CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5654|Reply: 35

Mimpi

[Copy link]
Post time 26-1-2014 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Petang tadi aku cerita dekat mak aku pasal mimpi aku beberapa hari yang lepas. Nak kata mimpi aku pelik, tak juga. Cuma mimpinya macam ada maksud yang tersirat.

Dalam beberapa hari ni aku mimpi benda yang sama seolah olah benda halus tu ingin memaklumkan aku yang hayat datuk aku tidak lagi lama. Benda tu minta supaya aku terima dia tapi aku cakap aku tak nak.

Kali kedua benda tu datang dalam mimpi, aku nampak dengan jelas muka benda tu. Pada mulanya, mukanya macam muka kita dan berpakaian serba putih. Tetiba sahaja, mata hitam benda tu hilang dan yang tinggal hanyalah mata putih sahaja. Terus aku terjaga dari tidur. Memang terkejutlah..bila aku tengok jam, jam menunjukkan pukul 3.15 pagi.

Lepas aku citer dengan mak aku, barulah mak aku buka satu rahsia. Rupanya, memang benar datuk aku ada pendamping dan aku merupakan salah seorang cucu yang kononnya dipilih oleh datuk aku selain seorang lagi sepupu aku. Mak aku nasihatkan supaya aku berkeras menolak benda tu sekiranya ia datang memujuk lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2014 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Saka tu nak ko jadi tuan dia la tu agaknya... jangan sesekali terima la wp dalam mimpi
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2014 09:32 PM | Show all posts
Kena tanya forumers yg arif bab makhluk ghaib. mungkin dorang boleh bagitau cara nak elakkan saka tu pergi kat kau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2014 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu yg aku risau. Aku dah puas berubat sebenarnya. Dah lama benda ni tak datang dalam mimpi. Tetiba saja datang balik.

Sekarang ni aku selalu berdoa lepas solat agar aku dijauhi oleh gangguan benda ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2014 10:11 PM | Show all posts
TT, maaf aku tanya. Atuk kau tengah sakit ke sekarang?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2014 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
teringin nk tau apa gunanya saka ni..
cm contoh klu org yg niat nk curi duit dlm bkas berkunci,leh ke mnta tolong...
atau cm leh ada kuasa kinetik ke cmne?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2014 10:58 AM | Show all posts
mcmana kita nak elak utk tidak terima saka tu dlm mimpi?
kita sndr blh control ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2014 11:20 AM | Show all posts
kite boleh control mimpi kite ker?
yela..contohnyer.. klu benda tu bagi something... kite boleh menolak ke dalam mimpi kite tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2014 12:16 PM | Show all posts
ish2... gile ar seram.....huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2014 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh agaknya kontrol mimpi sebab alam mimpi dan alam sedar tu ada perkaitan... cuba korang lepas makan tak minum air dan terus tido nnt dlm tido korang akan mimpi minum air ler.. ngeee

aku pernah mimpi ada orang nak bagi aku satu bejana nih. Orang tu siap mencangkung tapi dalam mimpi tu aku tolak....
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2014 12:54 PM | Show all posts
tolak2..jgn terima
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2014 02:40 PM | Show all posts
banyakkan amal sunnah nabi. jin2 ni xsuke org2 yg amalkan sunnah ni. mcm tidor ngiring sebelah kanan..wudhu'...bace2 sebelum tidor..dll
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2014 10:40 PM | Show all posts
simple je.. saka atuk ko nak jadikan ko tuannya.

so ko kena lah buat pendinding klo tak mahu...
klo amik seumur hidup terseksa


Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2014 12:42 AM | Show all posts
Sebelum tidur, ambik wudhuk..

Kalau susah nak baca surah yg 'keras' lagi panas' serta kuat penangannya, cukup ko baca 3 Qul sebelum tidur sebanyak 10 kali.

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2014 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam.

Ini sekadar pandangan dlm bentuk kefahaman.

1) anggap aje mimpi itu petunjuk dariNya dlm bentuk kebatilan. bersangka baiklah dan elakkan bersangka2 kerana boleh jadi yg disangkakan itu boleh jadi penyebab dosa.
2) tetapkan pendirian dgn berpegang kpd petunjuk Alquran dan Sunnah
3) carilah ilmu dari Alquran dan Sunnah
4) memahami dan melaksanakan dlm erti kata mendengar dan taat perintahNya sambil memohon keampunan sebelum dikembalikan kpdNya.

jika ada kesalahan yg menyebabkan ada perasaan tersinggung, saya memohon maaf byk2 k? Last edited by Abangcute on 28-1-2014 01:02 AM

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2014 02:58 AM From the mobile phone | Show all posts
surfinv posted on 27-1-2014 10:40 PM
simple je.. saka atuk ko nak jadikan ko tuannya.

so ko kena lah buat pendinding klo tak mahu...

terseksa camne tu... hairan nape org zaman dulu suka bela mnde tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2014 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
clarizsa posted on 28-1-2014 02:58 AM
terseksa camne tu... hairan nape org zaman dulu suka bela mnde tu...

Itulah... ada kata nak tolong buat kerja kat ladang dan bendang...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2014 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
xtw posted on 27-1-2014 12:54 PM
tolak2..jgn terima

Hehehe...tak berani aku nak terima.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2014 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
krukx posted on 26-1-2014 10:11 PM
TT, maaf aku tanya. Atuk kau tengah sakit ke sekarang?

Dia dah berumur 86 tahun. Kalau aku cerita mungkin tak ada yang nak percaya. Beberapa tahun yang lepas beliau pernah disahkan meninggal oleh doktor tetapi apabila di bawa ke umah, beliau bangun semula. Mungkin ajalnya belum tiba.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2014 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
mamapea posted on 27-1-2014 10:58 AM
mcmana kita nak elak utk tidak terima saka tu dlm mimpi?
kita sndr blh control ke?

Aku pernah tanya pendapat ustaz. Kita kena kuat melawan dengan zikir dan ayat Al Quran. Kalau dia bagi apa apa dalam mimpi, jgn ambik. Itu yg mrk nasihatkan aku
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.194499 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list