View: 21746|Reply: 66
|
CERPEN: Siapa Suruh Cari Pasal Dengan Aku?
[Copy link]
|
|
LOKASI: WANGSA MAJU
Tinggal kenangan… Gagal segala impian… Tinggal bertanya… Erti sejati…
Cit. Terus aku tukar channel. Tak mampu nak layan lagu sedih dah walaupun lagu Sejati itu tak masuk langsung dengan situasi sedih aku saat ini. Tapi, entah kenapa lagu Sejati itu mengingatkan aku pada Kenit yang sudah seminggu aku semadikan bawah pokok depan rumah.
Kenit.
Perginya Kenit tanpa pesan. Juga tidak menunjukkan tanda-tanda pelik mahu meninggal seperti mogok lapar ataupun sengaja tidur dalam parit. Paling-paling tidak pun, Kenit akan cuba mengurat jiran sebelah yang putih dan gebu bernama Lola. Tak padan dengan status anak pungut, ada hatinak mengurat si cantik berketurunan Parsi itu. Mungkin Kenit rasa, berpacaran dengan Lola, akan mampu memperbaiki keturunannya.
Walaubagaimanapun, mengurat Lola bukanlah tanda-tanda Kenit nak meninggal. Itu merupakan tanda bahawa Kenit sudah mencapai umur akil baligh…
Oh, baru aku teringat. Dua tiga hari sebelum Kenit meninggal, Kenit jadi pendiam. Mungkin, Kenit berjauh hati setelah terdengar perbualan aku dengan Nani, teman serumah yang mencadangkan supaya aku menghapuskan kejantanan Si Kenit dengan mengkasi saja. Nani sudah tak sanggup menghadapi kerenah Kenit yang memancut merata ikut suka hati dia dek kerana fitrah kejantanannya yang tak dapat dibendung lagi.
Adakah itu tandanya Kenit nak meninggal?
Macam bukan.
Entah. Apa-apa sajalah. Yang nyata, jauh di sudut hati, aku masih bersedih dengan kehilangan Kenit yang mati secara tiba-tiba depan rumah aku. Mulutnya berbuih-buih.
Hingga hari ini, aku masih memujuk hati dengan beranggapan bahawa Kenit sudah berada di syurga. Betullah kan? Haiwan kalau mati, terus masuk syurga. Apatah lagi kucing yang menjadi haiwan kesayangan Nabi…
Kita aje yang belum tentu syurga atau neraka tempatnya.
“Ehem…” Terbatuk pulak.
Last edited by Nicki_Meow on 20-6-2014 12:42 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Secara tiba-tiba, kereta MyVi putih sebelah kanan bagi signal arah kiri dan tak semena-mena juga, terus masuk line.
GANG. Kereta Kelisa aku bergegar.
Aduhai! Spesis manusia apalah yang bawa kereta macam ni?
Aku parkir Kelisa ke tepi. MyVi putih pun parkir di tepi.
Angin betul aku. Sudahlah hari ni, aku tension dengan boss aku. Ada ke patut, dia tak nak luluskan cuti seminggu aku?
Tapi…dengarnya, bukan cuti aku aje. Cuti orang lain pun dia tak nak approve tanpa sebab yang kukuh. Gossip di pejabat bertebaran mengatakan, boss aku tu sedang mengalami masalah rumahtangga. Bini mudanya nak mintak cerai walhal, baru dua bulan kahwin. Entah apa masalahnya, tak tahulah.
Boss aku tu pun satu. Orang lain nak berbini dua, dia pun nak berbini dua. Jauh beza pulak tu umur bini muda dengan dia. Adalah lebih kurang dua puluh lima tahun bezanya…
Gila betul orang tua tu.
Dia punya gila, satu ofis diharuknya. Tension! Cuti aku ni, macam mana? Ada jugak aku resign karang….
Tok! Tok!
Cermin Kelisa aku kena ketuk. Terus aku pandang cermin. Ternampak seorang mamat berdiri sambil cekak pinggang.
Cuak juga aku. Aku turunkan sikit cermin tingkap kereta.
“Kau keluar sekarang!” Katanya.Tak ada salam, tanpa budi bahasa…dia terus suruh aku keluar.
Alamak. Apa aku nak buat ni?
“Cepatlah!” Suara mamat tu makin tinggi.
Aku pun, antara berani-berani takut, keluar jugalah. Takkanlah mamat ni sanggup pukul perempuan, ye tak? Kalau iya pun dia nak buat apa-apa pada aku, mesti ada orang tolong punya…
Eh, kejap. Aku terlupa satu fakta. Kebanyakan orang kat Malaysia ni, lebih suka tengok dari tolong. Dah nak nyawa-nyawa ikan, baru terhegeh-hegeh datang bagi bantuan.
Aduhai. Janganlah mamat ni buat apa-apa kat aku…
“Macam mana kau bawak kete ni?” Soal si Mamat, garang.
Eh, dia tanya macam mana aku bawak kereta? Siapa yang ajar dia, bagi signal tak sampai sesaat, terus masuk tak semena-mena? Sah-sahlah jalan itu jalan aku. |
|
|
|
|
|
|
|
“Awak yang bagi signal terus masuk. Siapa suruh? Mana saya sempat nak break.” Dalam berani-berani takut, aku bersuara juga.
“Pompuan kalau bawak kereta, macam inilah. Macam mana kau dapat lesen pun aku tak tahu.” Si mamat mula membebel. Aku pulak, mula bengang.
Kau yang bawak kereta macam Cadbury buta, lagi nak salahkan woman driver.
Sambil-sambil mamat tu membebel, aku pandang Kelisa aku. Lampu belah kanan dah pecah. Mahu kena dua, tiga ratus gak ni. Lepas tu, ada calar geser.
Duit lagi. Tiga hari lepas, abang aku baru pinjam tiga ratus ringgit.
Aku pandang MyVi mamat tu. MyVi yang telah di convert jadi Passo. Siap tukar lambang lagi tu. Memang tak sedar diri. Dah Myvi tu, Myvi ajelah. Dengan sport rim size 14 warna hitam. Siap ada air brush gambar Naga. Itu belum dikira dengan speaker dua biji kat belakang. Hebat sesangatlah tu kiranya.
Eh? Ada sticker Aiman Love Aina pada cermin belakang.
Puik! Nampak macam naga ganas. Tapi dalam hati bertaman. Jiwang nak mamp…
“Hoi! Kau dengar tak aku cakap apa?” Sergah mamat tu. Aku terkebil-kebil.
“Kau cakap apa?” Aku soal dia balik.
“Aku nak, kau bayar semua ni.”
Aku pandang MyVi tu sekali lagi. Cuba cari sebab kenapa aku yang patut bayar? Salah aku ke? Tidak rasanya. Lagipun aku rasa, kecederaan Kelisa aku, lagi teruk dari kecederaan MyVi convert Passo dia.
“Apsal pulak, aku yang nak kena bayar?” Aku soal dia lagi.
“Dah salah engkau…block jalan siapa suruh?”
“Eh eh. Salah aku pulak? Siapa ajar kau, bagi signal terus, masuk line?” Aku lawan balik. Jangan harap aku nak mengalah.
“Dasar woman driver! Patutnya, kerajaan haramkan orang pompuan ambik lesen kereta.”
Gila Cadbury mamat ni. Mula-mula, salahkan woman driver. Lepas tu, salahkan kerajaan. Entah apa-apa. Mamat yang tengah membebel tu aku pandang jengkel. Aku perhatikan aje dia.
Tiba-tiba, aku teringatkan Rizman. Boyfriend aku dulu. Aku baru aje putus cinta dengan Rizman sebulan lepas. Dalam diam, dia boleh curang okay? Macam mana aku tahu Rizman curang? Sebab ada orang Whatsapp gambar Rizman sedang enak berpelukan dengan awek seksi pada aku. Bukan sekeping dua, malah berkeping-keping. Di hari dan waktu yang berlainan dan, dengan awek yang berlainan. Mula-mula tu, aku diamkan aje. Iyalah, kot-kot, ada orang yang cemburu dan dengkikan kami berdua.
Konon! Siapa sangat yang nak dengki cemburu pada aku? Last edited by Nicki_Meow on 20-6-2014 12:45 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila aku tunjuk gambar tu pada Rizman, dia kata..itu sepupu dia.
Dia ingat, aku bodoh sangat? Kalau dah bergesel peluk macam tu, sepupu apa namanya? Berapa ramai sepupu dia? Takkanlah lima enam orang awek yang dia peluk, semua tu sepupu dia?
Aku betul-betul sakit hati. Tak sangka. Rizman yang dulu bukanlah Rizman yang sekarang (hoi!). Sejak-sejak dia naik pangkat jadi Assistant Manager ni, perangai pun dah berubah. Serupa buaya tembaga. Sia-sia aku bercinta dua tahun dengan dia.
Boleh blahlah Rizman!
Tapi…aku tak nafi. Sedih dan sakit hati sangat bila aku tahu Rizman curang. %$&(**&* punya jantan!
“Hoi!”
Tiba-tiba, aku terasa bahu aku kena tolak kuat.
%$&(**&* punya jantan!
Dan entah macam mana, angin kus-kus aku terus jadi puting beliung. Sudahlah Kenit mati. Boss aku taknak approve cuti. Abang aku pinjam duit. Boyfriend curang. Ini, mamat tak ada sivik ni pulak boleh tolak-tolak aku.
Kurang ajar! Sakit hati aku di tahap paling maksima dah ni.
Aku bukak pintu Kelisa. Aku capai kunci stereng.
PRAAAANNG!
Dengan satu libasan saja, cermin depan MyVi dia pecah berderai.
Nah, hambek kau! Puas hati aku.
Si mamat terpinga-pinga dengan mulut ternganga.
Selepas itu, aku terus masuk dalam Kelisa, start enjin dan terus blah dari situ.
Sempat aku jeling si Mamat yang masih terpinga-pinga dengan mulut ternganga.
Mungkin, mamat tu akan pergi buat report polis. Mungkin, aku akan dipanggil untuk ke balai. Mungkin, nama aku akan dipapar di muka depan Harian Metro dengan tajuk – Perempuan Gila Pecahkan Cermin Kereta. Mungkin, aksi aku akan muncul di You Tube.
Lantaklah. Ada aku kisah?
Lagu Happy dari Pharrel Williams berkumandang. Aku kuatkan volume.
Lega sebab dapat lepaskan geram.
Itulah. Siapa suruh cari pasal dengan aku?
~TAMAT~ Last edited by Nicki_Meow on 20-6-2014 12:47 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
jgn cabar kesabaran perempuan....kan dah pecah cerpen.... |
|
|
|
|
|
|
|
padan muka mamat tu... sendiri yg buat salah tp nak jugak salahkan orang yg jd mangsa bayar pd dia... meroyan betul... |
|
|
|
|
|
|
|
adeh..gangster jugak 'aku' tu ya
ipo pernah tendang pintu kereta..tendang je la..lepas tu kaki sendiri yang sakit..terus org tu terbahak2 ketawakan ipo
|
|
|
|
|
|
|
|
minggu lepas hampir accident kes mcm nilah... nasib sempat brek... kalau tak dah tak pasal2 masuk bengkel kuda ku tu... dia yg buat salah... kita yg di marahnya... siap ambik gambar kereta saya lg... last2 buat report polis... |
|
|
|
|
|
|
|
Ipo n zamzam... org tu dan dia tu hensem tak? Boleh buat novel tak dr kisah benar itu?
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 20-6-2014 11:09 AM
Ipo n zamzam... org tu dan dia tu hensem tak? Boleh buat novel tak dr kisah benar itu?
sebab hansem la ipo terkedu jap...hahaha
kaki dah sakit..dlm hati menyumpah jugak kat org tu
err..novel?..err...errr...errr...
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 20-6-2014 11:09 AM
Ipo n zamzam... org tu dan dia tu hensem tak? Boleh buat novel tak dr kisah benar itu?
LadyFinger12... tak bersior teman... dh tua bangka... anak bini kt sebelah... salah dia ckp kita yg kurang ajar sbb bunyikan hon... |
|
|
|
|
|
|
|
@nallepooh Pecah cermin ke pecah cerpen . Thanks for reading.
@Ipo So, apa jadi dengan mamat tersebut? . Iols tak pernah tendang kereta, tapi penuh di ajak gaduh sebab berebut parking. ahahahaha...
@ladyFinger12 Hang tolong buat kesinambunganlah. Btw, bila nak sambung SSZ?
@Zamzam2013 Memang tensen kan? Tapi, kalau dah nama pun drive kat KL tu, memang kena sentiasa cekaplah. |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 20-6-2014 01:39 PM
@nallepooh Pecah cermin ke pecah cerpen . Thanks for reading.
@Ipo So, apa jadi dengan ...
Nicki_Meow... yg jadi isunya... tempat kejadian kt Padang Rengas Kuala Kangsar... kawasan kampung... jalan selorong... org tu boleh kejar kami sampai stesen pertronas kt situ semata-mata nak perang mulut dgn kami... teruk betul... yg td tak nak jd kurang ajar terus pusing 360 darjah... jd kurang ajar jgklah endingnya.... lepas kejadian tu mcm2 kejadian tak diingini telah berlaku pd kami... mungkin sbb ter' kurang ajar dgn org tua tu kot... hihihihi... |
|
|
|
|
|
|
|
Zamzam2013 posted on 20-6-2014 01:49 PM
Nicki_Meow... yg jadi isunya... tempat kejadian kt Padang Rengas Kuala Kangsar... kawasan kampung. ...
Oh... ingat jadi kat KL.
Iols punya tipikal thinking - org luor bandor lebih berhemah bawak kereta. Iols silap nampaknya...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 20-6-2014 02:33 PM
Oh... ingat jadi kat KL.
Iols punya tipikal thinking - org luor bandor lebih berhemah bawak ker ...
bukan kt KL tp plat number kereta tu kt selangor...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 20-6-2014 01:39 PM
@nallepooh Pecah cermin ke pecah cerpen . Thanks for reading.
@Ipo So, apa jadi dengan ...
adeh..ingatkan dah habis kisah tendang kereta ni...
@Nicki_Meow @ladyFinger12
mamat tu mula tu ketawa la..ya la..ipo yg petite ni nak tendang keta BMW dia yg besar gedabak tu???..tergolek la mamat tu ketawa
lama gak la dia gelak..eii..rasa nak cepuk dgn kasut time tu...tpi sabar..
salah dia masa tu, himpit keta ipo yg comel teww (kancil) ..mcm road bully gitu
tapi dia berhenti kat tepi..ipo pun berhenti gak la..
dia tenung muka ipo dgn wajah garang..(kononya)
dlm hati ipo..tak heran dgn keta besor ko tu.
pastu, dia terus ckp.'saudari..lain kali bila keta besar lalu, keta kecil ke tepi ya..ada faham?'
Haa...tu dia punya ckp.
Apa lagi, pintu keta dia kena penendang la...hahaha..
ingatkan dia nak marah lagi..ayat sindir2 lagi tapi dia ketawa...huhuhu...
ipo diam lerr...lepas tu dia suruh ipo ganti side mirror dia yng dah terpele'ok tu..katanya rm200 sekeping tu..tak boleh tukar sekeping je, kena tukar sepasang, so dia mintak rm400. Dia mengomel..pot pet pot pet...
apa ke jadah nak ganti? dia yg himpit keta ipo time tu kan..dia yg buat salah kan...
ni ayat ipo untuk dia..'saudara, lain kali pakai keta kecil je tau, jalan ni sempit je..semua orang bayar roadtax, ada faham?'
mamat tu senyum je..last2 dia blah tpi sempat pulak minta no tel...
sori...ipo tak kasi..hahaha
sekian,
maaf ya Nicki...menumpang lalu bercerita di rumah ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Zamzam2013 posted on 20-6-2014 01:49 PM
Nicki_Meow... yg jadi isunya... tempat kejadian kt Padang Rengas Kuala Kangsar... kawasan kampung. ...
@Zamzam2013
org Pdg Rengas ke?.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo posted on 20-6-2014 02:45 PM
adeh..ingatkan dah habis kisah tendang kereta ni...
@Nicki_Meow @ladyFinger12
Hahahahha.... saja aje kan mintak phone number....
Dah kawen ke belum uols time tu <<<< soklan saja nak menyibuk....
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|