CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2569|Reply: 0

Perbezaan Antara Xiaomi Mi4 Dan Xiaomi Mi4i

[Copy link]
Post time 27-4-2015 07:21 AM | Show all posts |Read mode
Xiaomi pada minggu lepas telah memperkenalkan secara rasmi sebuah telefon pintar baru, dinamakan sebagai Xiaomi Mi4i. Secara kasarnya, Xiaomi Mi4i menggunakan nama keluarga Mi4, tetapi hadir dengan spesifikasi sedikit rendah dan juga beberapa perubahan pada rekaan.
Rekaan Dan Binaan Peranti
Perkara utama yang pengguna semestinya perasan pada peranti Xiaomi Mi4i berbanding dengan Xiaomi Mi4 adalah rekaan peranti tersebut sendiri.
Xiaomi Mi4i hadir dengan rekaan unibody, serta binaan berasaskan kepada polikarbonat.
Berbeza pula untuk Xiaomi Mi4, kerana ia hadir dengan rekaan berasaskan plastik pada bahagian belakang, sementara menggunakan bingkai berasaskan logam.
Xiaomi Mi4i juga hadir dengan pelbagai pilihan warna, sementara tidak untuk Xiaomi Mi4.
Spesifikasi
Dengan perbezaan harga, seperti semua sedia maklum akan perbezaan spesifikasi yang dibawakan oleh kedua-dua peranti ini juga adalah berbeza.
Xiaomi Mi4 hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 801, sementara Xiaomi Mi4i pula hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 615 generasi kedua.
Kedua-duanya hadir dengan sokongan memori yang lebih kurang sama (tetapi Mi4 mempunyai variasi 64GB), serta amat mendukacitakan kerana kedua-duanya tidak menyokong sokongan slot-SD.
Bateri
Xiaomi ketika pengenalan Xiaomi Mi4i sendiri menekankan kepada sokongan bateri, dan seperti semua sedia maklum, penawaran bateri pada Mi4i lebih baik berbanding dengan Xiaomi Mi4.
Xiaomi Mi4 hanya membawakan bateri berkapasiti 3080mAh, sementara Xiaomi Mi4i pula membawakan bateri berkapasiti 3120mAh. Xiaomi juga turut menekankan yang mana Xiaomi Mi4i membawakan masa penggunaan lebih 1.5 hari dengan penggunaan pengoptimasian bateri.
Sistem Operasi
Kedua-dua Xiaomi Mi4 dan juga Xiaomi Mi4i membawakan sistem operasi Xiaomi tersendiri, dinamakan sebagai MIUI. Xiaomi menggunakan MIUI6 pada kedua-dua peranti ini, menjadikan perbezaan yang dibawakan adalah amat kecil.
Tetapi dari segi versi, Xiaomi Mi4 dijana berasaskan kepada Android 4.4 KitKat, sementara Xiaomi Mi4i dijana berasaskan kepada Android 5.0 Lollipop. Xiaomi juga turut menyertakan beberapa mod khusus bagi kamera pada Xiaomi Mi4i.
Kamera
Bercakap mengenai kamera, Xiaomi Mi4 membawakan kamera belakang 13-megapixel sama seperti Xiaomi Mi4i. Tetapi, untuk kamera hadapan, pihak Xiaomi menyertakan kamera hadpaan 8-megapixel pada Mi4, dan hanya 5-megapixel pada Xiaomi Mi4i.
Membezakan lagi, pada Mi4 mereka menyertakan kamera hadapan dengan rakaman sudut luas, sementara untuk Mi4i hanya kamera hadapan biasa sahaja.
Bagi kamera belakang pula, pihak Xiaomi menyertakan sokongan dwi-LED Flash pada Xiaomi Mi4i, sementara hanya satu LED pada Xiaomi Mi4.
Sokongan SIM
Perkara terakhir yang membezakan kedua-dua peranti ini adalah sokongan SIM. Pihak Xiaomi hanya menyertakan sokongan satu SIM sahaja pada Xiaomi Mi4, sementara Xiaomi Mi4i hadir dengan sokongan dwi-SIM, dimana kedua-duanya membawakan sokogan 4G LTE.

Selain daripada ini, seperti semua sedia maklum, harga untuk kedua-dua peranti juga adalah berbeza, dimana Xiaomi Mi4 dengan rekaan berasaskan bingkai logam membawakan harga melangkaui RM1000, sementara Xiaomi Mi4i dijangka berharga sekitar RM750. Buat masa ini, Xiaomi Mi4 telah melepas pengesahan Sirim, dan tidak diketahui akan dijual ataupun sebaliknya. Pihak Xiaomi mengatakan Xiaomi Mi4i akan dijual di Malaysia sekitar bulan Mei kelak.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.118041 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list