CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3324|Reply: 12

Penceraian termahal dunia

[Copy link]
Post time 14-6-2015 02:29 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR saat-saat bahagia Natalia dan Vladimir semasa bercuti di Jordan pada tahun 2010. - AGENSI

MOSCOW – Isteri kepada seorang bilionair Rusia akan membuat tuntutan separuh daripada £10 bilion (RM58.3 bilion) kekayaan suaminya sekali gus bakal mencatat perceraian termahal di dunia, lapor MailOnline.

Kes tuntutan Natalia Potanina terhadap Vladimir Potanin yang dikurniakan tiga orang cahaya mata hasil perkongsian hidup selama 30 tahun akan dibicarakan di mahkamah Moscow bermula 1 Julai ini.

Vladimir, 54, yang merupakan pemilik syarikat perlombongan dan pelaburan melahirkan hasrat untuk menceraikan Natalia kerana dia mempunyai hubungan dengan seorang wanita lain dan turut mempunyai dua anak.

“Dia memberitahu hasrat untuk bercerai pada satu majlis makan malam bersama anak-anak kami. Saya tidak menjangka perkara ini berlaku, malah tidak sanggup untuk memikirkannya,” luah Natalia.

Sebelum ini, Vladimir menawarkan kepada Natalia wang £32 juta (RM186 juta) berserta elaun tetapi ditolak dan menuntut separuh daripada kekayaannya.

Tawaran itu termasuk elaun bulanan £250,000 (RM1.45 juta) serta rumah di Moscow, London dan New York.

Bagaimanapun, Natalia menuntut 15 peratus saham di syarikat milik Vladimir iaitu Norilsk Nickel selain pegangan di syarikat Interros International.

Natalia mendakwa mereka sudah tidak tinggal bersama sejak beberapa tahun kebelakangan ini. – Agensi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2015 02:35 PM | Show all posts
wowwwwwwww....
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2015 02:57 PM | Show all posts
kalau macam tu, perceraian dengan orang kaya ni boleh buat bisnes ni. untung sapa2 yang kawen dengan orang kaya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2015 04:54 PM | Show all posts
Lepas tu bagi aku sejuta cukup lah...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2015 09:22 AM | Show all posts
Dpt bulan2 bejuta pun xmau  lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2015 09:24 AM | Show all posts
Aku inga putin tadi..nama mcm sama..muka pun iras2...caitttt  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2015 01:04 PM | Show all posts
kalo gini punya penceraian..iols rela jer...
cinta tak boleh dipaksa..tapi boleh cari lain..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2015 03:59 PM | Show all posts
ko hado 58billion .. pastu ko cuma nak bagi 186 juta je tuk ceraikan bini ko yg ko dah kawini selama 30 thn .. emak kpd 3 org anak ko. mmg tak la dia nak terima. kalau aku pun .. cari the best ever lawyer .. dan bogelkan si laki kaw sampai dia tak de harta. tengok la .. pompuan simpanan dia nak tak kawin dgn laki tu pastu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2015 06:15 PM | Show all posts
boleh dapat 5 billion buat apa nak amik juta2.

lepas cerai cari la anak ikan, harta yg ada pun tak habis makan
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2015 09:32 PM | Show all posts
puan natalia meh la masuk bod FD.. bole mnta khidmat nasihat dpd kami..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 02:27 PM | Show all posts
ppeerrggghhhhh!!! selagi boleh tuntut...tuntut.
klu iols jd sheols pun iols buat benda yg sama
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2015 03:43 PM | Show all posts
pittjie replied at 16-6-2015 03:59 PM
ko hado 58billion .. pastu ko cuma nak bagi 186 juta je tuk ceraikan bini ko yg ko dah kawini selama ...

tah nye
bkn psl duit sgt pun
lebih kpd kasi ajar sket

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2015 04:12 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 19-6-2015 03:43 PM
tah nye
bkn psl duit sgt pun
lebih kpd kasi ajar sket

kaaan. mmg seharusnya diajar. setakat 180+ juta tu rasanya cukup je tuk makan minum berjoli2 sampai mati. tapi ni nak bagi "rasain loe" gituh.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.072786 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list