View: 9379|Reply: 39
|
Cerpen : Selamanya Di Hati... **TAMAT**
[Copy link]
|
|
Sejak dari pagi lagi Waisulqurni tidak senang duduk. Kerjanya jadi tungang-langgang sepanjang hari ini. Bayangan gadis manis itu ternyata sukar untuk diusir olehnya. Dia tertanya-tanya dalam hati, siapakah gerangannya gadis tersebut. Inilah pertama kali dia melihat gadis itu selama dia berkhidmat untuk abang Halim yang membuka gerai minuman bersebelahan dengan gerai kak Maizul. Leka dia melihat gadis yang tekun bekerja di gerai kak Maizul itu.
“Apa kena dengan kamu hari ini Wai. Dari tadi lagi abang lihat kamu gelisah semacam sahaja. Tidak sihatkah. ” soal Halim pada jejaka itu. Risau juga melihat ragam anak muda yang entah apa masalahnya dari tadi lagi. Semua kerjanya jadi serba tidak kena. Tidak pernah dia begitu.
“Eh abang Halim. Saya sihat saja. Maaf jika hari ini semua kerja saya tidak menjadi. Jika abang tidak berpuas hati, saya rela gaji dipotong bang. Maafkan semua kesilapan saya hari ini. ” balas Waisulqurni. Terasa banyak kesalahannya hari ini. Ada satu ketika, lain yang pelanggan minta lain yang diberi. Berbakul rasanya sumpah seranah yang dia terima hari ini. Melayang-layang entah ke mana fikirannya. Sudah jadi gila bayang pula dirinya.
“Kamu ni Wai, ke situ pula. Abang tidak bermaksud begitu. Kenalah ambil tahu akan masalah kamu. Sebagai majikan, tidak mahulah abang lepas tangan. Kebajikan dan masalah perkerja kenalah ambil tahu. Kamu ada masalah keluarga atau wang. Cuba beritahu sama abang. Manalah tahu andai abang boleh menolong. ” dia bertanya lagi pada jejaka itu. Niatnya ikhlas untuk membantu pekerjanya yang sangat rajin itu. Sayang sekali jika dilepaskan jejaka yang rajin itu.
“Masalah. Mana ada bang. Apa-apa pun, saya benar-benar minta maaf pada abang. Saya janji akan lebih fokus esok. Kalau tiada apa-apa, saya minta diri dulu bang. Cawan dan gelas menanti di belakang untuk ‘dimandikan’. Mohon undur diri ya bang.. ” dia bangun lalu pantas langkahnya menghala ke belakang gerai itu. Ligat tangannya menyental segala gelas dan cawan yang ada dalam besen besar itu. Sekali-sekala, panjang lehernya menghala ke gerai sebelah. Liar matanya mencari si dia.
**************
Last edited by wipers81 on 17-10-2013 04:34 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
jemput...
karya terbaru. masih panas lagi....
hehehhe |
|
|
|
|
|
|
|
Selamanya Di Hati...
“Saya nak berkawan dengan awak. Boleh tak ” Tanya Waisulqurni. Cuba memberanikan diri mendekati gadis manis itu sebaik melihat dia sedang keseorangan di belakang gerai tempat mereka berkerja. Dengan penuh selera dia melihat gadis itu menikmati makanan dalam pinggannya. Hinggakan kehadiran dirinya langsung tidak disedari oleh gadis itu. Nampak semakin manis pula gadis itu apabila dia melihat dari jarak dekat.
“Hah… Nak kawan dengan saya? ” Terkejut Amna Dhia dengan teguran jejaka yang muncul secara tiba-tiba. Mujurlah tidak tersembur makanan di dalam mulutnya itu. Seumur hidup dia, inilah kali pertama seorang lelaki berkata begitu padanya. Adakah ini mimpi...
“Ya, saya nak berkawan dengan awak. Sudi tak? Nama saya Waisulqurni Bin Ismail. Awak.. ” sekali lagi dia menyoal gadis itu sambil menghulur tangannya untuk bersalam. Terpinga-pinga dia melihat gadis itu. Kelihatan teragak-agak mahu menyambut tangannya atau tidak. Dia menguntum senyum pada gadis itu. Sungguh hatinya tertawan kini.
“Emm… Amna Dhia Binti Ahmad ” balas gadis itu yang hanya menundukkan sedikit kepalanya. Tanda hormat tanpa menyambut huluran tangan lelaki dihadapannya.
“Macam tak patut pula aku nak bersalam dengan lelaki itu. HARAM hukumnya! ” kata Amna Dhia dalam hati. Dengan malu-malu dia cuba menatap wajah jejaka itu. Sedaya upaya cuba memaniskan mukanya.
“Maaf, saya terlupa.. ” balas Waisulqurni sambil tersengih. Dia menarik kembali tangannya dengan pantas. Macam mana dia boleh lupa batasan sesama mereka. Dia tertunduk malu. Merah padam mukanya. Langsung tidak menyedari keterlanjuran lakunya yang agak kurang sopan itu. Semoga gadis itu tidak beranggapan buruk terhadap dirinya.
Amna Dhia hampir tergelak dengan telatah jejaka itu. Namun ditahankan saja dalam hati. Terasa hati pula jejaka itu nanti. Sudahlah baru sahaja bermula sesi pengenalan antara mereka. Amna Dania tersenyum pada lelaki itu sambil menganggukkan kepalanya. Tanda setuju. Kelihatan semakin lebar senyuman terukir di bibir lelaki itu yang berkumis nipis. Suasana sepi… Masing-masing kelihatan terdiam. Tidak tahu apa yang perlu disembangkan lagi. *************
Last edited by wipers81 on 29-9-2013 10:41 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
setakat ni dulu. Insya Allah jika ada kudrat dan sedikit ilham dari Illahi buat saya, akan disambung esok. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus2 terus berkarya...... |
|
|
|
|
|
|
|
check in...teruskan berkarya ye... |
|
|
|
|
|
|
|
mie07 posted on 30-9-2013 08:27 AM
bagus2 terus berkarya......
terima kasih mie07
|
|
|
|
|
|
|
|
MissMamamia75 posted on 30-9-2013 08:53 AM
check in...teruskan berkarya ye...
terima kasih Missmamamia75
|
|
|
|
|
|
|
|
Selamanya Di Hati...
“Amna. Awak tahu bagaimana sayangnya saya pada awak. ” soal Waisulqurni ketika mereka sedang berehat di belakang gerai tempat mereka bekerja.
“Tak ” jawab gadis itu ringkas. Matanya memandang raut wajah lelaki itu. Kini dia sudah tidak malu lagi merenung wajah si kekasih hati.
“Awak nampak laut di depan sana. Seluas mana laut itu, begitulah luasnya sayang saya pada awak. Seakan mustahil untuk diukur sayang saya itu. Percayalah, satu hari nanti awak akan saya sunting untuk menjadi permaisuri hati ini. ” kata lelaki itu sambil menekap tangan ke dadanya yang bidang itu. Dia melihat gadis itu tertawa kecil.
“Apa yang membuat awak berasa lucu Amna. Saya buat lawakkah ” soal Waisulqurni sambil menatap wajah kesayangannya itu.
“Tak ada apa-apalah Wai. Bukan apa, romantik sangatlah Wai. Berdiri tegak bulu roma saya ni hah. Terima kasih sebab sayang saya seperti itu. Terharu saya. Terima kasih Wai.. ” balas Amna. Bersinar matanya saat lelaki itu meluahkan rasa sayangnya. Telah hampir empat bulan mereka berhubungan sebagai pasangan kekasih. Dengan sebaik mungkin mereka berdua cuba menjaga adab. Alhamdulillah, hingga kini mereka masih belum tewas.
Mengenali lelaki bernama Waisulqurni ini, saban hari hidup Amna Dhia terisi dengan kebahagiaan. Tambahan pula tempat kerja mereka bersebelahan. Lelaki itu seorang yang sangat baik dan agak romantis pada pandangannya. Dia tidak punyai pengalaman bercinta sebelum ini. Tapi pengalaman pertama ini benar-benar indah buat dirinya.
“Apa yang awak tenungkan tu. Saya tahu saya ni memang kacak. Tak payahlah nak tenung sampai nak ditelan saya ni. ” seloroh Waisulqurni. Dia sebenarnya rasa malu bila kena tenung macam tu. Apa agaknya kekasih hatinya fikirkan. Macam boleh tembus pula tenungan gadis itu ke mukanya.
“Hah… Ish, awak ni Wai. Nasib baik saya tiada penyakit latah. Sabar sajalah. Jomlah masuk. Bising pula kak Maizul karang. Dah lama kita bertenggek di sini. ” balas Amna Dhia terus sahaja meninggalkan lelaki itu yang sedang tersengih. ***************
Last edited by wipers81 on 30-9-2013 02:04 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Selamanya Di Hati...
“Kita putus! ” ungkapan keramat itu keluar dari mulut Waisulqurni. Dia nekad kini dengan apa yang dikatakannya tadi.
“Hah.. ” bulat mata Amna Dhia memandang lelaki itu. Bagai mahu tersembul biji matanya saat ini. Apa kena pula dengan kekasih hatinya hari ini. Tiada angin tiada ribut, minta putus pula. Keningnya bertaut. Dadanya sedang berdebar dengan hebat sambil kepalanya memiikirkan apa salah yang telah dia lakukan.
“Awak faham Bahasa Melayu, kan. Saya kata kita putus. ” sekali lagi dia mengungkapkannya. Walaupun jauh di sudut hati amatlah berat untuk dia melafazkannya, dia terpaksa. Demi mengejar cita-cita dan cinta barunya, dia harus meluahkannya. Waisulqurni merenung gadis di hadapan yang masih memandangnya tanpa berkelip mata.
“Tapi kenapa Wai. Apa salah yang saya buat sampai begini keputusan yang awak ambil. Janganlah begitu. Hari pertunangan kita dah semakin hampir. Janganlah kejam sangat pada saya. Kalau nak melawak sekalipun, ini bukan caranya. ” balas Amna Dhia. Menyangka bahawa lelaki itu sedang bergurau. Dia tergelak kecil.
“Awak memang tak faham bahasa ke. Ah… Sudahlah! Saya dah bosan dengan awak. Hubungan kita setakat ini sahaja. Maaf… ” katanya lalu bingkas bangun. Dengan laju Waisulqurni mengatur langkah keluar dari kedai makan itu. Sedikit pun dia tidak menoleh ke arah gadis itu. Sedikit pun dia tidak rasa bersalah kerana menghancurkan hati gadis tersebut.
“Wai… ” perlahan suara itu keluar dari mulutnya. Air matanya berjuraian jatuh membasahi pipi gebunya. Terasa jutaan pisau menghiris jantungnya kini. Teramat pedih dia rasakan. Nafasnya jadi tersekat-sekat.
“Sampai hati awak buat saya begini Wai… ” tersekat kata-kata itu di kerongkongnya. Tidak sanggup untuk meneruskan kata-katanya lagi. Hancur luluh hatinya bila diperlakukan begitu. Ibarat habis madu, sepah dibuang. Tiga tahun menyulam cinta bersama jejaka itu, mudah sahaja dia ditinggalkan keseorangan. Tergamak lelaki itu membuangnya begitu sahaja.
“Kamu kejam Wai… ” rintih Amna Dhia. *********************
Last edited by wipers81 on 30-9-2013 02:11 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
jom baca...
panas lagi, 'baru keluar dari oven'
yang ini bahasanya agak santai.
tak payah nak beratkan kepala untk faha, |
|
|
|
|
|
|
|
Selamanya Di Hati...
“Sudahlah tu Amna. Abang tak tahu nak kata apa lagi. Abang tak sangka tergamak Wai buat kamu begini. ” Halim cuba memujuk gadis itu. Terkejut dia apabila mengetahui tentang semua ini. Lagilah dia terperanjat akan perihal anak muda itu yang sanggup meninggalkan buah hatinya begitu sahaja. Panas yang disangka hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Dia menggelengkan kepala. Gadis itu sampai sembab matanya kerana seharian menangis. Sudah tiga hari ianya berlarutan.
“Amna sayang. Kumbang bukannya seekor. Kamu tu masih muda lagi. Ala, bukan si Wai tu saja lelaki yang ada dalam dunia ni. Muka macam kamu ni, sekali petik berduyun yang datang tau. ” kata Maizul. Dia kini telah menjadi isteri kepada Halim. Semuanya kerja budak berdua itulah yang beria-ia ingin menyatukan mereka. Alhamdulillah, kini bahagia hidupnya bersama suami tercinta. Sedang menanti saat untuk melahirkan anak sulung mereka sahaja.
“Saya memang berhak untuk sedih macam ni bang, kak. Cuba bayangkan, minggu depan majlis pertunangan kami. Apa saya nak jawab pada mak dengan abah. Aduh…buntu saya kak. Sakit di luar boleh diletak ubat kak, ni sakit dalam hati apa ubatnya kak. ” balas Amna dengan sedikit nada geram. Dia boleh menerima hakikat perpisahan ini, tetapi bagaimana kedua orang tuanya. Sudahlah hampir saja dia bertikam lidah dengan mereka kerana mahu mempertahankan hubungannya.
“Kalau Amna takut, biar abang dengan akak kamu temankan. Biar kami sahaja yang terangkan apa yang terjadi. Macam mana ” tanya Halim. Sepanjang tiga tahun mengenali Amna, belum pernah sekalipun dia berjumpa dengan keluarga gadis itu. Malah jarang sekali Amna Dhia menceritakan tentang keluarganya. Dalam minda Halim dan isterinya telah disematkan yang gadis itu dari keluarga yang susah.
“Bukanlah saya takut bang, Cuma… Entahlah, bagaimana sayanak terangkan pada abang dengan akak pasal saya. Tapi kalau dan akak nak menolong saya, baiklah. Esok abang dan akak bersiap. Saya akan datang jemput abang dan akak di rumah. Apa-apa pun, esok kita jumpa. Saya akan kenalkan akak pada keluarga saya. ” kata Amna Dhia lagi. Biarlah segala-galanya akan terungkai pada hari esok. Dia pasrah dan redha dengan ketentuan ini. Inilah balasan yang harus dia terima kerana tidak mendapat restu sepenuhnya dari kedua ibu bapanya.
******************
Last edited by wipers81 on 30-9-2013 05:18 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
ari ni tiada sambungan ka..?? |
|
|
|
|
|
|
|
tiputipujah posted on 1-10-2013 01:52 PM
ari ni tiada sambungan ka..??
sekejap kak. tengah memerah otak, sambil-sambil buat kerja di pejabat ni. sambungan dia dalam proses....sabar ya.
er nak tanya....bagaimana dengan nama watak hero itu. terkejut tak bila tengok nama dia
|
|
|
|
|
|
|
|
wipers81 posted on 1-10-2013 02:03 PM
sekejap kak. tengah memerah otak, sambil-sambil buat kerja di pejabat ni. sambungan dia dalam pros ...
ok la..unik sikit...sbb dia pakai nama singkatan wai jer kira ok la...dak panjang2 nk baca..hehehe
dak per..buat kerja dlu...nnt2 sambung lg..
ader baca blog awak...
nk komen sikit bleh ka..??
hehe..
1.klu bleh aderkan yg label sekali..
supaya senang nk tgh ikut tajuk2 samada novel atau cerpen..
2. klu bleh aderkan sekali yg history..
supaya bleh langkau2 nk cari cerita..
hehe...teruskan usaha berkarya..
cerita2 awak banyak yg menarik.. |
|
|
|
|
|
|
|
tiputipujah posted on 1-10-2013 02:54 PM
ok la..unik sikit...sbb dia pakai nama singkatan wai jer kira ok la...dak panjang2 nk baca..hehehe ...
baik. saya bukan reti sgt pasal blog ni. akan diusahakan. nampaknya kena upah anak sedaralah tolong upgrade kan.
Last edited by wipers81 on 1-10-2013 03:24 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Selamanya Di Hati...
“Puas hati kamu sekarang Amna! Dari dulu abah sudah kata, lelaki macam tu memang tidak layak untuk kamu. Mengapa kamu degil sangat. Tengok, apa yang dia dah buat pada kamu sekarang. Mana abah dengan mak kamu ni nak sorokkan muka. ” marah Ahmad. Geram dengan kedegilan anak gadisnya. Hampir sahaja mereka putus pertalian disebabkan oleh lelaki itu. Dia memandang wajah anaknya. Merah padam matanya, sedang dalam hati menahan geram.
“Abang. Benda sudah berlaku, buat apa kita nak perbesarkan. Sepatutnya kita bersyukur, pertunangan ini tidak menjadi. Yang kamu Amna. Selepas ini mak tak mahu kamu buat keputusan sendiri. Jodoh kamu, biar kami saja yang tentukan calonnya. Kamu jangan nak memandai pula. Selalu buat orang panas hati dengan perangai kamu yang degil tu. ” Habibah juga melepaskan amarahnya. Dia turut geram dengan perangai anak gadisnya yang agak keras kepala. Selalu mahu ikut kepala dia sahaja.
“Er… pakcik, makcik. Janganlah marah pada Amna. Bukan salahnya seratus peratus. Sudah tiada jodoh antara mereka agaknya. Lagipun,saya tak sangka begini akhirnya kisah mereka. Saya tengok baik saja budak lelak itu. Saya juga musykil. Hingga sekarang tidak tahu apa yang buatkan pekerja saya itu berubah hati. ” sampuk Halim. Tidak dia menyangka sama sekali bahawa gadis itu anak orang berada. Saat dia memasuki perkarangan rumah besar ini tadi, terpegun seketika dia.
“Kau jangan nak campur urusan keluarga kami. Kalau dah dasar orang luar tu, duduk diam-diam saja. Jangan ingat, aku suka anak aku kerja di gerai kamu yang kotor tu. Sudah lama aku bersabar tengok anak aku jadi kuli kamu. ” Hambur Ahmad lagi. Kali ini pada Halim pula. Berbulu matanya tiap kali melalui gerai makan tempat anak gadisnya itu bekerja. Hampir saja dia menghalau anak gadisnya itu dari rumah ini kerana sanggup merendahkan maruah diri bekerja di gerai itu. Sedangkan dia punyai harta. Tetapi, harta itu bukanlah hak mutlaknya. Ia akan menjadi milik gadis itu apabila gadis itu berkahwin kelak. Kerana itulah pelbagai helah digunakan untuk menghalang gadis itu dari berumahtangga.
“Abah! Kenapa abah kata macam tu pada Abang Halim. Amna yang nak kerja di kedai dia. Kenapa abah dengan mak selalu pandang hina akan orang seperti mereka. Harta kekayaan bukan boleh dibawa mati. Kita, sama sahaja di sisi Allah S.W.T walau sehebat dan sekaya mana pun kita di dunia. ” Amna Dhia cuba mempertahankan dua insan yang sangat baik melayannya selama ini. Dia semakin pelik dengan perangai abah dan emaknya akhir-akhir ini. Sering mencari pasal dengannya. Buntu dirinya memikirkan apa yang abah dan emaknya mahukan.
“Eloklah tu Amna. Pertahankanlah mereka yang tak ada kena-mengena dengan kamu. Kami yang jaga kamu dari kecil sejak papa kamu.. ” Ahmad berhenti di situ. Rahsia yang tersimpan kemas selama dua puluh tahun ini telah terbongkar. Itu pun dari mulutnya sendiri. Dia tergamam!
“Papa! Apa maksud abah. Mak, apa ni..” terkejut Amna Dhia dengan apa yang didengari sebentar tadi. Hatinya meronta-ronta ingin tahu semua kebenaran yang tersembunyi selama ini. Dia memandang abah dan emaknya silih berganti.
Maka terbukalah rahsia yang selama ini tersimpan kemas oleh Ahmad dan Habibah mengenai siapa sebenarnya diri Amna Dhia.
Last edited by wipers81 on 1-10-2013 05:42 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
waaa...makin berdebar2 neh |
|
|
|
|
|
|
|
walawei...
banyaknya idea nak karang cerita...
teruskan...
|
|
|
|
|
|
|
|
Selamanya Di Hati...
“Nama kamu sangat indah maksudnya Wai. Salah seorang dari sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Hinggalah wafatnya junjungan kita itu, dia langsung tidak pernah bertemu dengan baginda. Tetapi cintanya dia kepada Rasulullah melebihi dari mereka yang lain. Hinggakan baginda mengatakan dia adalah penghuni di langit bukannya di bumi. Cintanya ia kepada Rasulullah hinggakan sanggup memukul giginya sampai patah kerana dikhabarkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah mengalami kecederaan dan gigi baginda turut patah. Kejadian itu berlaku semasa baginda berada dalam Perang Uhud.” Waisulqurni mendengar dengan khusyuk cerita dari walidnya, Ismail. Ketika itu usianya baru mencecah lima belas tahun.
“Ada banyak versi mengenai nama kamu itu. Ada yang menyebut Uwais Al-Qarani, Awis Al-Qurni dan juga Uwais Salqurni. Tetapi walid telah tanyakan pada guru apakah sebutan yang sebetulnya nama kamu itu. Dia katakan Waisulqurni. Maksudnya ialah ‘keemasan di antara dua kurun’. Walid harap, kamu jadilah hebat seperti nama kamu itu. Walau tidak berharta, tetapi kayalah kamu dengan akhlak dan budi yang mulia.” Masih terngiang-ngiang ditelinganya pesanan arwah walidnya suatu ketika dulu. Dia masih begitu sejak beberapa hari ini. Duduk termenung di beranda rumahnya yang kian usang.
“Wai. Kenapa sejak dua tiga hari ni umi tengok kamu termenung sana, termenung sini. Apa agaknya yang menganggu fikiran kamu tu. Kamu tak pergi kerja ke? Risau pula umi lihat kamu macam ni. Kalau kamu sakit, jom kita ke klinik.” Salwa menegur anak bujangnya. Resah hatinya melihat anaknya begitu. Tertanya-tanya dia dalam hati apa gundah yang sedang anaknya hadapi. Tapi, perahsia orangnya Waisulqurni ini. Walaupun anaknya seorang yang bijak dalam pelajaran, kesempitan hidup mereka membataskan dia untuk menghantar jejaka itu ke menara gading.
“Umi. Tiada apalah umi. Wai dah tak kerja di situ lagi. Jangan bimbang umi, Wai akan usahakan cari kerja lain. Insya Allah umi, bumi Allah S.W.T ini luas. Rezeki kita ada di mana-mana. Umi nak apa-apa ke. Biar Wai buatkan secawan kopi untuk ibu. ” Jujur kata-katanya. Memang betul dia sudah berhenti kerja di kedai Abang Halim. Dia bangun lantas mengucup pipi uminya. Laju langkahnya di hala ke dapur. Dia enggan berlama di situ. Bimbang jika banyak soalan dari uminya sedangkan dia tidak punyai jawapan tepat untuk semua itu. Dia menoleh sekilas ke arah uminya.
Kasihan umi. Setahun selepas walidnya meninggal, uminya telah mengalami satu kemalangan di dalam rumah mereka sendiri. Uminya sedang memanjat sebuah kerusi untuk menggantung kain langsir dan tiba-tiba kaki kerusi itu patah lalu umi jatuh. Sejak dari kejadian itu, uminya lumpuh separuh badan dan hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda. Dia kasihankan uminya. Tidak sanggup dia mahu berpisah dengan wanita yang banyak berkorban untuknya. Matanya mula berkaca. Terus sahaja dia menghilangkan diri.
******************
Last edited by wipers81 on 1-10-2013 08:55 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|