CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3830|Reply: 7

Misteri Kejadian Penyapu Berdiri Sendiri

[Copy link]
Post time 25-7-2013 01:24 PM | Show all posts |Read mode


hiasan

Ini bukan mimpi tpi realiti. Seorang lelaki dari Regina telah terkejut apabila melihat penyapu didalam rumahnya telah berdiri tegak tanpa bantuan apa-apa.


Ia terus berkeadaan begitu sehingga 45 minit. Lelaki tersebut, Leo Deis berkata walaupun dia banyak belajar tentang kimia dan fizik dalam hidupnya selama ini tetapi fenomena ini adalah sesuatu yang baru baginya.

Namun dikatakan fenomena itu menjadi semakin bias sejak itu. Setelah menyaksikan penyapunya berdiri sendiri, Leo mencuba pula dengan penyapu catnya dan perkara yang sama sekali lgi berlaku iaitu penyapu catnya turut boleh berdiri dengan sendiri.

Leo berpendapat ia mungkin ada kena mengena dengan pengembangan solar dan pendapatnya itu dipersetujui oleh ramai pihak. Namun, menurut pihak yang lebih arif, bukan itu penyebab sebenarnya.

Seorang profesor fizik dari University of Regina, George Lolos berkata, sebenarnya fenomena itu berkaitan dengan elektrik statik iaitu pembinaan kuasa elektrik pada permukaan sesuatu objek.

Misalnya jika seseorang sedang melakukan pekerjaan diatas karpet dan orang itu pula menyentuh sebatang penyapu, maka elektrik statik akan berlegar-legar antara bulu-bulu penyapu itu dan menyebabkan penyapu itu berdiri tegak.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2013 01:38 AM | Show all posts
ooo...camtu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 11:21 AM | Show all posts
kalau pakai baju yg ada elektrostatik baju tu akan melekat2 kt badan..
benci giler..tak larat nak tarik..menarik gak citer ni..
kalau org melayu dh ckp makhluk halus yg punya keje..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 03:42 PM | Show all posts
penyapu jenis ape kah yg d'gunakan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 05:04 PM | Show all posts
dia nak tolong bersihkan rumah la tu.. biorkan jela..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kuat btl elektrostatik tu sampai boleh tegakkan penyapu. Aku ingat takat tegakkan bulu roma,rambut je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2013 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan ahli sihir.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 10:50 AM | Show all posts
kalau penyapu tu  boleh menyapu sendiri lagi bagus
boleh le buat sapu rumah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.049751 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list