CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1847|Reply: 0

LeTV Hadir Dengan Telefon Pintar Pertama Dengan Ciri Terbaru

[Copy link]
Post time 21-4-2015 09:03 AM | Show all posts |Read mode
LeTV Hadir Dengan Telefon Pintar Pertama Menggunakan Pengecasan Berasaskan USB Type-C
USB Type-C telah menjadi salah satu bahan bualan ramai sejak penghujung tahun lepas, dimana pelbagai peranti baru mula mengintegrasikan penggunaan kabel baru yang boleh digunakan secara terbalik – berbeza dengan penggunaan kabel USB hari ini. Sebelum ini, Nokia N1, Apple Macbook dan Chromebook telah menggunakannya, dan kini LeTV menjadi pengeluar pertama yang menggunakannya pada telefon pintar.
LeTV merupakan salah satu penyedia rangkaian video di China, dan mereka kini dilihat turut memfokuskan kepada arena peranti pintar. Tiga telefon pintar yang telah diumumkan baru-baru ini menggunakan ruangan pengecasan berasaskan USB Type-C adalah termasuk Le 1, Le 1Pro dan juga Le Max.
Peranti utama diantara ketiga-tiganya adalah Le Max, dimana hadir dengan skrin bersaiz 6.33-inci, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 810 2GHz, memori 4GB RAM LPDDR4, dan ruangan storan dalam pilihan 64GB atau 128GB. Peranti ini juga turut menggunakan sensor Sony 21-megapixel untuk rakaman, serta kamera hadapan Ultrapixel. Le Max menyokong dwi-SIM, dan hadir dengan bateri berkapasiti 3500mAh.
Bagi yang inginkan peranti dengan skrin sedikit kecil, Le 1Pro ditawarkan dengan skrin 5.5-inci dengan paparan Quad HD, cip pemprosesan Snapdragon 810, memori 4GB RAM, ruangan storan dalam pilihan 32GB atau 64GB, kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 4-megapixel Ultrapixel. Peranti ini turut menyokong dwi-SIM, 4G serta bateri berkapasiti 3000mAh.
Untuk peranti berspesifikasi sedikit rendah berbanding Le 1Pro, pihak LeTV menawarkan Le 1, dimana ia hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci, cip pemprosesan MediaTek Helio X10 2.2Ghz, memori 3GB RAM, kamera hadapan 5-megapixel, serta kamera belakang 13-megapixel. Peranti ini turut menggunakan bateri berkapasiti 3000mAh, serta hadir dengan sokongan dwi-SIM.
Kesemua peranti ini hadir dengan Android 5.0 dengan antaramuka khusus daripada LeTV dinamakan EUI. Menjadi fokus ketiga-tiga peranti ini adalah sokongan USB Type-C, sekaligus menjadikan ia antara telefon pintar terawal menggunakan sokongan USB Type-C berbanding pelbagai pengeluar peranti terkemuka lain di dunia.
Ketiga-tiga telefon pintar ini hanya disasarkan untuk pasaran China sahaja buat masa ini.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.048417 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list