CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2802|Reply: 2

tanah runtuh pun tak jejaskan rumah ini

[Copy link]
Post time 16-12-2014 01:59 PM | Show all posts |Read mode
Rumah Ajaib Sutomo kekal utuh dalam kejadian tanah runtuh




Pemilik kediaman dapat firasat sehari sebelum bencana tanah runtuh – Banjarnegara – Ketika rumah penduduk lain musnah dirempuh atau ditimbus tanah, sebuah bangunan kediaman di Jemblung kekal utuh.
Malah penghuninya tidak termasuk dalam kalangan mangsa korban atau masih hilang.


Rumah bercat putih milik Sutomo itu tidak mengalami nasib buruk seperti puluhan kediaman lain di petempatan itu.
Abang Sutomi, Hamim berkata, sehari sebelum kemalangan menimpa, Sutomo seolah-olah mendapat petunjuk mengenai bala yang bakal tiba.
“Sutomo meminta saya serta anak-anaknya berpindah ke tempat lain kerana berasa tidak sedap hati,” katanya.
Ternyata tindakan diambil Sutomo, 36, dan Hamim, 36, itu tepat.


Kira-kira jam 4.30 petang Jumaat lalu Hamim membawa anak Sutomo ke rumahnya dan kira-kira dua jam kemudian bencana itu pun berlaku.
Tanah dari dua bukit yang mengelilingi petempatan berkenaan runtuh serta melanda apa saja yang ada di laluannya.
Hamim yang tinggal di Karangkobar Purwodadi berkata, sebelum ini pernah ada tanah runtuh melanda kawasan tepi rumah Sutomo, tetapi tiada sebarang kematian atau kecederaan berlaku.


“Sutomo nampak tanah runtuh itu bergerak amat laju menuju ke rumahnya dan dia terpaksa berlari sekuat hati untuk menyelamatkan diri,” katanya.
Namun Sutomo bernasib baik.
Rumah satu tingkat yang dibina sejak 2010 itu seolah-olah tidak disentuh langsung oleh tanah bukit berkenaan.
Sumber Dari :- hmetro


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2014 04:50 PM | Show all posts
mana gambar rumah nya?
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2014 05:53 PM | Show all posts
Musim hujan ni kalau tak banjir mesti ada kejadian tanah runtuh.  Bagi yang duduk kat kawasan berisiko nak kena berjaga-jaga selalu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.118747 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list