrahmat3 on 18-7-2013 01:47 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
seramnyaaa....
nk lagik tuan tanah ... |
|
|
|
|
|
|
|
khailya posted on 18-7-2013 01:00 PM
org kate klu bunyi pasir tu hantu raye...huhuu betul tak?..
dlu kt umah aku kt kg ade gak mcm ni. ...
Betul. Jiran2 kampung memang kate hantu raya. Sebab ayah bila balik rumah untuk melawat selalu sampai pukul 2-3 pagi. Die pernah terserempak benda ni tgah lepak duduk kat beranda. Tapi ayah buat dek je. Orang2 kampung pun pernah nampak macam lembaga hitam kat atas atap rumah kami tu. Lembaga tu macam cuba nak masuk dalam rumah dari atap.
|
|
|
|
|
|
|
|
seram nya time nampak cik ponti tu..elok pulak dia tak mengilai kan..klu mengilai aku rasa abg TT pun dah menggigil nak bukak pintu.. |
|
|
|
|
|
|
|
cepat sambung TT |
|
|
|
|
|
|
|
sila sambung lagik tuan tanah....
teringat zaman kecik2 aku pun merase kne denda, tido kt beranda umah memalam
|
|
|
|
|
|
|
|
khailya posted on 18-7-2013 01:00 PM
org kate klu bunyi pasir tu hantu raye...huhuu betul tak?..
dlu kt umah aku kt kg ade gak mcm ni. ...
yg aku lak pnah dgr kalau bunyi pasir tu cik lang sbb die tgh kencing..
|
|
|
|
|
|
|
|
Berkawan dengan makhluk halus.
Ok ni cerita pasal adik perempuan aku. Cerita ni jadi dekat rumah lain. Tapi rumah ni pun banyak cerita jgk. Sebelum family aku pindah ke rumah angker tu. Rumah ni dalam kawasan ladang kelapa sawit yang baru nak buka. Jadi xdela ramai sangat orang yang duduk dalam kawasan perumahan die. Family aku antara yang pertama duduk dekat kawasan perumahan ni. Masa tu, hanya rumah aku je yang ade budak2 kecik. Rumah lain kebanyakannya diduduki oleh orang bujang dan suami isteri yang baru kahwin.
Belakang perumahan ni ade bukit. Tapi bukit tu dah ditanam dengan anak2 pokok kelapa sawit. Korang boleh bayangkan bentuk bukit tu macam mana. Ceritanya bermula macam ni, adik perempuan aku yang sorang ni selalu sangat cakap sorang2. Pagi petang siang malam dia cakap sorang. Pastu suka gelak2 macam tgh main dgn someone. Bila ditanya dia ckap dgn sape? Dia kata kawan. Memang lumrah family aku yang tak amik port pasal benda2 macam ni so mak ayah aku biarkan jela adik aku tu. Adik aku siap kenalkan lagi kami satu family kat "kawan" dia tu. Tiba2 datang kat aku dia kata "Ni lah abang roy aku" (roy adalah panggilan aku dlm family) pastu dia blah. Aku pn dah biasa so aku buat dek jela.
Kemuncak kejadian ni bila adik aku pernah hilang. Dari petang smapai malam dalam pukul 10 baru jumpa. Semua orang
carik dia. Yang peliknya, adik aku ni bukan orang jumpa. Tapi dia muncul tiba2 dekat rumah masa orang sibuk2 carik dia tu. Bila
ditanya dia pergi mane? Dia kata die pergi rumah "kawan" die tu. Dia kata rumah "kawan" dia tu dekat bukit belakang perumahan tu. Dia cerita yg rumah "Kawan" dia tu besar, cantik pastu banyak emas. Ayah kepada "kawan" adik aku tu tak suka adik aku. So dia suruh adik aku balik dan jangan datang lagi. Aku rasa kalau dia suka kat adik aku, memang adik aku ni xkn dijumpai lagi la.Tapi itu x bermakna dia dah stop berkawan dgn bnda tu. Dia orang still main same2 lagi. Ade satu cerita menarik dalam kejadian ni.
Adik bongsu aku pernah sakit demam panas. Die demam agak lama dalam seminggu. Satu hari tu, adik aku tu pegi dekat adik bongsu aku yang tgh baring demam. Aku ingat lagi ape dialog dia dengan "kawan" dia tu. Dia kata macam ni "Tu tengok adik aku tengah sakit. kesian kan dia?" Pastu dia bagitau mak aku yang kawan dia nak tolong. Dia kata "kawan" dia tu usap2 kepala adik bongsu aku beberapa kali. Esoknye demam adik bongsu aku kebah and dia beransur sihat. Wallahhualam, Aku xnak kate benda tu yang sembuhkan adik aku. Semua tu jadi dgn hanya izin Allah S.W.T.
Tak lame lepas tu, ade family baru pindah sebelah rumah aku. Family ni ade anak pompuan so adik aku berkawan dgn ank die. Start daripada situ adik aku stop cakap sorang2. Bila tanya mana "kawan" dia tu? Dia kata benda tu dah xnk kawan dengan adik aku sebab adik aku dah ade kawan baru. Alhamdulillah lepas kejadian tu adik perempuan aku ni ok je. Xde kena apa2 yg berkaitan mistik ni. Atuk aku kata maybe adik aku kawan dgn bunian. Wallahualam. Semuanya kuasa Allah S.w.T.
P/S: Maaf kalau ada salah. Aku suka tulis cerita pendek2. Tak reti nak taip panjang2. Banyak lagi cerita aku untuk dikongsikan. Nanti aku sambung cerita lain. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
best tt...sambung lagik |
|
|
|
|
|
|
| |
|