View: 30445|Reply: 12
|
Tayar Kereta Bengkak @ Benjol ... Things To Know...
[Copy link]
|
|
Tayar Kereta Bengkak [url=home.php?mod=space&uid=1968553]@ Benjol ... Things To Know...[/url]A + A- [url=]Print[/url][url=]Email[/url]
Tu diaaa... tetiba dia pun nak bengkak jugak, macam kena tumbuk...muahahaha...Ini kisah pada raya ke-2 uolss... Salah satu tabiat iolss ni adalah suka jer belek2 tenung2 condition kereta lepas dah park atau pagi2 bila bangun tidur... Wakakaka... entahlah memang dah habit kot??? Pepagi sebelum ke mana2, tak kiralah office ke, berjalan sana sini ke, outing ke... perkara pertama pukul 6.20 pagi selepas iolss bersiap adalah buka bonet depan, check water level walhal tak perlu hari2 kot??? Muahahaha...Battery lantak pi lah... sebab pakai dry battery... Lepas tu dok pusing keliling kereta tengok2 kot2 ada scratch sana sini sinun ke and check tyre condition...
Tengok2 tenung2 tetiba, I spotted something... Jeng jeng jeng...Tayar bengkak...Tayar kereta bengkak @ benjol ni bukan pertama kali pun terjadi... sepanjang 15 tahun pegang lesen ni, dah few times dah encounter benda ni... so tak adolah nak panik menggelabs tak tentu pasal... Adalah dalam 3 kali masuk ni jadi... So, in mind dah tau dah... ni tak lain tak bukan tukar tayar ajerlah solution-nya ok??? Ha ha ha... Bersiap sedia nak menerbangkan wang ringgit...
Tayar ni pun dah hampir setahun dah iolss lenjann... so it's time untuk tukar tayar pun... Dan ni tak lain tak bukan mesti kes ber-"Daytona" atas jalan tak sedar lubang... lepas tu dah terlanggar... logam yang kat dalam tayar tu bengkok...ataupun senang cerita tayar yang dah terputus radial kat dalam tayar tu atau jaringan besi dalam tayar tu.
Iolss kongsi sikitlah ek hasil pembacaan di SINI
Bagaimana Perkara Tayar Bengkak @ Benjol Ini Terjadi???
Tayar bengkak atau benjol boleh terjadi kerana habis tarikh luput walaupun bunga masih banyak dan akibat terjatuh ke dalam lubang sehingga menyebabkan terputusnya tali2 radial di dalam tayar itu.
Apakah Simptom2 Tayar Bengkak @ Benjol???
Kalau uolss drive atau ride, uolss rasa macam naik atau lalu jalan yang tak rata (sebab of course-lah tayar tu dah bengkak kann???). Uols might be rasa gegaran pada steering. Uolls mungkin merasakan kesalahan balancing tayar kereta, beza masalah balancing dengan tayar bengkak ialah, kalau tayar bengkak masa nak drive (dari berhenti ke bergerak) tayar susah bergegar, uolss dapat rasakan melalui steering yang uollss pegang. Kalau masalah balancing pulak, steering uolss akan bergegar pada had laju tertentu contoh 80km/j.
Solution???
Tukar tayar baru ler uolss sebelum tayar uolss burst.
Moral of the story, kalau tak nak tayar bengkak hati2 ler sikit bila jalan kat tempat berlubang... Iolss ni kess nak jadi sebab jer nak tukar tayar...wakakakaka...mentang2lah tayar tu tu dah almost a year... dan condition pun iolss dah observe memang perlu tukar... sekali hamik ko... raya kedua dia suh tukau...wakakakaka...Nasib baiklah ado kodai tayar yang bukak, kalau tak, tersandar jerlah Ash ngan Mummy beraya diam2 ek??? Ha ha ha...
Oh ya uolss... nak kata pandai sangat tak lah jugakk.... tapi selain dari tu, angin pun memainkan peranan yang penting dalam penjagaan tayar... Tayar tak boleh diisi dengan terlalu banyak angin sebab tayar ni akan berpusing kat atas jalan raya yang cuaca kat Malaysia ni al-maklumlah tak berapa nak winter kann??? Ha ha ha, memang tak pernah winter punnn.... Cuaca panas terik khatulistiwa giteww uolss... Tak payah nak isi over sangatlah sampai keras angin tayar tu... Whatt??? Tak reti isi angin tayar... No worries, sekarang ni kat petrol pump dah ada automatic pump...Tekan jer butang dah siap...done!!! ^_^...
*Makanya, pepagi tu jugak, tunggu kedai tayar bukak lepas tu, duduk bertenggek kat kedai tayar dengan Ash sementara tunggu tayar ditukar... Dah tukar tayar, settle-lah masalah... Ash pun excited jer tengok process tukar tyre tu...Ha ha ha...Kehairanan dan berfikir lettew... Apa orang ni buat dengan kereta Ash ni... eh kereta Mummy... *_^
Labels: automobile, automotive, bubbly, car, celebrations, experiences, expressions, festive, lifestyle, me, raya,thoughts
|
|
|
|
|
|
|
|
96.0 Panduan Kerosakan Kereta - D.I.Y[size=12.8800001144409px]
[size=13.5240001678467px]
Abnomaliti (A),
Kemungkinan Kerosakan (K)
Cadangan Penyelesaian (P):
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
A- Stereng kereta bergegar.
K- Tayar bengkak sebab dah nipis
- Angin dalam tayar tak seimbang dengan yang lain
- 'Alignment' tayar lari/ tidak dilakukan terutamanya setelah menukar tayar baru
P- Segera periksa tayar anda andai ada kebocoran, segera tampal tayar atau jika tayar sudah sangat teruk dan tidak selamat untuk terus digunakan lagi, tukar tayar baru. Hal ini penting untuk elak pancit di tengah jalan, meletup dsg. 'Alignment' tayar penting untuk kesesuaian tekanan pada kesemua tayar, juga untuk elak tayar cepat rosak.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
A- Bahagian bawah berdekatan tayar mengeluarkan bunyi ketika anda membelok ke kiri atau ke kanan, terutamanya belok lipat
K- Drive shaft longgar atau hampir tercabut
P- Segera ke bengkel kereta yang berdekatan untuk pemeriksaan. Kalau betul drive shaft yang bermasalah memang confirm kena tukar baru. Mahal! Tapi andai anda berdegil untuk tidak menukarnya, kereta anda bakal tidak boleh berjalan tiba-tiba (gear tak boleh masuk). Anda akan terpaksa menunggu lori/trak tunda datang menarik kereta anda dan seterusnya mengenakan cas bukan sahaja pada kos mengganti drive shaft baru, tetapi juga kos menunda (towing) yang beratus itu....
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
A- Penanda suhu enjin kereta menunjukkan H (normal biasanya tengah-tengah antara C-H)
K- Enjin panas kerana air/coolant tidak mencukupi untuk menyejukkan enjin
- Tangki air/coolant bocor
- Kipas enjin rosak
P- Setiap kali sebelum atau setelah memulakan perjalanan jauh, anda harus memastikan air dalam tangki air pada aras sepatutnya. Jika tangki didapati bocor (sama ada tambah air banyak kali tak penuh2 or nampak air mengalir laju membasahi permukaan bawah kereta, yang semestinya bukan dek air yang dituang tertumpah), maka segeralah ke bengkel untuk tampal tangki atau tukar yang baru.Jika setelah masalah ini selesai, namun suhu masih tinggi terutamanya setelah berjalan lama, mungkin disebabkan kipas enjin yang gagal berfungsi, maka haruslah segera menukarkannya, melainkan anda sanggup untuk memberhentikan perjalanan sementara setiapkali suhu didapati naik. Jika tidak awas kerana kereta anda bukan sahaja akan berasap, malah boleh terbakar atau meletup!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
A- Kereta tersedak (choking) sewaktu berjalan atau mati tiba-tiba apabila berhenti seketika (cth time kat traffic light or nak bayar tol) setelah lama berjalan
K- Spark plug rosak
- Contact point tak elok dah
P- Tak boleh nak buat apa, sah kena ke bengkel, tukar!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mai kita kongsi pengalaman. Satu ketika dulu saya ada sebuah kereta Honda Accord 1.6 plet DN 2202. Tiba-tiba aircond tak sejuk. Saya pun bawa ke beberapa kedai aircond (5 atau 6 kedai), semua kata punca dari compressor dan kos menukarnya RM500.00 hingga RM600.00. Pada suatu hari, dalam perjalanan balik kampung ke Kuala Kangsar, ikut jalan lama (belum ada highway), kerana terlalu panas, saya berhenti di sebuah kedai mekanik aircond di pekan Simpang. Saya minta seorang mekanik, umur belasan tahun check aircond. Dia kata, ini tak dak apa2, cuma wiring fault. Dia potong beberapa wayar dan ganti wayar baru, siap dan aircond sejuk balik, kena bayar RM10.00 sahaja. Itulah, kerana kita tiada ilmu tentang sesuatu, kita terpaksa menanggung kos, nasib baik, kita terselamat dari tipudaya orang. Saya bukan nak mengata, tapi kadang2 ungkapan orang "tak tipu bukan Cina" memang boleh dipakai, bukan semualah. Yang geramnya, ada juga mekanik Melayu yang terpengaruh dengan budaya tipu ni, halai haram dok sebelah!
Foto dengan anak, Siti Farah Najwa di Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar Mei 1989.
Baru-baru ini, getah luar dekat cermin di bahagian pintu pemandu kereta Kancil 660 saya bengkok dan tak melekat kerana dah lama dan perlu ditukar. Saya telefon pusat service Perodua, kos menukar se batang getah 1 kaki lebih panjang RM96.00 termasuk upah. Takajuit den, gotah cabok RM96.00? Saya tanya mereka, "getah tu buat dari emas ke?", mereka ketawa. Lalu saya pergi ke Jalan Sekerat, Sungai Petani. Di situ semua spare part kereta, baru dan secondhand, ori dan tak ori semua jenis kereta ada. Saya tanya India tu, getah cermin Kancil original adakah? Ada, katanya, saya tanya berapa harga? RM20.00 sahaja original. Upah pasang RM10.00. Settled. Kadang-kadang kita kena rajin sikit survey sebelum membuat sesuatu keputusan yang menguntungkan.
Satu lagi nasihat saya, jika anda hendak membeli kereta secondhand, eloklah dibuat pemeriksaan di PUSPAKOM yang berdekatan, keluarkan sedikit duit asalkan puashati. Zaman sekarang banyak penipu dan tak dinafikan terdapat juga kakitangan Kerajaan yang rasuah, akhirnya kita juga yang menjadi mangsa! Pernah terjadi kereta Mercedes Benz 230E milik majikan saya, dibawa ke PUSPAKOM dan gagal kerana kereta potong i.e. kereta yang dah accident terok, dipotong bahagian2 tertentu dan disambung dengan yang baru dari kereta lain. Satu lagi penipuan yang perlu diawasi ialah nombor casis yang diusik atau ditindih, tidak sama dengan nombor dalam kad pendaftaran kereta. Kadang-kadang, nombor casis okay, nombor enjin pula diusik, dipasang enjin secondhand yang dibeli daripada kedai keling botoi! Kalau PUSPAKOM keluarkan keputusan GAGAL, maksudnya kita tak boleh buat apa-apa, nak renew roadtax atau nak jual / pindahmilik semua tak boleh. Kalau ada masalah berkaitan sila hubungi Pegawai Perhubungan PUSPAKOM, tel: 1800 88 6927, atau no. fax: 03-2052 7436 atau email: [email protected]
No. casis - WDB2010242 ...... satu pada plet yang dilekatkan pada bahagian hadapan (enjin) dan satu lagi dicetak terus pada casis atau rangka kereta.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pemeriksaan Asas Bagi Tayar
Tahap kesihatan tayar merupakan aspek yang penting bagi memastikan keselamatan pengguna. Tayar yang sihat boleh menyelamatkan anda daripada terlibat dalam kemalangan. Pemeriksaan tayar hanya memerlukan beberapa saat saja. Pertama sekali mari kita lihat spesifikasi tayar yang terdapat pada tayar itu sendiri. Admin pasti sudah ramai yang tahu tentang spesifikasi yang diletakkan pada tayar ini. ini perkara yang paling asas dalam membuat keputusan semasa membeli tayar. Gambar di bawah ini pula info tambahan di mana tarikh pengeluaran tayar juga dicop pada permukaan tepi tayar. Gambar di bawah menunjukkan tayar ini dibuat pada minggu ke-25 pada tahun 2011. Diingatkan ketika membeli tayar, pastikan anda mencari tayar yang tidak lebih daripada 4 bulan daripada tarikh pengeluaran. Ini untuk memastikan anda mendapat tayar yang agak baru dan cukup lama untuk proses pematangan getah. Getah yang terlalu lama boleh menyebabkan tayar menjadi keras dan mudah retak. Di samping itu, getah tayar yang keras juga berpotensi untuk menghilangkan tahap cengkaman sesebuah tayar itu. Oleh yang demikian, admin tidak menyarankan pengguna menggunakan tayar yang sama melebihi 4 tahun walaupun bunga masih tebal. Tayar yang terlalu lama juga lebih mudah menggelembung jika terlanggar lubang. Lebih teruk lagi jika sampai tahap tayar pecah di mana pemandu boleh hilang kawalan dan terlibat dalam kemalangan. Gambar di bawah ini merupakan contoh gambar tayar yang bengkak setelah terlanggar lubang ketika memandu. Jika perkara ini berlaku, sila tukar tayar anda dengan kadar segera untuk mengelakkan bahaya kepada anda. Cara yang mudah untuk cek tahap ketebalan bunga tayar anda adalah seperti di bawah. Admin dapat perhatikan, masih ramai lagi yang menggunakan duit syiling untuk cek tahap ketebalan tayar mereka. Namun hakikatnya, kita tidak tahu sejauh mana kebenaran tersebut jika menggunakan syiling. Pengeluar tayar sebenarnya telah memberikan satu takuk dalam ruang antara dua bunga tayar bagi memudahkan pengguna untuk meriksa tahap ketebalan tayar. Takuk tersebut adalah seperti gambar di bawah. Jika bunga anda sudah pada paras yang sama dengan takuk tersebut, maknanya sudah sampai masa untuk anda tukar tayar kerana tayar sudah jatuh tahap botak habis. Nantikan pada minggu akan datang jika berkesempatan admin akan berkongsi jenis-jenis tayar dan tahap kesesuaian kepada jenis penggunaannya. Admin tahu pada entri kali ini agak ringkas. Jadi jika anda mempunyai soalan tentang tayar, jangan malu untuk komen di bawah. Jika berpeluang, admin akan cuba untuk berkongsi maklumat lebih lanjut dengan anda semua.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tekanan Angin Tayar Mengikut Kesesuaian PemanduanBy minimonsh on October 7, 2014
Kembali kita sekali lagi dalam perbincangan mengenai tayar. Atas permintaan sesetengah pihak, kali ini admin akan berkongsi satu entri tentang tekanan angin yang wajar digunakan berkesusaian dengan cara pemanduan. Kalau kita tanya orang, kebanyakannya akan memberi tanggapan yang berbeza tentang perkara ini. Sebenarnya tidak ada istilah salah atau benar dalam penggunaan tekanan angin tayar kerana ianya lebih ke arah keselesaan setiap pemandu. Walau bagaimanapun, ada keadaan di mana mungkin tekanan yang dikenakan terlalu rendah atau terlalu tinggi hingga menyebabkan tayar itu haus secara tidak sekata. Jika kita tengok gambar di atas, secara jelasnya menunjukkan efek jika tayar kekurangan angin atau terlebih angin. Jika terlebih angin, tekanan yang tinggi akan menyebabkan tayar lebih haus pada bahagian tengah. Manakala jika kekurangan angin, tayar akan lebih haus pada sisinya. Jadi yang menjadi persoalan ialah tekanan yang paling optima untuk penggunaan kereta anda mengikut kesesuaian pemanduan. Sejauh pengetahuan admin, tekanan angin yang sesuai sebenarnya mengikut jenis tayar itu sendiri. Untuk spesifikasi teknikalnya, kita perlu rujuk laman web rasmi tayar untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Walau bagaimanapun, secara kasarnya tekanan angin yang sesuai dalam lingkungan 30-36 PSI. Jika tekanan angin yang lebih rendah digunakan, tayar akan mendapat cengkaman yang lebih ke atas permukaan jalan raya tetapi anda akan merasakan yang pengemudian kenderaan anda lebih berat dan sukar. Di samping itu, ianya juga akan menyebabkan kurang penjimatan minyak kerana geseran antara tayar dan permukaan jalan raya lebih banyak. Jika tekanan angin yang lebih tinggi digunakan, tayar menjadi kurang cengkaman ke atas permukaan jalan raya tetapi anda akan merasakan yang pengemudiaan kenderaan anda lebih mudah. Ianya juga akan menyebabkan penjimatan minyak yang lebih baik kerana kurang geseran antara tayar dan permukaan jalan raya. Dalam penggunaan harian, biasanya nilai tekanan yang sesuai ialah dalam lingkungan 32-34 PSI. Hal ini selaras dengan cadangan tekanan angin tayar yang dikeluarkan oleh pengeluar tayar di mana tayar tersebut akan beroperasi pada tahap optima. Berlainan pula dengan tujuan berlumba, biasanya akan menggunakan tekanan yang lebih rendah dalam lingkungan 27-29 PSI. Dalam perlumbaan akan melibatkan pecutan tiba-tiba, penggunaan brek yang banyak; dan membelok dengan laju. Hal ini akan menyebabkan tayar menjadi cepat panas. Haba yang ada pada tayar akan dipindahkan ke angin dalam tayar. Teori fizik mengatakan zarah udara akan berkembang jika ianya menjadi panas. Selalunya selepas beberapa pusingan di atas litar, tekanan tayar akan diukur semula dan pasti akan meningkat menjadi dalam lingkungan 32-36 PSI. Jadi tayar tersebut juga akan beroperasi pada tahap optima. Untuk tujuan 4×4 Off Road pula, tekanan yang jauh lebih rendah digunakan iaitu dalam lingkungan 22-28 PSI. Hal ini demi membenarkan tayar menjadi fleksibel untuk bermain di atas permukaan yang tidak sekata. Tujuan utama tekanan angin dikurangkan adalah bagi mendapatkan cengkaman yang lebih pada permukaan tidak sekata. Pengalaman admin juga dapat rasakan memang pengemudian kenderaan 4×4 dalam hutan sangat sukar kerana tekanan terlalu rendah. Tetapi yang terbaiknya, memang kebanyakan halangan boleh lepas tanpa masalah. Kali ini admin berkongsi ilmu yang kurang teknikal untuk memudahkan pemahaman para pembaca. Namun begitu, admin sarankan para pembaca untuk bertanya atau berkongsi info dengan semua bagi menambah ilmu yang ada. Admin juga menyarankan agar pembaca memberi cadangan untuk entri seterusnya yang anda ingin tahu. Jika diberi peluang, admin akan berkongsi dengan anda semua.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jenis Tayar Mengikut Kesesuaian PemanduanBy minimonsh on September 30, 2014
Hari ini admin akan berkongsi satu entri berkaitan jenis tayar yang berkesesuaian mengikut cara pemanduan. Sebenarnya banyak faktor yang perlu diambil kira bagi memenuhi citarasa pemanduan seseorang individu. Apa-apa pun, admin akan cuba berkongsi sejauh mana yang boleh pada hari ini tentang jenis-jenis tayar dan kaitan dengan cara pemanduan. Jenis Bunga Tayar Pertama sekali admin ingin menceritakan serba sedikit tentang bunga tayar ini. Mungkin ramai yang tahu secara kasarnya kenapa bunga-bunga tayar ini berbeza. Tapi admin akan ceritakan lebih terperinci tentang sifat-sifat bunga tayar ini. - Bi-Directional – Tayar jenis ini boleh diubah arahnya kerana bunganya sama jika diterbalikkan. Tayar jenis ini direka bentuk begitu untuk memastikan bunyi yang dihasilkan oleh geseran atas jalan raya akan bertindak balas dari kiri dan kanan dan menyebabkan bunyian itu dibatalkan. Hal ini menyebabkan tayar itu tidak bising jika berjalan di atas jalan raya. Selain itu, kalau anda lihat, alur atau longkangnya lebih luas berbanding tayar lain. Longkang ini berfungsi untuk membuang air ketika hujan. Kebiasaannya, tayar jenis ini menggunakan Hard Rubber Compound jadi ianya bertahan lebih lama. Kompaun yang keras juga membantu agar kereta tidak terhuyung-hayang walaupun tayar ini datangnya dengan sidewall yang tebal (profil tayar tinggi). Tayar ini juga biasanya tidak lebar.
- Uni-Directional – Tayar jenis ini mempunyai satu arah putaran. Jadi tidak boleh suka-suka diterbalikkan. Tayar jenis ini lebih bersifat agresif. Sentuhan permukaan bunga tayar ini lebih banyak berbanding tayar bi-directional. Jadi, bunyi yang dihasilkan lebih kuat dan mungkin dapat didengar dari dalam kabin kereta. Alur atau longkangnya juga lebih nipis berbanding bi-directional. Tayar jenis ini kebiasaannya menggunakan Hard Rubber Compound yang membantu untuk mendapat lebih cengkaman atas jalan raya. Kebiasaannya tayar jenis ini datang dengan sidewall yang tidak terlalu tebal (profil tayar sederhana) untuk mencapai kelajuan yang lebih tinggi. Tayar ini juga juga biasanya separa lebar.
- Semi-Slick – Tayar jenis ini mempunyai satu arah putaran dan bersifat sangat agresif. Biasanya digunakan dalam perlumbaan. Sentuhan permukaan bunga tayar ini hampir sepenuhnya berbanding tayar lain. Bunyi yang dihasilkan memang kuat dan pasti akan didengari dari dalam kabin kereta. Alur atau longkangnya sangat nipis dan bukan bertujuan untuk membuang air. Kadangkala tayar jenis ini langsung tiada longkang untuk membuang air. Tayar jenis ini menggunakan Soft Rubber Compound yang memberi cengkaman penuh atas jalan raya. Sidewall tayar jenis ini biasanya amat nipis bagi membantu mengurangkang kereta terhuyung-hayang ketika dipandu. Tayar jenis ini biasanya lebar.
Soft Compound vs Hard Compound - Soft Rubber Compound – Getah jenis lembut ini bersifat aktif. Jadi ketika tayar sedang berpusing, cengkamannya lebih nyata dan memberikan kelebihan kepada pengguna dari segi kelajuan dan membelok. Kompaun jenis ini biasanya datang dengan sidewall yang lebih nipis bagi mengelakkan tayar bergerak terlalu banyak ketika membelok. Hal ini boleh menyebabkan kereta terasa membuang dan terhuyung-hayang ketika kenderaan bergerak laju. Walau bagaimanapun, teori fizik mengatakan yang lebih banyak geseran, maka lebih tinggi tenaga yang diperlukan untuk menggerakkannya.
- Hard Rubber Compound – Getah jenis keras ini bersifat pasif. Jadi ketika tayar sedang berpusing, cengkamannya kurang jika dibandingkan dengan getah jenis lembut. Kompaun jenis ini biasanya mempunyai sidewall yang lebih tebal. Walaupun sidewall lebih tebal, ianya tidak terlalu huyung-hayang berbanding jenis lembut kerana getahnya yang pasif kurang bergerak dalam keadaan laju. Geseran yang kurang juga memerlukan kurang tenaga untuk menggerakkan tayar tersebut.
Treadwear Tayar Cara paling mudah untuk mengenali jenis kompaun tayar adalah dengan melihat treadwear pada tayar tersebut. Tayar yang menggunakan kompaun lembut mempunyai treadwear yang rendah manakala tayar yang menggunakan kompaun keras mempunyai treadwear yang tinggi. Treadwear tayar boleh menjadi serendah 140 manakala yang tinggi pula boleh mencapai nilai 400. Lebih tinggi treadwear, lebih lama tayar itu tahan. Jadi tidak perlu selalu tukar tayar kerana kehabisan bunga. Tetapi perlu diingatkan juga bahawa treadwear ini berkait rapat dengan ketebalan bunga tayar tersebut juga. Jadi tidaklah terlalu tepat jika kita lihat pada hal ini sahaja untuk menilai jenis kompaun tayar. Gred Cengkaman (Traction Grade) Gred cengkaman juga boleh dikatakan faktor utama dalam pemilihan tayar. Gred tertinggi yang ada di market sekarang ialah “AA” dan dikuti dengan “A”,”B” dan “C”. Lebih tinggi grednya, lebih bagus cengkaman tayar ke atas permukaan jalanraya. Gred Suhu (Temperature Grade) Gred suhu pula diskala mengiktu suhu operasi sesebuah tayar. Gred tertinggi ialah “A” dan diikuti dengan “B” dan “C”. Lebih tinggi grednya, lebih rendah suhu beroperasi. Adalah disarankan kepada pengguna untuk memilih gred yang lebih tinggi untuk kesesuaian suhu jalanraya kita di Malaysia ini yang panas. Hal ini agar tayar tidak mudah cair dan berubah bentuk bunganya dalam keadaan kelajuan tinggi yang boleh mengubah status cengkaman tayar tersebut kita sedang bergerak. Indeks Beban & Indeks Kelajuan Seperti yang kita semua tahu, Load Index dan Speed Index merupakan salah satu perkara penting dalam pemilihan tayar yang berkeseusuaian. Kita semua disarankan memilih tayar yang sesuai mengikut cara pemanduan. Walau bagaimanapun, secara kasarnya kita dapat membezakan jenis kompaun getah yang digunakan bagi tayar tersebut mengikut dua aspek ini.
Tahap Ekonomikal Tayar Secara kasarnya, seperti yang dibincangkan, tayar jenis bi-directional yang paling ekonomikal. Antara sebab utamanya ialah menggunakan hard rubber compound, tayar yang tidak tebal dan bunga yang tidak kasar. Jadi, cengkaman yang kurang menyebabkan tayar ini tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk bergerak. Hal ini dapat meningkatkan penjimatan minyak secara tidak langsung. Tayar jenis ini biasanya tahan lama kerana mempunyai nilai treadwear yang tinggi. Tidak dilupakan juga harganya yang sangat murah. Tayar jenis uni-directional kebiasaannya menjadi pilihan ramai pengguna. Hal ini kerana ianya bersifat lebih agresif, tidak terlalu bising dan penggunaan minyak yang sederhana. Tayar jenis ini juga biasanya tahan lama kerana nilai treadwear yang tinggi. Harganya juga tidak terlalu jauh beza dengan tayar jenis bi-directional. Tayar jenis semi-slick pula tayar yang paling tidak ekonomikal. Sentuhan permukaannya yang paling meluas menyebabkan tayar ini memerlukan tenaga yang paling banyak untuk digerakkan. Tidak dilupakan juga yang tayar ini biasanya sangat lebar untuk mendapat cengkaman lebih. Nilai treadwear juga sangat rendah jika dibandingkan dengan tayar lain. Tayar ini kebiasaannya digunakan dalam litar perlumbaan untuk mendapatkan kelajuan yang tinggi baik jalan lurus mahupun dalam keadaan membelok. Perlu diingatkan bahawa tayar jenis ini sangat mahal berbanding tayar-tayar lain. Info Tambahan Setelah apa yang dibincangkan, sebenarnya kesesuaian tayar dengan cara penggunaan kenderaan amatlah bergantung kepada citarasa pengguna itu sendiri. Jika digabungkan dengan teknologi yang sedia ada, banyak lagi faktor yang perlu diambil kira. Perlu diingatkan yang tayar kini mempunyai jaringan keluli di dalamnya bagi membantu menguatkan lagi getah itu. Jadi hal ini juga membantu agar tayar tidak senang bergerak ketika beroperasi walaupun menggunakan tayar jenis kompaun lembut. Admin faham jika entri kali ini lebih teknikal tentang tayar. Jadi admin sarankan pembaca sampaikan persoalan-persoalan di minda jika ingin tahu lebih lanjut tentang info tayar ini. Sedikit sebanyak jika boleh, admin akan membantu anda dalam pemilihan tayar yang sesuai.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tayar bengkak bukan sebab tarikh luput....tayar barupun boleh bengkak juga
tayar bengkak sebab langgar sesuatu yg keras dgn kuat, contohnya batu, tepi longkang....
aku pernah pakai tayar yg dah 6 tahun dari tarikh manifact date...ok je takde bengkak...
in fact aku pernah pegi visit kilang tayar Conti, Michelin & Dunlop... aku sendiri yg tanya berapa jangkahayat tayar yg sebenarnya...... MD dia ckp boleh smpai 10 tahun...kalau jaga betul2.....
yg org kata 3 tahun dah kena tukar tu sumer marketing strategi saja....
apa2pun tengok keadaan tayar jugala.... |
|
|
|
|
|
|
|
tapi kalau tayar made in china memang worst....belum smpai setahun pun boleh merekah... |
|
|
|
|
|
|
|
yg aku Rate tu ok...
yg takde rate tu info kurang tepat.... |
|
|
|
|
|
|
|
tapi kalau tayar made in china memang worst....belum smpai setahun pun boleh merekah.
BUATAN INDON PUN...CEPAT BENGKAK..MAAF.. |
|
|
|
|
|
|
|
indon tengok brand...kalau brand pelik2 tak pernah dengar tu betul...cepat rosak..
tapi kalau brand Falken,Michelin,Conti...ok sama kualiti dgn Thailand
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak tukar tayar (2 biji) biasanya berapa kos ya? Saiz tayar tak sure lah, tapi size standard kot (proton iswara).
Brand Toyo ok tak? Hari tu kedai tayar recommend brand tu.
Apa lagi yang perlu tahu pasal nak tukar tayar ni? -Beginner to the max- |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tak silap aku tayar standard iswara 195/55/14
kalau brand toyo harga sebiji dlm 100 ke 130 sebiji..
kalau size standardni, patern tak banyak pilihan semua bunga standard..ko pakai je lah apa2pun....
kalau rim 16 keatas tu ye...kena pilih patern mana yg sesuai
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak cari tayar? Cuba website saya http://mytayar.com
Ada > 50 kedai yang feed harga kat website. Harga dipaparkan secara jelas. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.
Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.
Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai. |
|
|
|
|
|
|
| |
|