View: 3307|Reply: 7
|
Bayi sudah pandai panjat tembok
[Copy link]
|
|
Edited by mattzzx at 2-7-2015 01:46 PM
ARIZONA, Amerika Syarikat – Seorang bayi di sini mula meminati aktiviti lasak memanjat tembok sejak berumur lapan bulan iaitu dua bulan sebelum dia mampu berjalan.
Bayi tersebut, Ellie Farmer yang berumur 20 bulan merupakan anak kepada pasangan pendaki berbakat, Rachael dan Zak Farmer telah didedahkan dengan aktiviti itu semasa dalam kandungan lagi apabila ibunya tetap memanjat tembok walaupun ketika hamil.
![](http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2015/0701/Kosmo/Dunia/du_02.1.jpg)
ELLIE mula memanjat tembok sejak berusia lapan bulan.
![](http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2015/0701/Kosmo/Dunia/du_02.2.jpg)
ELLIE digelar bayi luar biasa sejak sebelum dilahirkan kerana ibunya, Rachael (gambar) tetap mendaki ketika hamil.
Ellie kini digelar bayi berbakat luar biasa apabila rakaman video dia memanjat batu telah ditonton lebih satu juta kali.
![](http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2015/0701/Kosmo/Dunia/du_02.3.jpg)
PENGALAMAN pertama Ellie mendaki bersama ibunya di sebuah gimnasium di bandar Flagstaff, Arizona.
"Dia adalah sebahagian daripada komuniti pendaki sejak dilahirkan. Ketika dia mula membuka mata, dia berada di gim dan melihat pendaki," ujar bapa bayi itu, Zak kepada CNN.
Oleh kerana Ellie terlalu kecil untuk memakai abah-abah keselamatan, dia mendaki tanpa menggunakan tali untuk pendakian rendah.
Menurut ibu bapanya, kaki Ellie juga dilindungi kasut kulit lembut bertumit dan tidak pernah memanjat tembok yang lebih tinggi daripada 2.1 meter. - AGENSI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
wahhhh...shomel nyaa.... lasak juga ya |
|
|
|
|
|
|
|
hebat nya...![](static/image/smiley/default/3laugh.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
bagi kesan ek apa yg dibuat masa mengandung.. mmg train sgghlah mat salleh nih |
|
|
|
|
|
|
|
comelnya muka dia masa baby....... |
|
|
|
|
|
|
|
maknya pun kot ye nk memanjat perut tu jgn biar terbuka gitu
takut je tergores kt batu2 tu
iols mula la nk imejin yg bukan2
sprt darah memancut2 kuar
adehhhh |
|
|
|
|
|
|
|
dah selamat lahir dah pon. budak tu dah memanjat dah |
|
|
|
|
|
|
| |
|