CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1489|Reply: 0

Microsoft Dikatakan Turut Akan Hadir Dengan Platform Pembayaran Tersendiri

[Copy link]
Post time 8-4-2015 12:14 AM | Show all posts |Read mode
Microsoft Dikatakan Turut Akan Hadir Dengan Platform Pembayaran Tersendiri – Microsoft Payments?
Dengan perkembangan arena peranti mudah-alih, salah satu perkara yang turut menjadi fokus ramai syarikat gergasi teknologi adalah sokongan pembayaran menggunakan telefon pintar. Google sedia mempunyai Google Wallet, sementara Apple telah hadir dengan Apple Pay, dan Samsung dengan Samsung Pay.
Kini, Microsoft turut dikatakan ingin menyertai arena sama dengan perkhidmatan mereka yang mungkin dinamakan sebagai Microsoft Payments.

Ia mungkin diintegrasikan pada Windows 10, memudahkan pengguna untuk membayar menggunakan sokongan NFC. Microsoft dikatakan telah menerima pengesahan daripada salah satu negeri di Amerika Syarikat untuk memulakan perkhidmatan mereka tersebut yang mungkin diumumkan bersama-sama Windows 10 kelak.

Microsoft dikatakan mungkin berkongsi lebih lanjut mengenai sokongan Microsoft Payments mereka ini pada acara Build 2015 bulan ini kelak.
                                                                                                                                                                                                        Sumber Rujukan: Windows Central
kredit:www.amanz.my


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.511816 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list