View: 2466|Reply: 0
|
Adakah Histeria Disebabkan Makhluk Halus Atau Gangguan Psikologi?
[Copy link]
|
|
Adakah Histeria Disebabkan Makhluk Halus Atau Gangguan Psikologi?
Hasil penulisan mengenai artikel ini kami baca dari hasil karangan Nasron Sira Rahim melalui Blog Misteri. Jaid kami menjadi hairan apabila ditanyakan mengenai adakah histeria ini berpunca dari makhluk halus atau ia merupakan gangguan dari segi psikologi? Bagi mereka yang ingin tahu, jom kita baca sama - sama fakta dibawah.
"HISTERIA" dikatakan bermula apabila seseorang itu memendam tekanan perasaan yang berpanjangan sehinggalah pada suatu ketika, tekanan itu tidak mampu lagi dipendam dan melebihi keupayaan yang mampu ditanggung perasaan. MANGSA histeria bagaikan dapat melihat kelibat makhluk halus. Masyarakat percaya mangsa dirasuk kerana menceroboh 'kediaman' makhluk ghaib.
"Ketika itulah jiwa seseorang itu menjadi lemah dan ia mudah dirasuk unsur ghaib seperti makhluk halus atau jin sehingga menyebabkan dia melolong, meracau dan meronta ketakutan atau dikenali sebagai histeria," kata Pengamal Pengubatan Islam Darussyifa', Mohd Fauzi Mustaffa ketika memberi penerangan mengenai kejadian histeria.
Histeria sememangnya menimbulkan misteri yang amat membingungkan dalam masyarakat terutama ketika memikirkan sama ada ia sekadar gangguan psikologi biasa atau membabitkan pengaruh unsur mistik dan makhluk ghaib. Bagi Mohd Fauzi yang pernah berhadapan dan merawat pesakit histeria, gejala itu akibat gabungan gangguan psikologi iaitu tekanan perasaan dan juga pengaruh unsur ghaib.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|