CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18320|Reply: 134

Asrama sekolahku...

[Copy link]
Post time 23-11-2013 03:10 AM | Show all posts |Read mode
Salam,
Ini first time aku nak kongsi ceriter pasal sekolah lama aku kat area klang, selanggor. Haha.. nama sekolah dirahsiakan untuk mengelak dari anasir-anasir yang tak baik. Sekolah aku nie dah lama dibuka, kalau tak salah aku dalam era 70an. Aku pulak sekolah kat sini dalam hujung 90an. Banyak kisah misteri yang orang dah ceriter kat aku, masa aku junior kat sini tapi aku tak percaya. Macam mana aku nak percaya, sebab surau kat sini penuh dengan budak-budak mengaji dan sembahyang. Pendek kata ayat-ayat alquran sering kedengaran kat sekolah nie. Aku pun masa sekolah kat sini, alim lah jugak.. hehe.
Nak dijadikan ceriter asrama kat sini, keadaannya agak seram sikit. Aku kata macam tu sebab dari segi bangunannya agak lama. Aku pulak first time jauh dari keluarga. Masa nak ke tandas, aku rasa tak der orang yang nak pergi sendiri. Mesti nak kena ada teman, kalau tak, tak ada yang berani.
Budak-budak kat sini pulak "berisi" maknanyer ada pemakainya.
Minggu pertama kat sini aku rasa biasa jer. Tetapi lepas kenal beberapa budak yang "berisi" nie, aku rasa takut sikit. Korang bayangkanlah, ada budak yang boleh terjun dari tingkat tiga dan naik balik ikut tangga. Tiap-tiap malam ada jer budak yang histeria dan kena rasuk. Aku pun pelik, waktu siang macam berada kat dunia lain dan malam pula kat dunia misteri.
Korang bayangkan, ada satu malam nie kat dorm aku, tiba-tiba budak nie histeria. Nama samaran dia ujang. Ujang nie tiba-tiba kena rasuk lepas sembahyang isyak. Aku pun ada terfikir, dia nie kosong ker berisi. Kalau berisi, mungkin dia dah langgar pantang ker?

Bersambung...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-11-2013 03:41 AM | Show all posts
Ujang nie budak melaka, tapi cakap loghat negeri. Dia nie baik orangnya dan pendiam. Susah nak dengar dia bercakap atau berborak dengan kawan-kawan.
Malam yang dia kena histeria nie dia ada kat dorm, baru lepas habis sembahyang. Aku pun ada terfikir dia nie main-main ker betul-betul. Baru lepas sembahyang, takkan tiba-tiba kena histeria. Aku pulak, bab-bab macam nie penakut sikit, tak pernah tengok orang histeria. Budak-budak yang lain pulak, ramai ada kat bawah. Tak naik dorm lagi, ada yang terus pergi study. Aku dengan 2, 3 orang jer nie yang ada dalam dorm.
Tiba-tiba aku terdengar laungan azan, rupa-rupanya ada sorang  kawan aku nie, terus laungkan azan lepas ujang mula meronta nak keluar dari dorm. Cepat-cepat kami bertiga pegang ujang dan dia terus rebah tak sedarkan diri. Tak lama kemudian ramai lah yang datang kat dorm nie, nak tau kenapa ada orang azan tiba-tiba..

Bersambung..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2013 08:34 AM | Show all posts
sambung..berisi tu ada saka ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2013 08:53 AM | Show all posts
kookie92 posted on 23-11-2013 12:34 AM
sambung..berisi tu ada saka ke?

budak2 kat selangor nie, kalau kat area banting dan lain2 tempat pun bukan betul2 melayu pun.  ada yg jawa, banjar, bugis dan mcm2 lagi.
yg berisi tu diaorg ada ilmu lain yg dituntut selain silat, ada ilmu dalaman yg misteri.. contoh boleh memuja sesuatu supaya kebal dan boleh nampak mahluk halus nie..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2013 09:14 AM | Show all posts
sambung lagi..

tips nk tau orang tu histeria betol ke x

cube bogel kn si mangsa histeria...
jika mangsa malu atau sedar org nak bogel kn dia
tu tipu

cara ni da di guna pakai kat sekolah sy
sebab ada budak tu saje nk glemer..
orang baca yassin kat surau...

ia g menjerit histeria..
ada kak senior cuba bogel kn dia
kantoi pura pura histeria...

erm.. tolong sambut panjang sikit ye tuan umah
baru puas nk baca
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2013 09:21 AM | Show all posts
leader79 posted on 23-11-2013 12:53 AM
budak2 kat selangor nie, kalau kat area banting dan lain2 tempat pun bukan betul2 melayu pun.  ada ...

kira menuntut la ni..kekecik lg da pandai menuntut2 ni ek..
ilmu2 kat sekolah tu pun xabz dituntut lagi..
TT betul ke orng2 bugis ni lelawa? clasmate i dulu punya ada sorang bdk bugis,serius lawa gile. muka xpakai apa2 makeup putih bersih..
dan die pon salah sorang yang hijabnyer terbuka..bole melihat benda2 halus ni

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-11-2013 09:23 AM | Show all posts
ujang, apabila mula sedar seluruh badannya mengeletar. Aku yang baru nak berani nie dah takut balik. Dia kata, dia ada buat salah sebelum  dia kena kacau, masa dia ambil wuduk tu dia boleh siap kencing kat tempat orang ambil wuduk. Lepas tu masa orang start sembahyang, dia ada nampak mahluk berbulu memandang dia tengah sembahyang, so lepas sembahyang dia ingat nak terus tidur. Aku pun soal lagi dia, sebab aku macam tak percaya cakap dia, macam mana tengah sembahyang pun benda tu boleh kacau. Dia cakap memang betul dia nampak dan dia tunjukkan telapak tangan dan kaki dia kat aku. Aku terkejut lepas tengok memang putih macam tak cukup darah. Itulah first time aku nampak kedua-dua telapak tangan dan kaki putih macam mayat.
Dah tak pasal-pasal malam tu satu dorm aku, tidur dalam ketakutan. Surah yassin tak putus-putus kami baca, siap letak senaskah yassin kat bawah bantal sebab takut punya pasal. Kita orang tidur reramai berhimpit-himpit malam tu. Aku yang tadinya takut dah rasa kelakar pulak. Ramai kawan-kawan aku satu dorm ni kesian kat budak ujang ni. Malam tu dia tak nak tidur. Puas kita orang pujuk tapi dia tetap masih dalam ketakutan. Pagi tu dia tak pergi sekolah sebab family dia datang ambil dia balik.
Lepas dalam dua minggu kemudian dia datang balik siap pakai tangkal kat leher dia. Aku yang tiba-tiba ternampak tangkal tu dah rasa kelakar lah pulak siap ejek-ejek dia sebab percaya pada tangkal tu.
Rupanya itu minggu terakhir dia kat sekolah tu sebab dia kemudiannya tukar sekolah. Sedih lah pulak aku sebab itulah kali terakhir aku berkawan dengan budak ujang ni.


Bersambung..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2013 09:37 AM | Show all posts
kookie92 posted on 23-11-2013 01:21 AM
kira menuntut la ni..kekecik lg da pandai menuntut2 ni ek..
ilmu2 kat sekolah tu pun xabz dituntu ...

kawan2 aku kat sekolah nie dulu macam2 ada... menuntut yg bukan2 kdg2 mcm poyo. Budak perempuan jawa dan bugis memang lawa2 kulit putih tu haha..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2013 09:54 AM | Show all posts
menarik gak story tt nie..padat dan senang nak paham..huhuu..
kalo ada cerita lg nanti tt sambung erk..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2013 09:57 AM | Show all posts
leader79 posted on 23-11-2013 01:37 AM
kawan2 aku kat sekolah nie dulu macam2 ada... menuntut yg bukan2 kdg2 mcm poyo. Budak perempuan ja ...

err pekejadahnyer amek ilmu cmtu ek..nk mngurat awek ke apa?

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2013 09:32 PM | Show all posts
anak buah aku dulu ada jd cikgu kat skolah di klang..xingat skolah mana.
dia ni mmg hijabnya terbuka dr kecik lagi..so masa ngajor kat situ..
dia mmg nampak byk hantu..& siap tangkap toyol berkeliaran lagi..
lama2..dia dah xlarat nak tgk sekalian hantu2 tu..& pegi berubat utk tutup balik hijab dia tu..
skrg ni..dia ON/OFF je nampak..dan telah berhijrah ke kpg halaman di Pahang..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2013 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
MissMamamia75 posted on 23-11-2013 09:32 PM
anak buah aku dulu ada jd cikgu kat skolah di klang..xingat skolah mana.
dia ni mmg hijabnya terbuk ...

Yg ni mang x leh blah..lau aku dah compm x keluar rumah da.huhu seriau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2013 02:23 AM | Show all posts
Selepas peristiwa ujang pindah sekolah tu, aku dah rasa memang ujang betul-betul nampak "benda" tu.
Tapi budak-budak kat asrama ni memang berani, dia orang macam tak ambil kisah pun apa-apa peristiwa aneh yang berlaku kat sini. Selang beberapa hari kemudian aku ada ikut beberapa orang taiko kat sini keluar asrama waktu malam. Istilah kat sini dipanggil "RAMBO". Rambo nie istilah untuk budak-budak panjat pagar keluar asrama waktu malam. Bukan senang nak keluar, sebab kena redah semak dan lalang tinggi kepala kita. Siap ada pacat, nak keluar pula dalam pukul 11 malam ke atas itulah pasal kita orang gelar rambo.
Masa aku tengah rambo waktu malam, aku pesan kat geng aku kalau nampak atau dengar apa-apa jangan ditegur. Tiba-tiba tak lama tu, aku pulak yang terdengar suara nyaring kak pon mengilai. Mula-mula tu aku tak perasan, rasa macam tak percaya pun ada. Tapi lepas budak-budak nie lintang pukang lari, baru aku tau nie real bukan main-main.
Port kita orang kat warung mamak dekat rumah kedai area sini. Datang sini pun sajer nak makan dan main" kuda". Masa tu main kuda nie tengah top hehe. Sampai jer kat sini kita orang bincang pulak macam maner nak balik. Aku cakap kat dia orang, baik kita balik dah dekat nak subuh. Tapi bahaya pulak, masa nak masuk banggunan asrama, sebab time tu ramai yang dah bangun. Serba salah pulak aku waktu tu, takut kat cik pon ker nak takut kat warden. Last-last terpaksalah aku buat keputusan, sebab kalau kantoi dengan warden lagi teruk. Hantu ni kalau terserempak bolehlah kita baca apa-apa nanti.
Kita orang dah start baca ayat alquran dari kedai kuda tu lagi dan sepanjang jalan nak balik asrama. Dalam hati siap budjet hantu tentu dah tak berani kacau dah.
Tiba-tiba aku rasa lain macam jer area kat sekeliling aku. Sunyi semacam, dan tak dengar bunyi katak dan cengkerik. Masa tu pun dah tak berangin, macam selalu. Dah mula rasa takut... Ada lagi ker cik pon kat sini...


Bersambung...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2013 02:45 AM | Show all posts
purpledesire posted on 23-11-2013 01:54 AM
menarik gak story tt nie..padat dan senang nak paham..huhuu..
kalo ada cerita lg nanti tt sambung e ...

Thanks.. haha, segan pulak bila dipuji..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2013 09:06 AM | Show all posts
leader79 posted on 24-11-2013 02:45 AM
Thanks.. haha, segan pulak bila dipuji..

yr welcome tt..takpe slalunye sy nie as SR biler bace thread org..teruskan citer tt..huhuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2013 10:00 AM | Show all posts
Malam tu, aku dah rasa serik nak gi rambo lagi. Seronoknya sekejap jer, tapi seksanya macam nilah. Kita orang berlari-lari anak nak ke asrama balik. Nak jer aku berlari kalau boleh, sebab takut cik pon punya pasal. Tapi disebabkan jalan yang kita orang lalu, macam masuk hutan tak dapatlah aku nak berlari. Belakang asrama aku ni , dah macam hutan kecil. Lalang jer dah tinggi kepala orang. Sedang aku and the geng, kelam kabut nak cepat.
Member aku brandon pun tegur kita orang, macam ada yang tertinggal jer. Dah mula aku tengok kiri dan kanan aku, nampaknya memang tak cukup. Siapa pulak nie dah tertinggal, marah aku kat member aku.  
Kita orang mula mengira sorang- sorang dalam hati. Petua nie dah selalu senior pesan. Kalau tak cukup member, masa kira jangan cakap kuat-kuat karang ader jer yang menjawab.
Mula-mula kira macam tak cukup sorang, kira balik tak cukup 2 orang. Takkan aku salah kira nie. Ah kira balik.
Budak-budak lain pun sibuk mengira macam aku jugak. Dah macam budak tadika mengira, tak habis-habis.
Dah lain macam pulak aku rasa, takkan ramai-ramai kira pun boleh silap. Hilang sorang ker 2 orang..


Bersambung....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2013 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Suspen jugak yer.... sambung le lagi
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2013 10:44 AM | Show all posts
AIK.....dah macam slot AKASIA di TV3 dikala maghrib hari bersambung2 gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2013 10:59 AM | Show all posts
Cepat la leader....sorang ke dua yg tak cukop.....pppssstttt bagitau pelan2 ler huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2013 11:39 AM | Show all posts
miawpink posted on 23-11-2013 09:14 AM
sambung lagi..

tips nk tau orang tu histeria betol ke x

amboi miaw aok ade sini pulok
selalu kat bod sebelah..
iols mmg selalu lepak sini sbb suka baca cite antu

tips aok tu mmg betul pun
dlu kat sekolah iols gitu gak
kdg2 jenis ngada2 tuh tak tahan
member histeria dia pun sama histeria
tp tgn dok menepis je tarik kain tak bagi terselak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.203987 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list