CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6899|Reply: 40

10 Sebab Menderma Darah

[Copy link]
Post time 25-6-2015 04:27 PM | Show all posts |Read mode
01. Anda boleh menyelamatkan nyawa

Setiap kali menderma darah, anda dapat menyelematkan sekurang-kurangnya satu nyawa. Selain itu, ia juga membantu melancarkan pergerakan darah penderma sekaligus memberi faedah kepada kedua - dua penderma dan penerima.




02. Lebih mengetahui darah anda

Selain dapat mengetahui kumpulan darah, darah penderma juga akan diuji di makmal sebelum diberikan kepada pesakit. Ini membolehkan anda dapat mengetahui sekiranya terdapat jangkitan atau masalah lain pada peringkat awal.

03. Mengurangkan risiko penyakit jantung

Kajian mendapati kandungan besi dalam darah pada tahap optimum dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Pendermaan darah dapat mengurangkan sedikit besi dalam darah kita. Selain itu, pendermaan darah juga membantu badan mengawal tahap kolesterol.

04. Penyakit kronik

Talasemia merupakan sejenis penyakit genetik. Masalah ini disebabkan kekurangan hemoglobin dalam darah pesakit. Satu - satunya cara mengatasi masalah ini adalah memindahkan darah kedalam badan pesakit secara konsinten. Selain itu, pesakit kanser darah juga memerlukan darah dalam tempoh tertentu. Bayangkanlah jika tiada sesiapa yang ingin menderma darah, apa akan terjadi kepada mereka?

05. Darah tidak disimpan selamanya dalam badan

Setiap darah yang diderma hanya boleh disimpan dalam tempoh empat bulan sahaja. Oleh itu, pendermaan darah secara konsisten dapat memastikan bank darah hospital akan sentiasa mempunyai bekalan darah yang mencukupi.

06. Mudah dan selamat

Tidak ada yang perlu ditakuti. Semua tugas pendermaan dilakukan secara profesional. Anda tidak akan merasa sedikit pun kesakitan. Setiap jarum dan perkakasan lain yang digunakan hanya digunakan sekali sahaja.

07. Meneruskan kehidupan normal

Kandungan besi dalam darah membawa oksigen dan hormon - hormon lain ke seluruh badan. Ini sangat - sangat membatu pesakit agar mereka dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.

08. Mengurangkan risiko strok otak

Berdasarkan kajian sekumpulan pakar perubatan, menderma darah dapat mengurangkan risiko penyakit strok otak dari 35 - 85%!

09. Kepuasan

Menderma darah adalah seperti melakukan kerja khidmat komuniti yang lain. Perasaan gembira hadir secara tidak langsung selepas kita menolong orang lain.

10. Menjadi lebih produktif dan berkesan

Selepas menderma, darah anda akan diganti dalam masa 48 - 72 jam. Walaupun sel darah merah hanya dapat diganti sepenuhnya dalam masa 6-8 minggu, namun kesemua proses itu menjadikan badan lebih sihat, kuat, efektik dan segar. Oleh itu, menderma darah bukan sahaja menyelamatkan darah seseorang, tetapi juga memberi faedah kepada penderma dari aspek kesihatan.
http://blogsanasini.blogspot.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2015 04:34 PM | Show all posts
dulu2 aku rajin gak derma darah.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2015 05:31 PM | Show all posts
cmf_Kimmy replied at 25-6-2015 04:34 PM
dulu2 aku rajin gak derma darah.....

lepas ni bolehlah kembalikan hobi lama
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 05:43 PM | Show all posts
Dah 11 kali aku derma... tapi lately ni tekanan darah naik so doktor biasanya tak bagi derma...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 07:13 PM | Show all posts
Nusantara77 replied at 25-6-2015 05:31 PM
lepas ni bolehlah kembalikan hobi lama

dah ada mcm2 penyakit dah tak boleh lagi dah....
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 09:41 PM | Show all posts
Penderma darah dapat kemudahan ditempatkan di wad kelas 2 di hospital kerajaan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2015 10:33 PM | Show all posts
derma lah darah dengan niat untuk membantu.
kesian kita tgk budak budak leukaemia, muruam pucat dan moyok je.. semua kiut kiut.
darah u boleh menyelamatkan nyawa mereka.
juga wanita yg pendarahan.. perlukan darah serta merta..
juga orang yg kena cancer etc etc..dan dalam almost semua pembedahan major
.. buat lah..
you will be a hero to someone

(I dkena banned sebab I tinggal di England in certain time interval)
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 10:46 PM | Show all posts
cmf_Kimmy replied at 25-6-2015 04:34 PM
dulu2 aku rajin gak derma darah.....

sambung la balik
ia boleh selamatkan nyawa seseorang.

depa amik darah merah dan bagi pada org yg perlu
dari plasma tu depa ambik Clotting Factors eg factor VIII, IX etc dan bleh bagi untuk org yg perlu eg haemophilia A ke B ke etc
dari plasma depa boleh amik immunoglobulins bg budak budak yg takde immune system
depa boleh albumin dari darah you, kumpul dgn yg org lain jugak.. dapat la satu bag albumin utk depa yg parah
depa kumpul platelets sikit sikit dari berpuluh org, dapat la satu bag dan ini boleh diguna utk stop bleeding

memang sesapa yg bagi blood are considered heroes di mata doctors dan nurses.. pesakit lagi la thankful
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2015 11:03 PM | Show all posts
ya, tidak dinafikan bahawa derma darah boleh buat kita rasa bahagia
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 09:38 AM | Show all posts
Artemesiaa replied at 25-6-2015 09:41 PM
Penderma darah dapat kemudahan ditempatkan di wad kelas 2 di hospital kerajaan

ikut berapa kali kita derma...  start dari outpatient membawa ke ward kelas kedua sampai la ke kelas pertama...  kalo lebih 5 kali, percuma ward satu dan bila dah guna 10 tahun tu, tros continue kelas kedua seumur hidup...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 09:42 AM | Show all posts
Edited by eyansss at 26-6-2015 01:48 PM
ipes2 replied at 25-6-2015 10:46 PM
sambung la balik
ia boleh selamatkan nyawa seseorang.

aku dah 5 tahun tak menderma...  selalu la bagi alasan tak sempat padahal bank darah bukak je hari sabtu...  bila ko cakap camni, tros rasa bersalah...  mesti akak2 nurse kat situ tertanya2 mana aku hilang...  sebab dulu every 3 months mesti muka aku tertepek kat sana...


Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 10:11 AM | Show all posts
betul ke kalo derma darah badan akan naik... tak tau fakta or auta
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 10:13 AM | Show all posts
eyansss replied at 26-6-2015 09:42 AM
aku dah 5 tahun tak menderma...  selalu la bagi alasan tak sempat padahal bank negara bukak je har ...

yg penting ikhlas

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 10:22 AM | Show all posts

dulu aku rasa aku lebih pada malas nak kesana...  asek dengan duniawi jek...  asal sabtu ahad jek nak berlililala...  padahal boleh je kesana jap pastu continue ngan berlililala...  pastu bila asek skip jek, tros tinggal cenggitu jek...  bila ada thread ni, pastu baca post ko, tersentak sket hati ni...  bagus gak reminder ko ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 11:52 AM | Show all posts
Seminggu sebelum puasa start aku ada derma darah untuk kali ke-17 kalau tak silap..
Seronok derma darah ni. Macam satu terapi badan.
Ini Sha Allah aku akan menderma selagi mampu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 12:01 PM | Show all posts
eyansss replied at 26-6-2015 09:42 AM
aku dah 5 tahun tak menderma...  selalu la bagi alasan tak sempat padahal bank negara bukak je har ...

bank negara ke bank darah..??  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2015 12:13 PM | Show all posts
Edited by eyansss at 26-6-2015 01:47 PM
minahmanja replied at 26-6-2015 12:01 PM
bank negara ke bank darah..??

hukalohhhhhh...  budus punya typo...  hahahaha...  bank darah minah...  hahahah...  aku berangan sambil menaip la ni...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 12:18 PM | Show all posts
hahhahaa... dh agak dah.. saje je nk tnye jugak kat ko... hahhaha.. jgn marah naa..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 01:49 PM | Show all posts
minahmanja replied at 26-6-2015 12:18 PM
hahhahaa... dh agak dah.. saje je nk tnye jugak kat ko... hahhaha.. jgn marah naa..

tak marah...  lagi suka sebab ko highlight salah aku...  kang kalo tak betulkan, ramai lagi yang akan kompius...  hahahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 02:29 PM | Show all posts
saya setiap kali derma bukak buku baru..buku kemana tah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.075027 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list