View: 5142|Reply: 13
|
CERPEN : Rindu Tak Terungkap
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum
Mukadimah
Cerpen yg akan dikongsikan adalah sambungan dari cerita One More Time yang pernah dinukilkan di sini. Sayangnya thread itu sudah ditutup dengan access right agak tinggi. Ini linknya http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=493642
For the benefit of new readers, here i share the epilog.
EPILOG
DIA meletakkan semula bingkai gambar di sudut meja kerja yang besar, kemas dan teratur. Hurriyah Husna masih tersenyum padanya. Senyuman itu dia rindukan selalu. Esakkannya terhenti apabila handphone yang bergegar di sambut. Nombor dari hospital. Darahnya kering setiap kali menerima panggilan dari nombor itu. Din Luqman mengangguk. Dia terus berdiri dan bergegas keluar. Dia berlari terasa tidak cukup kaki. Dia memandu kereta walau laju tetap dia terasa seolah kereta itu kereta lembu. Dia mendaki anak-anak tangga. Peluh membasahi. Badan bergetar-getar.
“En Din….” Sapa jururawat yang membuat panggilan tadi.
“How’s she ?”
“Doktor nak jumpa….” Ucapnya lalu membawa Din Luqman ke sebuah bilik. Bilik itu kecil dan berbau steril.
Din Luqman duduk di hadapan Dr. Johan. Doktor yang merawat Hurriyah Husna sejak enam bulan lalu.
“Encik Din. It’s hard for me to tell this. Your wife still tak tunjuk any positive reaction…”
Din Luqman mengerut dahi. Dia menekup kedua tangan ke mulut dan menarik nafas perlahan-lahan.
“Now it’s your decision, samada hendak off kan the life support…” suara Dr. Johan perlahan.
Dia tidak sampai hati mengatakan itu, tapi itulah yang terpaksa dia hadapi dalam menjalankan tugas. Melihat air mata yang terkumpul dan bibir yang bergetar-getar pada lelaki yang tidak pernah tahu erti putus asa membuatkan hatinya juga sayu. Setiap hari lelaki di hadapannya akan datang, dan setiap kali jugalah Al-Quran di bacakan. Sepanjang enam bulan Hurriyah Husna terlantar bergantung harap pada mesin bantuan pernafasan, sudah tiga kali Din Luqman khatam membacanya. Hurriyah Husna di iringi ayat-ayat Allah setiap hari.
“Do I have other options Doc ? Not this one please…” matanya jatuh ke atas meja berwarna kelabu. Jari jemarinya terasa sejuk dan menggigil.
“Sorry Encik Din, I wish we have other options….” Dia menepuk bahu Din Luqman.
“Berapa lama saya ada untuk buat keputusan ?”
“One week. Harap dalam satu minggu Hurriyah Husna ada positive reactions. It’s been too long, six months, jangan seksa dia Encik Din…”
Din Luqman tidak dapat tahan tangis. Dia menangis di hadapan Dr. Johan.
Kejamkah dia ? Kejamkah dia tidak mahu membenarkan Hurriyah Husna pergi. Ya Allah……berilah aku petunjuk dan hidayah Mu, Berilah aku kekuatan untuk membuat keputusan yang paling sukar dalam hidupku Ya Allah. Berilah aku kekuatan untuk redha atas ketentuanMu.
Din Luqman bangun, sebelum meninggalkan bilik itu mereka berjabat tangan. Tanpa berkata apa dia terus menuju ke bilik Hurriyah Husna.
MASIH kaku seperti enam bulan yang lalu. Masih tidak mahu kembali pada Din Luqman.
“Riyya…..bangun Sayang. Don’t do this to me…Please…..I need you Riyya, my angel....” air matanya tumpah lagi.
Jururawat yang di luar bilik tidak dapat menahan rasa sedih, airmatanya juga tumpah. Sedihnya melihat Din Luqman yang tidak henti-henti mengharapkan sebuah keajaiban.
Tangan Din Luqman mencapai Al-Quran. Semalam dia baru sahaja khatam. Hari ini dia akan mulakan lagi. Akan dia duduk dan bacakan Surah Al-Baqarah hingga habis. Dia akan duduk di sisi Hurriyah Husna seharian. Dia tidak mahu tinggalkan Hurriyah Husna. Dia hanya ada satu minggu untuk bersama Hurriyah Husna. Satu minggu itu dia harapkan sangat ada reaksi dari Hurriyah Husna. Walaupun tipis, dia tidak mahu berhenti mengharap.
***
TAKBIR Hari Raya dari masjid berdekatan berkumandang menyambut datangnya Syawal. Dua beranak duduk di tepi kubur. Si comel dengan baju kurung kain kapas duduk menadah tangan ketika Abi mendoakan kesejahteraan Ummi. Dia tidak pernah kenal siapa Ummi, tapi dia tahu Ummi seorang yang cantik, baik dan Abi sayang sangat pada Ummi.
“Abi….lepas ni kita pergi rumah Nenek ?” tanya Hurriyah Nazma. Rambutnya yang kerinting dan mata yang bulat bercahaya bak bintang. Sinar matanya galak dan terpancar sinar mata yang sama seperti Hurriyah Husna.
“Ye….tapi Nazma kena curah air yassin ni dulu kat kubur Ummi.” Din Luqman menyerahkan secangkir air yassin yang di buat semalam. Dia membantu tangan kecil itu menyiram kubur bidadarinya.
“OK Ummi, Nazma pergi dulu. Nazma sayangggg Ummi.” Petah katanya berkata. Din Luqman tesenyum. Rindunya pada Hurriyah Husna terubat dengan hadirnya Hurriyah Nazma. Empat tahun sudah bidadarinya meninggalkan dirinya namun kerinduan di hati tidak pernah surut.
Din Luqman memandang kubur itu sejenak sebelum meninggalkannya. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil, Maha Pengasih dan Penyayang. Dia ambil kembali Hurriyah Husna dari Din Luqman, tapi Dia gantikan dengan Hurriyah Nazma. Keajaiban yang sehingga hari ini membuatkan Din Luqman sentiasa mensyukurinya. Saat Hurriyah Husna tidak sedarkan diri berbulan-bulan, kandungannya tetap sihat. Itu satu fenomena yang tidak dapat di jelaskan oleh pakar perubatan. Setiap satu kematian ada satu kelahiran.
“Abi, agak-agaknya Nazma dapat banyak duit raya tak ?” tanyanya ketika mereka meninggalkan tanah perkuburan itu.
Mereka berpimpin tangan mendapatkan kereta di luar tanah perkuburan itu, orang ramai datang dan pergi. Tangan kecil itu menggenggam kemas tangan ayahnya. Dia mendongak, memandang Abi yang tinggi berkali ganda darinya. Dia suka lihat Abi yang sentiasa tersenyum. Hurriyah Nazma juga suka senyum, dia mahu senyum banyak-banyak seperti mana Abinya, dan seperti mana Umminya. Abi pernah beritahu kalau Umminya sentiasa ketawa dan tersenyum.
“Kalau Nazma good girl….dapatlah banyak…”
“Nazma good girl tak Abi ?”
Din Luqman tersenyum. “Of course, you’ve been a very good girl. Abi loves you my Shining Star !”
“Yeay…..Ummi Angel Abi, Nazma pula Star Abi kan ?”
Din Luqman mengangguk.
Bidadarinya menanti dia di sana. Sementara dia di jempat untuk bertemu bidadarinya, Din Luqman akan sentiasa di temani bintang hatinya.
Last edited by detox on 26-2-2014 12:21 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Now for the first part of Rindu tak terungkap |
|
|
|
|
|
|
|
LANGKAHNYA terhenti. Kaku. Suasana pagi itu membawanya pulang 18 tahun lalu. Bau kopi panas dan harum pandan yang keluar dari periuk nasi.
“Abi !”
“Nazma?”
Hurriyah Nazma tersenyum lebar tapi cepat dia kembalikan tumpuan pada sambal ikan bilis yang sudah hampir masak.
Din Luqman, menarik salah satu bangku di dapur kecil itu. Duduk di kerusi yang menjadi kegemaran arwah isterinya, dia memegang dada, bergelut dengan kenangan silam yang bagaikan silau mentari pagi cuba menerobos lewat bidai kayu.
“This is the best spot to enjoy my cuppa coffee, welcoming the morning sun while being seranaded by the chirpy bird !” Itu ucapan seorang isteri yang baru dia nikahi.
“And just for you to know, that makes me a happy man.”
“Camna tu ? I yang tengah seronok you pulak jadi happy man ?” usik Hurriyah Husna.
“Kopi, mentari pagi, burung yang menyanyi dan isteri yang bagaikan bidadari syurga. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan ?”
“Abi !” Nazma memetik jarinya dua tiga kali. “Jauhnya mengelamun.” Dia buat muka tidak puas hati.
Din Luqman tersenyum walau jasadnya masih tidak mahu keluar dari angan yang lebih sedekad itu.
“Semalam Nazma tengok buku resipi Umi, dia scribbled Abi suka sangat nasi lemak. Jadi Nazma pun ikutlah resipi Umi ni.”
Pinggan di sua. Nasi lemak membumbun ditengah-tengah, satu sudu sambal di atasnya. Hirisan timun di atur bertindan, ikan bilis goreng ditabur mengelilingi telur rebus. Sama macam susunan Riyya.
“Abi !!!!” Nazma menarik lengan Din Luqman.
“Ye…Abi tengah …”
“Samakan ?”
Din Luqman mengangguk.
“Tengok ni…” Dia menyorongkan sebuah buku nota. Mukasurat yang mencatat resipi Nasi Lemak. Bawahnya ditampal gambar yang Hurriyah Husna rakamkan, “My first Nasi Lemak. Bismillahirahmanirahim. Hope he likes it. Ya Allah, tolong buat dia suka.”
Ketawa kecil Din Luqman meletus. Terbayang di ruang matanya, saat itu. Dia ketawa lagi hingga air mata terkeluar di tubirnya. Rindu, betapa aku rindukan Riyya, Ya Allah.
“I miss her too Abi. Walau Nazma tak pernah jumpa Umi, tapi I always miss her.” Suara Nazma rendah. Dia ambil buku nota itu, jarinya mengusap tulisan Hurriyah Husna yang kemas.
“She must be one amazing lady kan Abi.”
Din Luqman mengangguk. Halkumnya bergerak-gerak.
“Nazma, terima kasih sebab susah payah masak nasi lemak pagi ni. Entahlah dua tiga hari ni Abi teringat nasi lemak Umi. Although hers was not the best, sorry Riyya !” Din Luqman berhenti di situ seketika. Dua beranak itu ketawa kecil.
“Tapi bila Abi makan nasi lemak Umi, ada sesuatu yang tidak boleh Abi ungkapkan…”
“Itu sebab Umi masak with love. See this.”
Nazma menyelak halaman pertama.
“LOVE is the most important ingredient. If you don’t have it, you are not going to make it girl ! Recipe is just a guideline honey…ok now you cook ..COOK with LOVE, darling !” baca Nazma.
“She’s funny kan …” sambung Nazma, wajahnya bersinar-sinar dengan rindu dan sayang yang tidak pernah terucap.
“Ye.” Sepatah dia menjawab, mana mungkin lidahnya lancar berkata apabila suara Nazma terdengar seperti Hurriyah Husna. Gelak juga tawanya.
“Abi tahu tak, Umi ada bagi banyak nasihat kat Nazma tau.”
“Really ?”
Nazma mengangguk, “But let it just be my secret !”
“Camtu pulak ?”
“Yes sir. Now sila tinggalkan semua kenangan lama mengusik jiwa tu, and eat !”
Din Luqman mengangkat keningnya.
“Do I need to pray harder ?”
“ABI !!!!”
Din Luqman ketawa kuat sebelum mengambil sudu. Dia buat-buat tutup mata ketika suapan pertama masuk ke mulut. Mengunyah perlahan-lahan. Nazma pula menanti dengan penuh debaran.
“Camna ???” tanya Nazma kalut sebaik dia melihat Din habis menelan nasi lemak yang dimasak seawal lepas subuh tadi.
“Okay, not bad. Tapi kan rumah kita dah tak ada garam ke Nazma ?”
“Hah ?? Alamak tawar eh.” Laju sahaja tangan anak dara itu mengambil sudu dari tangan Din Luqman. Tawar ? Ok je. Abi ni kuat masin lah.
“Tawar skit, tapi ok, sedap.” Din Luqman mengambil kembali sudunya dan meneruskan makan. Rasa ada seperti nasi lemak Hurriyah Husna cuma kasih sayang yang di sisipkan sahaja yang terasa berbeza.
“I love itu Nazma, terima kasih sebab buat Abi happy pagi ni.”
“Phew, lega. Alhamdulillah.” Dia bangun dan barulah mengambil satu pinggan untuk dirinya pula.
“Allah, punyalah Abi syok makan, sampai terlupa kat Nazma.”
“Tak apa, to see your smile pagi ni buat Nazma happy beribu kali. Dah terasa kenyang, tapi sayang pula siapa nak makan nasi lemak banyak-banyak tu, so Nazma pun makan la sama.” Guraunya. Last edited by detox on 26-2-2014 10:16 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya detox kembali bersiaran......congrate sis.....hrp update2 selalu....... |
|
|
|
|
|
|
|
Sikit pun dh sob sob...
Next! |
|
|
|
|
|
|
|
check innnnn
x sempat nk baca lagi, tinggalkan jejak dulu
nk kena recap blk kak detox siapakah din luqman itu??? |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnyaaaaa sob sob sob |
|
|
|
|
|
|
|
next pls... |
|
|
|
|
|
|
|
Salammmmmmmm
Hehehe,,,,sorry pada semua. Thanks pada yang sudi membaca.
ok kita sambung.
------------------------------------------------------------------
Din Luqman meneruskan makan tanpa banyak bicara. Pagi itu dadanya terasa sarat sungguh dengan rindu pada Hurriyah Husna. Lapan belas tahun bukan jangka yang sekejap buat lelaki itu. Walau ramai yang bagi kata semangat seperti masa akan merawat luka, atau pejam-pejam celik semuanya hanya satu tinggal memori dan life goes on, bro ! Tapi tak ramai yang tahu kata-kata itu tidak lebih dari hanya bicara manis positif yang biasa diungkapkan pada orang sepertinya. Hakikatnya, melalui sendiri saat kehilangan orang tersayang adalah satu segmen yang akan tinggal hitam dan kelam dalam hidupnya. Tidak mungkin luka terawat, dan memang benar hidup diteruskan tetapi ianya tidak sepertinya. Dia tahu, apabila dia senyum ianya bukanlah dari hati. Dia sedar, apabila dia ketawa, bunyinya hanyalah gema di dalam gua yang kosong dan dingin.
“Abi, kenapa Abi tak mahu kahwin semula ?” Nazma memandang tepat ke arah Din Luqman yang tenggelam dalam lamunan lagi. Dua hari kebelakangan itulah yang terpeta di balik sorotan mata ayahnya. Nazma yang sudah mula mengenali erti hidup semakin mengerti makna kekosongan.
“Sorry, what were you saying ?” Dia dengar dengan jelas. Ye , sangat jelas. Cuma dia terkejut, soalan itu terpacul dari mulut bintang hatinya.
“I can see and feel your lonliness Abi.” Suara Nazma rendah, Cuma matanya yang galak memancarkan rasa lebih dari simpati. Setiap hari sejak dia mencapai umur baligh dia sedar pengorbanan lelaki dihadapannya terlalu besar.
“What are you talking about Nazma ?”
“It’s about you Abi…”
Din Luqman menolak pinggan yang kosong jauh dari pinggir meja. Dia sedang membaca anak gadisnya. Belahan hati dan jiwanya kini bukan lagi anak kecil yang berlari di padang kosong cuba menangkap rerama. Bukan lagi anak yang mengadakan jamuan teh untuk anak-anak patungnya. Nazma, kini adalah seorang dewasa yang tahu tentang kesepian yang selama ini disorokkan di dalam hatinya.
“Nazma, fokus hidup Abi bukanlah diri sendiri. Sejak dulu lagi it’s all about you….” dan sebelum Nazma sempat menyampuk Din Luqman cepat-cepat menyambung setelah mengambil nafas pendek, “and I am happy.”
Senyuman Abi yang sentiasa terukir di wajah segak itu yang selama ini ditafsir gembira oleh Nazma hari ini tidak dapat melakarkan rasa yang sama. Semakin jelas, senyuman itu begitu hambar.
“Abi, I want you to do something for yourself. Abi tak pernah go for a date …”
“WHAT ?? Date ???” Din Luqman tergelak besar. Riyya, see your daughter asked me to go for a DATE.
“Ye…date, abi tahukan date tu apa…courting !”
Terbeliak biji mata Din Luqman. Budak lapan belas tahun sekarang sudah berani suruh ayahnya court a woman.
“Nazma, Abi rasa you’ve been watching korean movies too much la !”
Nazma ketawa dan dia menyuap nasi lemak yang masih tersisa.
“Tak adalah.” Jawabnya sambil mencebik bibir.
“Dah lah, drop the subject. It’s Saturday, apa kita nak buat hari ni ?”
“Hmmm, let’s see…laundry dah siap semalam. Application to college semua dah post semalam juga. No good movies playing at theatre…so I think nak dok rumah and read je kot.”
“Ok lah, camtu kita sama-sama baca.”
Nazma menggeleng laju. Din Luqman angkat kening.
“Abi, go out and have fun.”
“Ha ?” Mulut Din Luqman jatuh terlopong. Apa kena dengan Nazma ni ? Seiring dengan itu cepat sahaja tangannya merasai dahi Nazma.
“Nazma sihat la !” Dia ketawa dan menjauhkan kepalanya dari Din Luqman.
“Duduk rumah, baca buku fun apa.”
“Tunggu jap.” Nazma bangun dan berlari ke hadapan. Sepantas kilat dia kembali dengan sekeping post-it note. Kertas kecil kuning dilekatkan pada tangan Din Luqman.
“Mr Luke, please call this number.”
“Bila masa Abi jadi Luke Skywalker ???”
Nazma tergelak dan dengan manja menampar lengan ayahnya.
“Owh ! Baru teringat, Nazma nak pergi library dan pulangkan buku, due date hari ni.” Dia berjalan laju meninggalkan Din Luqman yang tercenggang.
Din Luqman mengambil post-it note itu dan menatap nombor yang tercatat. Siapa ni ?
“Abi, pssttt…call… CALL !!” Kepala Nazma terjongol dari balik dinding yang memisahkan ruang dapur dan ruang tamu. Tidak memberi ruang untuk Din Luqman membalas katanya, Nazma hilang dari pandangan.
“SPEED DATING ?” mata Din Luqman terbeliak dan serentak dengan itu jantungnya macam nak meletup apabila menerima jawapan orang di sebelah talian.
“Ye Encik, nak daftar ?”
Daftar ?
“Kalau malu nak bagi butiran pada saya, you can just go to our website, submit your profile, we do some profile matching dan will notify few dates and pick any date suitable for you to come here.”
“It’s ok, saya dail salah nombor.”
Cepat-cepat Din Lu qman matikan talian dan mengurut kepala. What are you up to Nazma ? Riyya, do you have any idea dear ?
Last edited by detox on 27-2-2014 06:01 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
yeay! detox sudah kembali
sambung lagi ya |
|
|
|
|
|
|
|
assalammualaikum tuan rumah.......... |
|
|
|
|
|
|
|
din lukhman is back....
harap2 date cik din kite setandingla dengan RiYA ye kak...
sbb dalam kepala ni da set Din n Riya is sweet couple ever..
so kalo nak cari penganti biarla yg mcm riya..
plssss plssss plssss |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|