View: 28154|Reply: 2
|
[Dunia]
3 wanita dikecam berhimpit dalam tandas kereta api
[Copy link]
|
|
NEW DELHI – Perbuatan tiga wanita di India yang sengaja duduk di dalam tandas selepas kereta api dinaiki mereka sarat dengan penumpang mengundang kecaman orang ramai, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.
Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @mamman5645 memaparkan tiga wanita itu berhimpit di sebuah tandas ketika dalam perjalanan menuju ke perhimpunan agama Hindu di Prayagraj.
Seorang gadis itu berdiri di atas mangkuk tandas, manakala dua lagi wanita berdiri di sebelahnya sambil ketawa.
Rata-rata, netizen mengkritik perbuatan tersebut kerana mereka bukan sahaja mementingkan diri sendiri, malah mengganggu penumpang lain yang perlu menggunakan tandas.
“Tolong tangkap mereka yang sengaja menghalang orang ramai daripada menggunakan tandas,” kata seorang netizen.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
lagi selamat duduk kat tandas rasanya. daripada berhimpit himpit kat gerabak .
dahlah sana tak selamat untuk para wanita.. |
|
|
|
|
|
|
|
dek.. kalau ko nak buat kerja gila.. tolonglah jangan rakam dan upload di medsos ye.. mmg mengundang kecaman je nanti tak kiralah apa alasan yg ko terpikir nak buat masa tu ye ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|