ni amik kat belog mazidul akmal sidek sal villa nabila
VILLA NABILA EXPOSED!
Pelbagai kes aneh dilaporkan mengenai Villa Nabila terletak di Johor Bahru, Johor. Awal tengahari tadi saya bersama beberapa rakan meninjau lokasi terbabit.
Berikut pintu masuk utama ke villa dikatakan berpuaka.
Sebaik memasuki kawasan itu, saya rakamkan gambar pokok tumbang di bawah.
Villa terbabit kini diselubungi pokok berakar berjurai dan menjalar sehingga menutupi keseluruhan struktur.
Berikut gambar dirakamkan di tingkap bawah villa lama telah ditinggalkan itu.
Villa Nabila dilaporkan mempunyai kolam renang dan kami kemudian mencari kolam terbabit.
"Kata tadi ada kolam renang, kan?," soal Mohd Azhar Che Umar.
Kami mendapati, lantai bawah Villa Nabila dijadikan sarang penagihan dadah.
Kami kemudian naik ke tingkat satu.
"Tengok ini," ujar Mazlan.
Banyak lagi gambar saya rakamkan di villa dan akan dikongsikan bersama semua pembaca.
Saya sekarang berada di Johor Bahru dan akan ke Kota Tinggi untuk membuat liputan Majalah 3. Sebaik selesai rakaman, InsyaAllah saya akan memuat naik gambar lain.
Tunggu ya!
Jumaat, Julai 13, 2012
|