View: 6370|Reply: 21
|
Lelaki ni tak layak langsung jadi suami. kejammm!!
[Copy link]
|
|
Kejam!! Lelaki Rantai Isterinya Selama 10 tahun dan Paksa Lahirkan Anak Dalam Keadaan Berantai..
WASHINGTON: Seorang lelaki dari Virginia Barat ditangkap kerana menyeksa isterinya, menjadikannya hamba dan tebusan dengan merantainya selama hampir 10 tahun.
Menurut media tempatan, pegawai di Jackson County menuduh Peter Lizon bertindak jahat selepas isterinya muncul di sebuah pusat perlindungan dengan parut pada pergelangan tangan dan kaki akibat dirantai baru-baru ini. Lizon, 37, juga didakwa memukul kaki isterinya dengan peralatan pertanian.
Dia memanggil isterinya, Stephanie, 43, ‘hamba’ dan memaksa wanita itu melutut setiap kali dia memasuki bilik.
Stephanie mengalami kecederaan serius pada seluruh tubuhnya, dari melecur teruk pada dada dan belakang badan akibat ditekap dengan besi dan kuali panas sehingga patah jari dan berparut, menurut tuduhan jenayah yang difailkan oleh seorang wanita yang menemui mangsa di pusat perlindungan itu. Wanita itu juga mendakwa Lizon memukul isterinya di perut ketika dia mengandung, menyebabkan mangsa keguguran sebelum lelaki itu menanam mayat janin yang sudah membesar menjadi bayi di ladangnya.
Stephanie juga dipaksa melahirkan seorang lagi anak sambil dia dirantai. Dia dan dan anaknya tidak pernah menerima rawatan perubatan sejak itu.
Bagaimanapun, peguam Lizon, Shawn Bayliss menolak dakwaan itu dengan memberitahu stesen televisyen WSAZ, keguguran yang dialami Stephanie berpunca daripada kemalangan jalan raya. Menurutnya, wanita yang memfailkan tuduhan itu mengalami masalah mental dan berkata, Stephanie tetap mempertahankan suaminya.
Namun Peter Lizon dilepaskan atas dakwaan melakukan penderaan terhadap isterinya apabila isterinya menolak semua dakwaan kekerasan yang dilakukan suaminya terhadapnya di mahkamah. – AP
sumber: ejeninfo.blogspot.com
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Saikonya laki mcm ni. ![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kena dera teruk sebegitu pun masih tak nak dakwa, bininya tu sakit jiwa ke hapa. |
|
|
|
|
|
|
|
ni syaitan, binatang pun x macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
xde perasaan lagngsung...![](static/image/smiley/miluegg/fighting2.jpg) ![](static/image/smiley/miluegg/scold.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
kena dera mental n fizikal bertahun2..rsnyer..sape2 je leh jd giler ![](static/image/smiley/default/mad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa dah kena dera sekian lama, mesti dah gila sedikit sebanyak ![](static/image/smiley/default/3ohmy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
xkan la sedap sgt sampai rela je dihencap
|
|
|
|
|
|
|
|
sayang suami
![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ni mesti kes bini dh mental ni...xboleh berfikir...org2 y kene siksa lama2 ni kdg2 otak dh xbetul..pernah tgk x cite sorang budak y diculik org gila then dia jaga budak tu...rumah dlm pembetung air kot xsalah...oleh sbb lama sgt org gila tu jaga dia...last2 mak dia dpt cari dia dh mcm xkenal mak dia..dia nak org gila tu lg...budak tu xkecik sgt so kalau ikutkan dia akan kenal mak dia sbb bukan lama sgt pun kene culik dlm +-sebulan kot..lupa dh..so myb sama kes mcm ni la kot..even dia kena dera pun still nak kt laki dia tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa psiko sebenarnya nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
dh asik kene sepak terajanggg....dier pon xleh nak berpk secara warssssss |
|
|
|
|
|
|
|
laki saiko. bini saiko. anak menyusul saiko.
|
|
|
|
|
|
|
|
omputeh byk mental cm gini. selalu tengok cte criminal mind, adekah sebab asuhan dr kecik? |
|
|
|
|
|
|
| |
|