CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3351|Reply: 5

Kubu Drum : Battleship Konkrit Penunggu Teluk Manila

[Copy link]
Post time 23-1-2015 10:39 AM | Show all posts |Read mode
Kubu Drum : Battleship Konkrit Penunggu Teluk Manila (24 Gambar)


Kapal Sadis

Sebelum ini ada kami paparakan cerita HMS Malaya, kapal Battleship yang pembinaannya dibiayai sultan-sultan Melayu untuk kegunaan tuan-tuan Mat Salleh di Britain. HMS Malaya kemudian digunakan British untuk membedil rakyat Palestin yang menentang penjajahan British. Kisah yang sangat sadis.

Hari ini mari baca tentang Fort Drum also known as Concrete Battleship yang terletak di Teluk Manila, Filipina. Fort Drum memulakan hidupnya sebagai Pulau El Fraille. Pada tahun 1909 tentera Amerika mengubahsuai pulau kecil ini menjadi kubu konkrit yang akan dijadikan pusat pertahanan menentang serangan musuh yang ingin menyerang Manila. Pembinaan Fort Drum selesai pada tahun 1919 dan ia mempunyai 4 laras meriam 14 inci di dalam 2 rudal yang boleh berputar dan 2 laras meriam 6 inci. Dinding "kapal konkrit" ini ialah diantara 25-36 inci dan menjadikannya mustahil untuk ditembusi bedilan musuh. Ketika masih aktif digunakan 200 orang askar bertugas di Fort Drum.

Pada tahun 1941 Manila diserang Jepun dan Fort Drum dibedil dengan teruk. Tentera yang berjuang di dalam Fort Drum hanya menyerah kalaha selepas Manila jatuh ke tangan Jepun. Mereka enggan menyerah walaupun teruk dibedil kapal perang dan dibom pesawat Tentera Imperial Jepun. Tentera Jepun kemudian mengambil alih Fort Drum dan menjadikannya kubu pertahanan mereka.

Pada April 1945 Amerika Syarikat kembali ke Filipina bagi menghalau Jepun. Fort Drum dibetil dengan teruk tetapi tentera Jepun enggan menyerah kalah. Tentera Amerika kemudian mencurah minyak ke dalam corong aliran udara Fort Drum sebelum membakar saki baki tentera yang masih hidup di dalamnya. Fort Drum terbakar selama beberapa hari dan apabila ianya terpadam mereka menemui 61 mayat askar Jepun yang rentung.

Selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua Fort Drum dibiarkan terbengkalai kerana rosak teruk. Kini anda boleh melawat Fort Drum dan melihat rudal-rudal yang berkarat dan tinggalan paska perang. Cool place!









Laporan asal Timawa
kredit:www.blogserius.blogspot.com


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2015 11:12 AM | Show all posts
Wah menarik kesan bedilan masih jelas kelihatan tapi kedudukannya diitengah laut susah sikit nak dilawati.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2015 03:42 PM | Show all posts
kubu di tgh2 lautt...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 08:13 AM | Show all posts
Takde la 'tengah2 laut' sangat...masih dalam perairan Teluk manila. Ada gambar tunjuk daratan tak jauh sangat.

BTW pasal HMS Malaya tu...apa korang rasa Sultan2 Negeri melayu Bersekutu rela hati ke belanja beli battleship?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 02:18 PM | Show all posts
sebuah pulau yg dijadikan mcm kapal perang ek....correct me if i'm wrong
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 02:23 PM | Show all posts
alongweeda replied at 29-1-2015 02:18 PM
sebuah pulau yg dijadikan mcm kapal perang ek....correct me if i'm wrong

You are right. Cuma guna konkrit ganti besi armor. Dan sebab pulau maka tak boleh belayar le....
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.827402 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list