CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 16501|Reply: 54

Rupa Pengasas 15 Jenama Terkemuka Yang Menggunakan Nama Mereka

[Copy link]
Post time 14-1-2015 07:55 AM | Show all posts |Read mode
Rupa Pengasas 15 Jenama Terkemuka Yang Menggunakan Nama Mereka



Oh macam ini rupanya



Tidak seperti produk ubat -ubatan Dr Rozmey dan ubat kotel terlanjur D'herbs.... banyak pengasas jenama terkemuka tidak kita kenali rupanya. Zaman dahulu tak ada perangai letak muka tak malu pada setiap produk yang dijual. Hari ini mari lihat 15 rupa pengasas jenama terkemuka yang menggunakan nama mereka sebagai nama syarikat. Now you know!



Ramly Mokni - Pengasas Ramly Burger. Diasaskan pada tahun 1979 dengan sebuah stall burger jalanan di Lorong Haji Hussein. Kini Burger Ramly menjadi pemandangan biasa di seluruh Malaysia dan dianggap burger paling legendary!






Datuk Haji Ibrahim bin Haji Ahmad Badawi ialah pengasas Brahim's.Produk makanan melayu freeze dried Brahim menjadi makanan pengubat rindu student Malaysia yang tak reti memasak. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1986. Beliau ialah adik kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.





Datuk Haji Habib Mohamed Abdul Latif pengasas Habib Jewels. Habib Jewels ditubuhkan pada tahun 1958. Kedai pertama dibuka di Pitt Street Pulai Pinang.






Julius Michael Johannes Maggi ialah pengasas syarikat Maggi. Beliau seorang anak imigran Itali yang dilahirkan di Switzerland. Produk awal Maggi ialah stok sup. Maggi diasaskan pada tahun 1872.





Hirotake Arai ialah pengasas syarikat helmet terkemuka ARAI. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1926. Hirotake sebenarnya seorang pembuat topi pada asalnya tetapi kerana minat menunggang motosikal beliau menghasilkan helmet buatan tangan. Syarikat ini kini di bawah penguruasan anak beliau Mitch Arai.






Bobbi Brown ialah pengasas alat solek Bobbi Brown. Beliau memulakan kareer sebagai jurusolek profesional. Apa yang beliau sedari ialah alat solek yang dijual dipasaran tidak sesuai untuk memberikan rupa natural kepada pemakainya. Pada tahun 1991 beliau menjual gincu ciptaan belia. 100 gincu pertama terjual dalam masa sehari dan produk ini kini terkenal di seluruh dunia.







Shojiro Ishibashi ialah pengasas syarikat tayar Bridgestone. How is this his named after him? Ishibasi bermaksud Bridgestone dalam bahasa inggeris. Syarikat tayar ini sudah beroperasi sejak 1931. Beliau meninggal dunia pada tahun 1976.






John Cadbury ialah pengasas syarikat pengeluar cokat Cadbury pada tahun 1824 di Birmingham England.  Cadbury ialah syarikat yang mencipta chocolate bar. Selain daripada itu John Cadbury juga adalah pengasas persatuan pencinta haiwan pertama di Britain.






Christian Dior ialah pengasas jenama fesyen terkemuka Dior. Ianya diasaskan pada tahun 1946. Rekaan Christian Dior dipakai oleh wanita ternama seperti Evita Peron dan Marlene Dietrich. Beliau meninggal dunia pada tahun 1957 akibat serangan jantung.






Estee Lauder mengasaskan syarikat alat solek beliau pada tahun 1946 dengan bantuan suamia beliau Joseph Lauder. Nama sebenar Estee Lauder ialah Josephine Esther Mentzer dan beliau adalah anak kepada dua migran yang berasal dari Hungary. Nama samaran beliau sejak kecil ialah Esty. Ejaan Estee dipilih beliau because that was how Esty is prounouced in Hungarian. Produk awal Estee Lauder ialah produk membersihkan dan krim kulit. Beliau meninggal dunia pada tahun 2004 pada usia 97 tahun.







Victor Hasselblad mengasaskan syarikat kamera high end terkemuka Hassleblad pada tahun 1941. Kamera Hassleblad terawal dihasilkan bagi kegunaan intipan Tentera Udara Sweden ketika perang dunia kedua. Kamera keluaran Hassleblad sangatlah bad ass ianya digunakan untuk mengambil gambar di permukaan bulan. Victor meninggal dunia pada tahun 1978.






Li Ning memulakan kareer beliau sebagai ahli gimnastik. Pada tahun 1984 beliau memenangi 6 pingat termasuk 3 pingat emas pada temasya sukan Olimpik. Selepas bersara dari dunia sukan beliau mengasaskan syarikat alatan sukan Li Ning pada tahun 1990.






Liz Clairborne mengasaskan syarikat pakaian beliau sendiri pada tahun 1976. Beliau bosan dengan masalah kesukaran mencari pakaian untuk kegunaan wanita bekerja. Dalam masa 2 tahun sahaja jumlah jualan Liz Clairborne meningkat ke USD 23 juta setahun. Beliau adalah wanita pertama yang menjadi CEO Fortune Top 500 company. Liz meninggal dunia akibat kanser perut pada tahun 2007.







Louis Vuitton mengasaskan syarikat membuat trunk menyimpan pakaian pada tahun 1854. Trunk memuatkan pakaian pada waktu itu mempunyai penutup melengkung (seperti kotak harta karun pirate edisi default). Rekaan LV berbeza kerana ianya rata dan ini membolehkan ianya disusun dengan mudah. Sounds like a no brainer tetapi inilah inovasi yang dibawa oleh LV. Dari menjual trunk pakaian LV kini menjadi syarikat barangan mewah terbesar dunia dan kini juga memiliki jenama Dior!







Adolf dan Rudolf Dassler mengasaskan syarikat kasut sukan Gebrüder Dassler Schuhfabrik pada tahun 1924. Selepas perang dunia kedua Adolf dan Rudolf bergaduh dan mengakibatkan syarikat ini dibubarkan. Rudolf Dassler mengasaskan PUMA manakala Adolf "Adi" Dassler mengasaskan Adidas pada tahun 1948. Tahukah anda ketika perang dunia kedua,Gebrüder Dassler Schuhfabrik menghasilkan but untuk tentera Nazi? Adik beradik Dassler juga merupakan ahli Nazi. Weird thing is despite of this Adi Dassler menghasilkan kasut untuk Jesse Owens, pelari pecut Amerika Syarikat yang berkulit hitam.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2015 08:49 AM | Show all posts
ignorantnye aku.. aku ingat kosmetik bobbi brown tu milik suami mendiang whitney houston..
setiap kali terjumpe produk tu, mesti terlintas kt dlm hati aku, apekejadah le somi whitney ni jual
produk kosmetik, femes plak brand tu..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 09:21 AM | Show all posts
Datuk Haji Habib Mohamed Abdul Latif pengasas Habib Jewels. Habib Jewels ditubuhkan pada tahun 1958. Kedai pertama dibuka di Pitt Street Pulai Pinang.

masa baca PULAI Pinang tu.. aku terfikir apesal lidah ak mcm berbelit nk sebut? rupanya ejaan Pulau dah jadi Pulai..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 09:31 AM | Show all posts
chinta89 replied at 14-1-2015 09:21 AM
Datuk Haji Habib Mohamed Abdul Latif pengasas Habib Jewels. Habib Jewels ditubuhkan pada tahun 1958. ...

Ahahahhaha,,, Aku nampak Pinang je.

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 09:41 AM | Show all posts
hebatt !!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 10:45 AM | Show all posts
rienafaiz replied at 14-1-2015 09:31 AM
Ahahahhaha,,, Aku nampak Pinang je.

nasib baik bukan nampak pokok pinang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2015 11:18 AM | Show all posts
Info menarik
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 11:30 AM | Show all posts
good info
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2015 11:49 AM | Show all posts
now i know
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 12:06 PM | Show all posts
cool.....
baru tau brahim tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 01:37 PM | Show all posts
Michael Dell pengasas DELL tak masuk pun?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 03:02 PM | Show all posts
matahari7001 replied at 14-1-2015 08:49 AM
ignorantnye aku.. aku ingat kosmetik bobbi brown tu milik suami mendiang whitney houston..
setiap k ...

Yang tu BOBBY Brown
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 03:05 PM | Show all posts
cauliflower replied at 14-1-2015 01:37 PM
Michael Dell pengasas DELL tak masuk pun?

Banyak lagi Coco Chanel, Jean-Paul Gaultier, Levi's, Lee, Armani dan ramai lagi pereka fesyen
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 03:43 PM | Show all posts

yelaa baru tahu la ni .. bobbi brown yg ni indah menawan

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 04:25 PM | Show all posts
CTea tak masuk list ker...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 08:16 PM | Show all posts
Jimmy Choo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2015 08:33 PM | Show all posts
wah....baru tahu
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 08:35 PM | Show all posts
wah....baru tahu
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 11:00 PM | Show all posts
angio replied at 14-1-2015 04:25 PM
CTea tak masuk list ker...

perlu ke?

btw tt facts..pasal adidas n puma ada terbaca sebelum ni..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 11:02 PM | Show all posts
Edited by foxs at 14-1-2015 11:03 PM



satu lagi Kandos by Philip Upali Wijewardene

masa kecik2 suka betul coklat kandos...kini tinggal legasi jee

On 13 February 1983, his private jet, a Learjet 35A, took off from Kuala Lumpur at 8:41 pm, bound for Colombo. On board with him were his Malaysian lawyer S.M. Ratnam, Upali Group Director Ananda Peli Muhandiram, pilot Capt. Noel Anandappa, co-pilot Sydney Soysa, and steward S. Senenakye. Fifteen minutes later, the aircraft disappeared while flying over the Straits of Malacca. Extensive search operation by air and naval units of Sri Lanka, India, United States, Soviet Union, Australia, Indonesia, and Malaysia failed to locate any evidence of a crash.

mystery macam MH370
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.185660 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list