CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 26633|Reply: 55

Dalam dilema, patutkah teruskan atau berhenti belajar?

[Copy link]
Post time 4-11-2014 12:44 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum. Sy forumer baru, baru berjinak-jinak dengan dunia forum. Macam ni lah, sy ada dilema nak teruskan belajar atau berhenti belajar kat ipta ni. Sebelum ni, sy mmg top student kat sekolah. Upsr, pmr, spm, matrik mmg scorelah. Tapi walaupun sy kononnya pandai, tapi sy selalu sakit, dan bagi sy tak guna pandai, tapi sakit sbb takleh buat apa2 pun. sy bukanlah belajar kerana sy ada cita2 nak jadi doktor ke engineer ke. Sy study kerana utk kepuasan sendiri, lgpun sape tak bangga bila org puji kan. Takda kisah mak bapak paksa belajar kat sini. Senang cite, sy takda matlamat yang jelas dan ape yang sy inginkan, atau minat. Sbb masa sekolah and matrik saya ambil pure science (bio,fizik,kimia,math) and result semua lebih kurang. Jadi saya tak tahu saya menjurus ke arah apa, cuma sy memang kureng dalam hal kira2 dan memang tak familiar dgn nombor (tapi hairan jugak macam mana boleh dapat A utk math). Tapi satu yang yang sy pasti, walaupun sy boleh kata pandai n faham lah subjek2 tu, tapi saya rasa tertekan sebab sy x dapat aplikasikan dalam kehidupan sy. Mcm nothing. Takda jiwa dalam tu, takdalah kata sia2 ilmu tu, tapi tak bole guna untuk diri sendiri. Sy jenis penghafal, so sy akan hafal penuh2, jawab exam, pastu lupa. hmm.
      Jadi lepas habis matrik saya pun campak sains jauh2, ambil kos sains sosial, walaupun hakikatnya takda basic langsung, pilih kos pun main2 je. Dan dapat pulak kos tuh. Tapi disebabkan masalah kesihatan sy tangguh daftar, mohon 1 sem, tp dpt 2 sem. Lgpun mmg takda feel nak smbung, otak penat, badan tak sihat. Dan kata2 kawan sy sgt berhantu sbb dia kata sy akan ada masalah bila da lama tak belajar, and it happened. Selama 1 tahun setengah, sy just dok uma uruskan rumah, memandangkan mak sy pun baru operate time tu. tak bekerja. makan minum tengok tv pastu g hospital je kejenya sebab sakit kepala melampau.
      Sy masuk belajar bulan 9 baru ni dlm keadaan tak sedia, n ditanggung zakat sbb mak sy asnaf. Byk masalah spnjg tempoh pendaftaran sampai skrg, xtaulah kenapa. Nama takda dlm sistem kolej, takleh daftar kos, masalah hutang pelajar sedangkan tak masuk belajar. Pastu sy tak tau la, mcm mana sy bole terfikir nak tukar kos. Konon2 basic sains tu kuat, mesti bolehlah. Lgpun baru la hebat kan (tengok riak kn). So saya pun apply la tukar kos dr fakulti sains sosial ke fakulti sains. kemudian timbul pulak rasa selesa, taknak tukar kos pulak. Dah malas nak uruskan. Tiba2 dapat call dr bpa kata permohonan diterima dan saya takleh tolak. from ansos to biochem. Mmg sy keliru masa tu, tak tau nak hepi ke tak. Tapi buat jugak drop, daftar subjek baru. Benda yang sy da buang lama, da luput dr otak, sy ambil balik. why? da tau tak minat kenapa tukar kos? satu pertanyaan yang saya sendiri tak tau nak jawab. Salah sy, sbb tak consult dgn orang dulu, buat keputusan semberono. Sy cuba positifkan diri, semua ada hikmah. Tapi tiap pagi bangun mesti fikir nak berenti. Pastu sakit kepala, then muntah. Mmg stress, study tak masuk, kepala sakit, takleh tidur malam, asyik rasa nak muntah, mood swings, mmg mcm orang tak betul, makan pun tak lalu. Kosong gila. Tiap minggu balik uma menangis dengan mak, since sy mmg forever alone xda kawan. Sy mmg tak percaya kawan ni.
     Sy start rasa diri tak guna, loser, bengap, tak da harapan hidup. Sy asyik cakap pasal nak mati, asyik rasa nak mati. pernah terfikir nak bunuh diri. sy buat solat istikharah, tp tak nampak ape2. lepas solat, doa menangis minta tunjukkan jalan, minta ditenangkan hati utk buat keputusan terbaik. still x dpt bawak. masa terus berjalan. kat kuliah otak dan jiwa kosong. sy menangis je kat kuliah. mmg tak minat, takleh bawak. Macam mana sy nak hadap benda ni 3 tahun? Jiwa saya mmg tak kuat, sy perlukan keluarga dekat dengan sy setiap masa.
    Mata sy ada floaters, paling teruk belah kanan. Susah nak membaca, Tulisan kabur, kejap kecik kejap besar. Sy hilang kemampuan membaca dgn baik. Membuatkan kepala bertambah sakit,everyday makan painkiller. Concentration mmg jahanamlah. drive pun tak boleh. Pelupa. Tak seimbang pergerakannya. Jiwa mmg terbang lah. Mak sy kata ada yang gnggu sy kat sana. Mmg sy rasa ada yang perhati sy, panggil nama sy, tidur dengan sy. malam tidur meracau.
     Masalah lain ialah, saya ada masalah serangan panik. Sy kena benda ni waktu hujung sem 2 kat matrik sampai la skrg. seksa gila. sy mmg susah nk adapt dengan suasana baru. Masalah ni buat sy tak percaya kat orang lain, sy xleh berjauhan dari keluarga esp mak sy. Da la ada asma, bila kena serangan panik ni rasa macam nak mati pun ada gak. mmg masa kena da fikir mati, tapi takut nak mati. Sejak tu sy tak pernah berenggang dengan famili, sy tak keluar dengan kawan. Tapi saya tak bosan, sbb rasa famili da cukup. Kawan2 tak boleh hilangkn perasaan takut tu. Walaupun sy dikelilingi orang yg ramai, tapi bila takda mak atau famili sy, sy akan jadi cepat panik, bosan, down, dan akhirnya menangis tak tentu arah. Sekarang ni pun sy kat rumah atas nasihat kauselor, sy kena jumpa psichiatrist sebab masalah depression and kemurungan melampau. Sy tak menyesal masuk matrik, wpun x nk smbung belajar lagi.
      Mak sy suruh sy berenti sbb tak tahan tengok sy macam ni, sakit and mengurus. Dia kata lebih rela sy berenti, duk uma, sakit pening dia nampak, lebih baik tak sambung belajar janji sihat dan waras. Dia cakap tak guna degree tu kalau diri merana, kesihatan ke mana, kewarasan ke mana. Sampai masa kawin (tunggu pakwe kumpul duit). Jadi Suri rumah (my best ability). Since sy bukan jenis kuat berbelanja, so sy kurg gunakan duit (duit lebih guna utk rawatan). senang cite sebelum sambung belajar saya mmg da sakit, mak saya banyak kali tanya betul ke sy nak belajar lg, dan dia cakap dia berat hati nak lepaskan sy memandangkan situasi sy yg kerap sakit dari kecik.But sebagai seorang anak, sy teringin nak grad mcm org lain, buat mak sy happy yelah mak ibu tunggal anak 10, hidup pun atas bantuan zakat. tengok kawan grad jeles pulak. tp seriously sy mmg takut nak balik sana. sy muntah tiap kali fikir pasal ni. kesihatan sy mmg terjejas teruk. hmm, mid sem pun tak lepas lagi ni. skrg sy di bagi masa utk buat keputusan and amat risau salah buat keputusan (sbb selalu buat keputusan ikut hati akhirnya menyesal. da la sy ni jenis regretful). Dan sy tak tau ape patut sy buat. tolongla bagi pendapat.
Last edited by selalukonfius on 4-11-2014 11:20 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2014 12:50 AM | Show all posts
dik, akak dah cuba baca sampai baris ke-10 tapi tak tahan dik..baik ko edit buat paragraph dulu untuk memudahkan orang lain baca n bagi pendapat
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 12:58 AM | Show all posts
Edit Le buat or buat paragraph dulu...pening den bace

Make long story to simple and short......huhu
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Kene sihir ke dik..kot org dengki ko  pandai Sgt dulu..samada kwn atau sedara sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 02:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Too much of a good thing. U need guidance
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 02:10 AM | Show all posts
Aku dah penah rasa benda ni.
Lebih kurang ja cuna aku tak sakit and ada masalah lain.
Cuma dulu ak gagah jugak harung 4 tahun tu walau ke laut dan blur di uni.
Tapi ak cari kekuatan di luar yakni pergi dengar kuliah di masjid selalu, join ngo islamik buat program kemasyarakatan dgn anak yatim, org tua etc.
Meaning ak tak stuck dlm tekanan di uni tu.
Weekend ak keluar ke masjid dan bz meeting and program amal jariah ni.
Dan itu la yg mengubat hati.
Final sem ak sangkut sebab denggi and aj sendri dah penat nak carry benda yg 4 tahun ak hold.
So ak extend 1 year.
Kahwin. Sekarang bakal dpt baby.
Husband support and doa ak habiskan thesis.
Now dabes thesis and baru ja grad.

Kwn ak depresss ke laut mcm kau, extend 1 year pegi buat rawatan dgn psikologist and ustat, pegi masjid, busy keja.
Pstu memang dia dah ok. Then smbung belajar mcm biasa and grad.ok ja.

Mybe tak perlu brenti.
Extend saja. And masa extend tu guna sepenuhnya untuk berubat, cari hala tuju hidup dan baiki hubungan dengan Allah.
P masjid dengar kuliah. Bangun qiamulail. Quran hari2.
Tolong orang. P rumah anak yatim, orang tua, oku, gembirakan depa.
Automatik kau sndri akan gembira nanti.

Jangan dengar cakap orang sangat. Msing2 mslh hidup x sama.
Cari diri dengan dekatkan diri pd Allah.
Ada la jwpn dan lorong nanti.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2014 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Mocit pn fenin.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 08:51 AM | Show all posts
To me, pilihan tu ada kat u sendiri.
kalau u dah xminat, wat pe nak pakse iye dokk..?
i ade fren yang mcm kes u ni jugak, cume dia xde la pandai. bese2 je..

stat abis sekolah kan cuti lama sebelum dapat tawaran u or matrik,
so my fren ni dah dok rumah lama sangat sampai dia rasa malas dah nak belajar.
tp sebab femly push so dia gi gak la u, tapi xperform well pun sebab hati xnak belajar.
last2 kena buang u, tapi dia hepi je sebab dia memang xnak belajar.

now dah kawen pun, ada anak dah and jadi suri rumah fulltime.
femly dia pun xde kesah sangat sebab beselah bak kata makcik2 pompan last2 dok umah jugak..

so, its up to u. fikir la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2014 09:34 AM | Show all posts

hidup kita ni sentiasa belajar, cuma formal ke tak je..

sy ni takde la suka sgt belajar .. tp mmg tak boleh elak dr belajar, dari bidang engineering, smpi la ke bidang yang pelik2 sket, rawatan Islam la, padahal takde la sakit pe pun asalnya.. suka2 je.. pastu ada pulak kwn yang ajak ambik bidang kemahiran SKM.. sy ada beberapa SKM 3 dalam bidang yang berbeza, SKM 5 ,so kumpul sijil je lah.. sebenarnya isi masa lapang je, ni ada kwn ajak ambik exam Perawat Islam Tahap 3..

jadi belajar lah selagi boleh.. usaha tangga kejayaan.. ni pun kekdg rs malas gak..

ada kawan2 ada juga masalah mcm ni, sy pun tak berani cakap, pasal sy mungkin tak hadapi masalah yang sama.. kwn sy tu seorg yang cemerlang akademiknya, cuma msk univ tak bole belajar.. ada ustaz kata , kahwin salah satu solution..

TT tak berminat belajar rawatan Islam?, ada byk tempat skrg ni, belajar byk guru pun bagus, kaedah yang pelbagai,bila kita tlg orang tu, serangan balas tu biase la, tp dgn ilmu kita tahu cara nk handle, pastu bila dlm circle ni, rmi kwn2, bole je tlg menolong... pengalaman best jugak dpt, kuku jari bertukar biru la, jin marah kat FB la.. ni bila tak jaga amalan la ni.. tp ada je org lagi baik dari kita,diuji lebih teruk.. insya Allah, Allah swt uji kita ikut kemampuan kita...

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 09:40 AM | Show all posts
mak oiiii panjang..paragrah pun takda..


pikir masa depan dek...jangan menyesal kedian
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 10:03 AM | Show all posts
KumbangPolkaDot posted on 4-11-2014 12:50 AM
dik, akak dah cuba baca sampai baris ke-10 tapi tak tahan dik..baik ko edit buat paragraph dulu untu ...

hakak pun mengalami masalah yg sama...

macam non stop jer ayatnye.. hampir2 mati lemas baca satu napas..


Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 10:16 AM | Show all posts
stingbeh posted on 4-11-2014 10:03 AM
hakak pun mengalami masalah yg sama...

macam non stop jer ayatnye.. hampir2 mati lemas baca sat ...

sapa suh akak baca satu napas

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 10:50 AM | Show all posts
aku tgk budak yg suka menghafal upsr, pmr, spm result memang gempak... tp bila masuk U start bermasalah sebab terlalu banyak benda nak dihafal... mana larat. sebab tu cara terbaik utk belajar ialah memahami subjek tu n aplikasi dalam kehidupan seharian...  

ramai aku tgk tgk kawan2 kat U dulu result spm power tp bila belajar kat U buat assignment tak paham. aku yg result biasa2 ni pulak tpt diorang bertanya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2014 11:24 AM | Show all posts
owh maafkan saya, da edit dah. saya memang x suka mengarang tapi bila da mengarang non stop pulak jadinya.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2014 11:32 AM | Show all posts
poison_paradise posted on 4-11-2014 01:27 AM
Kene sihir ke dik..kot org dengki ko  pandai Sgt dulu..samada kwn atau sedara sendiri..

entahla. selalu gak ada orang pesan (orang tak dikenali mcm tukang kasut tepi jalan) kat mak sy, jaga2 sikit dengan anak nombor 3 (saya) sebab ramai org dengki kat sy. Bukan sorang dua je tegur, ramai da. =.= pelik jgk la sebab xda ape yg spesel sgt dgn sy, since sy jenis pendiam n x keluar rumah sgt, media sosial pun jrg update, mungkinkah ada yg terasa? heh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2014 11:40 AM | Show all posts
periukTanah posted on 4-11-2014 02:10 AM
Aku dah penah rasa benda ni.
Lebih kurang ja cuna aku tak sakit and ada masalah lain.
Cuma dulu ak ...

hm, tapi sebelum ni sy da extend setahun sebab sakit. Max extend setahun je lah. Kaunselor pun ada gak cadangkan extend. Ada gak hikmahnya sy kena ni, sy lebih dekat dgn Allah. Sblum ni solat malas, ngaji lagi la kelaut (walaupun tau mengaji). Tulah, sy lebih suka program kemasyarakatan ni, especially bila ada budak2, sy mmg suka budak2, pernah cakap nak kawin cepat, tapi pakwe baru je grad diploma. kewangan tak stabil. famili dia pun x berkenan sgt dengan sy, lg2 tau sy nak berenti u. hmm, out of qualification la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-11-2014 11:52 AM | Show all posts
hanie_z posted on 4-11-2014 08:51 AM
To me, pilihan tu ada kat u sendiri.
kalau u dah xminat, wat pe nak pakse iye dokk..?
i ade fren y ...

sebelum ni sy mmg ada cakap dgn mak (jarang cakap dgn ayah sbb da cerai n kawin lain), sy da xnk sambung belajar, tp sy sambung sebab zakat tanggung. Sy ckp nak keje, kawin, pastu jadi suri rumah tangga (my best ability). Mak sy x kesah. But sedara pula push, eh melah (bukan nama sebenar) uish, habis tu result straight a ko tu nak buat ape? Buat ape ko belajar hard utk dpt straight a tu if x sambung belajar? Kerana sy tak study hard lah, i take the result for granted. Dalam kes ni, sedara lah paling byk menyebok sdgkn sy x pernah heran pun pasal anak2 dorang tu. Apa salah sangat, x berguna sangat ke if tak sambung belajar? heh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2014 11:57 AM | Show all posts
mirkl posted on 4-11-2014 09:34 AM
hidup kita ni sentiasa belajar, cuma formal ke tak je..

sy ni takde la suka sgt belajar .. tp m ...

Sy pun fikir,if sy berenti u, bukanlah berenti belajar. Belajar itu sentiasa berterusan sama ada ilmu formal atau tak formal. Sy suka belajar, pelbagai bidang. Em, sy minat menjahit, ada kebolehan, mcm nak ambil sijil kemahiran. tengok macik keja menjahit, income bole tahan gak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2014 12:00 PM | Show all posts
heidi04 posted on 4-11-2014 10:50 AM
aku tgk budak yg suka menghafal upsr, pmr, spm result memang gempak... tp bila masuk U start bermasa ...

itulah yg terjadi kat sy , belajar tapi takleh apply. so rasa useless abis. hmm, dulu je pandai, skrg ni idok.


Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
selalukonfius posted on 4-11-2014 11:32 AM
entahla. selalu gak ada orang pesan (orang tak dikenali mcm tukang kasut tepi jalan) kat mak sy, j ...

Ko pergi la berubat Dgn perawat islam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.052743 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list