Mahkluk laut ini dikenali dengan nama Portuguese Man of War Jellyfish (sejenis obor-obor).
The Portuguese Man of War ini biasa ditemui di Lautan Atlantik, Lautan Pasifik, Lautan Hindi, Caribbean, dan Laut Sargasso. Biasanya mahkluk ini ditemui terapung di atas atau hampir permukaan air dengan bentuknya yang lutsinar.
Jangan mudah terpedaya dengan rupanya bentuk spesies comel ini. Di sebalik tubuhnya yang lembut dan comel, ia mempunyai sesungut yang boleh membunuh apa saja yang mengancam hidup makhluk belon ini. Ia juga menggunakan sesungutnya untuk menyengat mangsa yang menjadi makanannya.