View: 3225|Reply: 8
|
kalau ada yang suka-suka nak bunuh kau pulak boleh? gila dia ni agaknya!
[Copy link]
|
|
Lelaki Mengaku Hanya 'Suka-Suka' Membunuh 42 Orang Mangsanya
SAO PAULO - Seorang lelaki yang didakwa mengaku melakukan pembunuhan lebih daripada 40 orang sejak tahun 2005 telah ditangkap di Rio de Janeiro dan polis sedang menyiasat kebenaran pengakuannya itu.
Polis menahan Sailson Jose das Gracas Rabu sejurus selepas beliau didakwa menikam seorang wanita sehingga mati di pinggir bandar Rio Nova Iguacu.
"Dia mengaku membunuh 37 wanita lain, tiga lelaki dan seorang budak perempuan berusia berusia 2 tahun dalam masa sembilan tahun yang lalu," kata seorang pegawai polis melalui telefon. "Dia sama ada menikam mangsa atau mencekik mereka."
"Kami kini sedang cuba untuk menyiasat sama ada dia adalah seorang pembunuh bersiri atau dia hanya mereka semuanya."
Pihak Polis juga menambah Das Gracas tiada tanda penyesalan dalam dirinya dan dia berkata jika dia keluar daripada penjara dia akan membunuh lagi.
"Das Gracas telah taksub membunuh wanita berkulit putih, dan dia mengikuti mangsa selama minggu dan mencari masa yang sesuai untuk menyerang dan membunuh mangsa," kata seorang pegawai Polis.
"Selepas membunuh seseorang Das Gracas akan berasa tenang dan kemudian menghabiskan masa dua atau tiga bulan untuk tidak mencederakan sesiapa. Kemudian dia akan keluar memburu mangsa baru," tambah pegawai Polis itu.
Selain daripada itu, Das Gracas juga menceritakan apa yang dilakukannya sebelum bertindak menamatkan nyawa mangsanya yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan usia.
"Saya akan kaji sedikit sebanyak tentang diri mangsa selama berbulan-bulan dan akan tunggu masa sesuai untuk pecah masuk ke rumah mangsa dan bunuh mereka," katanya.
Berusia 26 tahun, das Gracas berkata, dia mula membunuh ketika berusia 17 tahun dan sehingga kini telah membunuh 38 wanita, tiga lelaki dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun.
Sumber: cbsnews.com
ejeninfo.blogspot.com
|
|
|
|
|
|
|
|
Nanti orang plak suka2 bunuh dia, tengok apa dia rasa..... |
|
|
|
|
|
|
|
suka-suka hati dia je. macam picit semut agaknya dia rasa masa membunuh tu kan. psiko! |
|
|
|
|
|
|
|
Elok la tu bole pi bunuh puak2 bebenang CI sana plak. Kurang cket kejahatan kat situ Last edited by din_atos on 21-12-2014 06:10 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
psychopaths..killer wout conscience
selalu masa kecik dia start bunuh binatang kecik mcm kucing ke anjing yg defenceless
pastu maju kedepan, bunuh manusia pulak...
kalau ada anak2 ke yg perangai suka siksa binatang, jaga jaga lah ya...elok la hantar gi check sebelum terlambat |
|
|
|
|
|
|
|
suka suka mebawa duka..
tahniah sbb bakal menjalani hukuman setimpal.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik la dah ditangkap.
Kalau tak kena tangkap entah bape orang lagi yang jadi mangsa ![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|