|
Adrifa duduk di anak tangga. Sedang mengenangkan nasibnya. Nasibnya yang malang. Dilahirkan sebagai anak kacukan cina/melayu di dalam keluarga yang miskin. Tiada abang atau kakak. Hanya merupakan satu-satunya anak tunggal didalam keluarganya. Lantas, apa nasib yang malang itu?
Jika ia fasal kewangan keluarganya, maka bukan itu yang dirasakannya nasib malang. Pendapatan ibu dan ayahnya mencukupi.
Ada..ada hal yang difikirnya.. Nasibnya yang malang.
Dia melepaskan sebuah keluhan kecil. Mula bangkit dari anak-anak tangga. Kandang lembu ingin dituju. Dia berdiri di tepi kandang. Melirik ke lembu-lembu yang sedang meragut rumput bagi memenuhi perut mereka.
Nasibnya malang. Tapi bukan nasib dia malang. Nasib lembunya yang bernama Adriz. Nama yang tak sesuai bagi lembu tapi nama itu diberinya dek kerana lembu itu merupakan lembu pertama yang disambutnya ketika keluar dari perut ibunya.
Dia mendekati Adriz yang sedang menghadap komputer riba di atas rumput. Tampaknya Adriz sedang galak mengupdate status. Sempat Adrifa mengulum senyuman.
Sesekali Adriz ketawa. Dia galak berbual dengan rakannya melalui laman Facebook. Hari terakhir untuknya..- bisik hati Adrifa. Tanpa disedari, matanya sudah berkaca. Air mata jantannya menitis jua. Jarang benar kelenjar lakrima dikeluarkannya.
Adrifa mengatur langkah ke satu sudut. Ada sesuatu ingin diambilnya. Selepas mengambil sesuatu, dia meletakkan sebaldi yang penuh dengan najis ke atas kepala Adriz.
Adriz rasa marah. Dia mendengus marah. Bau najis itu sungguh melekat dihidungnya. Tak menyangka dirinya akan berada dalam keadaan begini. Malah tak pernah diimpi. Sapa pernah bermimpi badan kena simbah najis? Takde sape. Begitu juga dengan dirinya..
" Nak berfb..kat dalam rumah..bukan kat kandang..Faham? " kata sambil Adrifa menjengilkan matanya. Adriz rasa geram dengan perbuatan abangnya itu.
" Heloooooooo... Ayoh suruh Adik tengok-tengokkan lembu okayy..especially lembu abang yang sama nama dengan adik? Then abang letak najis atas adik? "balas Adriz sambil mencabut bajunya dan mengelap kepalanya dengan tshirt Pahang.
" Doh..bior abang jaga. Mu masok dalam dan mandi. Ingat, jangan berfb kat sini okay? " arah Adrifa. Adiknya hanya merenung tajam kedalam anak matanya sebelum dia menutup laptopnya lalu mengambilnya dan menuju ke rumah .
Adrifa geleng kepala.
" Teruk betul dia ni..." kata Adrifa sendirian. Kemudian dia menghampiri Adriz.
" Maafkan aku Riz..kau harus dikorbankan esok.." beritahunya pada Adriz yang sedang meragut rumput. Tangan kanannya mengusap badan Adriz sebelum dia ditendang kebelakang dengan kedua-dua kaki milik lembunya..
" Selamat Hari Raya Aidiladha ." kata Adriz dalam hati.
Tamat.
Note: Okay. Cik Es tahu Cik Es asyik tulis dark story jeeeeee... Ini untuk contest and plis okay..Cik Es tahu Cik Es Amatur bhai.
Last edited by Esmiria on 17-10-2014 11:30 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan lembu yang berfacebook tadi..
jadi nama lembu dan adik dia tu sama ..adeh..
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-10-2014 11:00 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|