CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5008|Reply: 13

BMW X4 Serba Baharu Pertama Diperkenalkan

[Copy link]
Post time 28-8-2014 01:14 AM | Show all posts |Read mode



[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]BMW Group Malaysia memperkenalkan BMW X4 serba baharu yang merupakan model Sports Activity Coupé (SAC) yang pertama seumpamanya dalam segmen crossover kompak premium.

SAC bersaiz sederhana dengan ciri-ciri  BMW X, karektor sebuah Coupé dengan kemampuan dinamik terbaik dalam keluarga keluarga BMW X, yang mampu memberi keselesaan pemanduan yang cemerlang serta pengunaan bahan api yang cukup menjimatkan.

Hadir dalam varian BMW X4 xDrive28i dan BMW X4 xDrive28i M Sport, varian serba baharu yang cukup dinamik ini dipacu oleh enjin berprestasi tinggi termaju, pacuan semua roda xDrive serta rangkaian peralatan standard yang eksklusif seperti awalan prestasi, Variable Sport Steering, servis dan aplikasi BMW sebagai pembantu pemandu.

Reka bentuk yang DinamikBMW X4 serba baharu mengetengahkan penampilan yang menarik dan mudah dikenali di atas jalan raya. Walaupun ia mungkin direka berasaskan kepada lakaran teknikal BMW X3, ciri-ciri reka bentuknya menandakan perbezaan ketara dengan BMW X3, sekali gus membolehkannya berdiri sendiri bersama rekaan sebuah coupé yang elegan dan penuh kuasa.

[size=0.75em]Sentuhan terkini di bahagian depan.



Dengan dimensi sepanjang 4,671mm dan tinggi 1,624mm, BMW X4 serba baharu adalah 14mm lebih panjang dan 36mm lebih rendah berbanding BMW X3.

Potongan ini sememangnya menawarkan perkadaran yang sempurna dan seimbang ketika berada di atas jalan raya.Menampilkan reka bentuk hadapan yang mantap dan lincah, BMW X4 serba baharu turut menampilkan ruang pengambilan udara yang besar dan diposisikan di bahagian hadapannya. Ia disempurnakan lagi dengan garis pada bahagian hadapan.

Rekaan ini membuatkan kenderaan tersebut kelihatan lebih rendah dengan titik graviti lebih hampir dengan permukaan jalan, sekali gus menjadi petanda kepada dinamik BMW X4 serba baharu yang lebih bagus.

Kesan itu dipertingkatkan lagi menerusi jalur cahaya di sekeliling bahagian luar lampu utama berkembar yang sedikit rata pada bahagian atas dan belakangnya untuk kelihatan lebih lebar. Rekaan gril radiatornya juga membuatkan BMW X4 serba baharu kelihatan lebih sporty.

Profil BMW X4 serba baharu jelas membezakan sentuhannya dengan jentera lain menerusi garis bumbung gaya sebuah coupé yang rendah. Ia mencapai titik tertinggi di bahagian tempat duduk hadapan yang menjelaskan fokus pemandu kereta-kereta BMW. Garis itu kemudian menurun ke arah bucu lampu belakang.

Sifat BMW X4 serba baharu sebagai sebuah coupé yang sporty diserlahkan lagi melalui garis tirus di sepanjang rusuk kenderaan dan buat pertama kalinya ia terpisah menjadi dua garisan. Bahagian pertama menaik dengan lancar dari arah arca roda hadapan ke bahagian hendal pintu belakang. Sementara bahagian kedua pula menyerlahkan sayap belakang yang dibentuk dengan begitu berkuasa.  

Pakej peralatan xLine yang hadir sebagai pilihan standard buat para pemilik BMW X4 serba baharu memberi peluang kepada mereka untuk menyerlahkan lagi gaya model ini.

Dengan rim aloi ringan bersaiz 19 inci dan kemasan aluminium, pakej xLine turut merangkumi kemasan sil pintu bersama tempaan BMW xLine, tempat duduk fabrik kulit yang elegan berwarna hitam, Mocha dan putih (Ivory White) bersama tulisan timbul xLine, kemasan dalaman berwarna gelap (Dark Copper) serta sil tahan karat.

Semua ini bagi menunjukkan ruang moden dalaman kenderaan, di samping meningkatkan lagi elegan BMW X4 serba baharu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-8-2014 01:14 AM | Show all posts
Rangkaian enjin berkuasa
Jentera SAC yang pertama dalam segmen crossover kompak premium  ini juga menyerlah dari aspek rangkaian kuasanya.
Enjin petrol yang canggih dibekalkan kepada BMW X4  serba baharu. Ia dipadankan bersama teknologi BMW TwinPower Turbo yang memenangi anugerah dan menawarkan ‘rev tinggi’ yang menjadi ikon kepada BMW.

Selain itu, enjin ini juga menyediakan penghantaran kuasa yang cemerlang, kehalusan tiada tandingan dan kecekapan mengagumkan.  Dilengkapi unit enjin petrol empat silinder bersesaran 2.0 liter, BMW X4 xDrive28i menawarkan kuasa mencecah 180kW/245hp. ia dipadankan bersama kotak gear lapan kelajuan Steptronic sebagai ciri standard untuk mencapai tork puncak 350Nm dan masa pecutan 0-100km/j dalam tempoh hanya 6.4 saat.

Angka ini kemudian digabungkan dengan purata penggunaan bahan api 7.3 l/100km dan tahap emisi CO2 169g/km. Ketika menawarkan prestasi yang mengagumkan seperti ini, BMW turut memastikan bahawa BMW X4  serba baharu tetap komited dalam memberikan nisbah keseronokan pemanduan dengan penggunaan bahan api menerusi ciri-ciri BMW EfficientDynamics yang inovatif.

Ini termasuklah mode ECO PRO dengan ECO PRO Route yang berfungsi mengubah suai sifat kereta agar lebih menjimatkan minyak.

Mode ECO PRO berfungsi merendahkan lagi penggunaan bahan api dengan tidak menyambungkan enjin BMW X4 serba baharu kepada rangkaian kuasa pada kelajuan di  antara 50 hingga 160km/j apabila pedal pendikit minyak tidak ditekan.



[size=0.75em]Rekaan lebih sporty berbanding model sebelum ini.



Dengan menggunakan ciri pengurusan output enjin, Performance Control berfungsi melakukan brek pada bahagian dalam roda ketika mengambil selekoh untuk menghalang kenderaan daripada ‘membuang’ (understeering). Kejuruteraan lain yang perlu dinyatakan dan ada pada BMW X4 serba baharu ialah gandar hadapan jenis double-joint bagi menawarkan keselesaan serta dinamik yang optimum.

Manakala suspensi belakang pula terdiri daripada jenis five-link yang mampu memberikan kestabilan dan kerekteristik stereng yang cemerlang. BMW X4 serba baharu turut dilengkapi dengan Variable Sport Steering sebagai satu ciri standard. Stereng ini mampu menyesuaikan sudut pusingan roda hadapan berdasarkan kepada situasi pemanduan. Ia nyata memudahkan urusan menukar haluan, selain lebih lincah ketika mengambil selekoh dan selamat jika dipandu pada kelajuan tinggi.

Bagi mereka yang gemar memandu dengan gaya sporti, pemilik BMW X4 serba baharu boleh mengaktifkan  fungsi Dynamic Traction Control untuk menambah jumlah gelinciran roda yang dibenarkan bagi merasai sendiri daya dorongan di atas laluan berpasir.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2014 01:15 AM | Show all posts
Ruang Dalaman

Ruang dalaman BMW X4  serba baharu menampilkan sentuhan yang harmoni di antara aspek sporty, eksklusif dan fungsi yang maksimum.

Setiap elemen kawalan diposisikan ke arah pemandu untuk ergonomik yang optimum. Dengan posisi tempat duduk yang ditinggikan, pemandu dan penumpang BMW X4  serba baharu akan menikmati pengalaman yang lebih sporty dan ruang kepala yang selesa, biarpun garis bumbung kereta ini agak rendah.

Sensasi sebuah jentera sports coupé klasik diteruskan melalui tempat duduk belakang yang hadir dalam dua unit kerusi berasingan dan menawarkan cukup ruang untuk tiga orang penumpang.

Kapasiti but BMW X4  serba baharu juga mengagumkan apabila ia mampu menawarkan ruang sebanyak 500 hingga 1,400 liter. Ruang itu boleh digunakan dalam pelbagai cara melalui penyandar kerusi belakang yang boleh dilipat dengan konfigurasi 40:20:40, sekali gus tampil lebih versatil. Pintu belakang yang boleh dibuka secara automatik membuatkan model ini mudah digunakan pada setiap hari.

Ciri itu kemudian digabungkan dengan sistem akses yang memberi lebih kemudahan kepada penggunanya.

BMW X4  serba baharu sememangnya membuktikan dirinya sebagai peneraju dalam aspek ketersambungan di dalam kereta pintar menerusi ciri-ciri BMW ConnectedDrive yang komprehensif.

BMW ConnectedDrive terdiri daripada pelbagai sistem bantuan pemandu (Driver Assistance), servis dan aplikasi. Ini termasuklah Navigation System Professional dan BMW Apps yang membolehkan aplikasi telefon pintar seperti radio internet AUPEO! dan platform muzik Deezer dapat digunakan dengan mudah di dalam kereta.

Selain itu, pemilik bileh memilih arna-warna yang ditawarkan untuk BMW X4  serba baharu termasuklah putih (Alpine White), hitam (Black Sapphire), kelabu (Sophisto Grey) dan coklat (Sparkling Brown).
[size=0.75em]BMW X4



Gaya sporty serta elegan BMW X4  serba baharu ditingkatkan lagi menerusi pilihan upholsteri dalaman yang terdiri daripada kulit Nevada Mocha dan Nevada Black.

Anggaran harga runcit  BMW X4  serba baharu (di atas jalan, tidak termasuk insurans, bersama BMW Service + Repair Inclusive (BS+RI):

BMW X4 xDrive28i  - RM 438,800.00

BMW X4 xDrive28i M Sport -RM 468,800.00

Tawaran khas untuk pemandu BMW X4 yang sporty, pakej M Sport merangkumi pakej M Aerodynamics, BMW Individual Shadow Line dengan kemasan hitam berkilat, rim aloi M ringan bersaiz 19 inci bersama tayar campuran dan kemasan cat
menarik seperti warna hitam (Carbon  Black) metalik yang eksklusif.

Pada bahagian dalam, pakej M Sport termasuklah tempat duduk dibalut kulit yang sporty untuk pemandu dan penumpang hadapan, kemasan bumbung BMW Individual berwarna gelap (Anthacite) serta stereng kulit M bersama butang multi-fungsi bagi menaikkan lagi ambien sporty pada BMW X4 serba baharu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 06:32 AM | Show all posts
wow.. lawanya.. design die more towards X5.. tambah skit dh boleh angkat X6..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 08:06 AM | Show all posts
Comelnya

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 12:08 PM | Show all posts
its like a mini x6..cantiks...look as sportier as x6 but smaller
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-8-2014 12:39 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 05:24 PM | Show all posts
Dari segi keselesaan rasanya X5 lebih selesa berbanding X4 atau X6...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2014 09:20 PM | Show all posts
Harga tak mampu milik,pasti jualannya pun tak byk
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 02:29 PM | Show all posts
fuhh!!
suke aku tengok..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2014 12:29 PM | Show all posts
Tunggu recond 3,4 tahun lagi harga mungkin rm200k
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2014 05:04 PM | Show all posts
perg... kalo aku kaya....
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 10:38 PM | Show all posts
derihje posted on 6-9-2014 12:29 PM
Tunggu recond 3,4 tahun lagi harga mungkin rm200k

X6 dulu yg harga rm700k pun boleh jadi rm200+k sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 04:12 PM | Show all posts
ini punya merah sangat cun hokeh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.254964 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list