CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8322|Reply: 25

Kenapa Piring Astro Menghadap Kiblat?

[Copy link]
Post time 11-7-2015 09:52 PM | Show all posts |Read mode
Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?


KENAPA     BEGITU?




Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.

Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.

"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.

Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya

Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini..

sumber : facebook/muntah pelangiblogsport

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2015 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Aah betul la
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2015 01:18 AM | Show all posts
Yg kompas tu betul ke.penah try?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2015 01:47 AM | Show all posts
piring astro bukan menghadap kiblat. menghadap measat.
jadah apa medan 2-2 sama kuat.
jangan libatkan agama dgn benda gini.
bila orang bukan islam tengok, yang ada ilmu, akan kata islam agama menipu
buat bukti untuk jauhkan orang dari mempelajari pasal islam.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2015 02:50 AM | Show all posts
Sape la yg buat cerita karut ni...lagi teruk pegi share...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2015 03:31 AM | Show all posts
Kalau kat Malaysia ni piring astro memang menghadap ke arah matahari jatuh tapi kalau perhati betul2 bukanlah betul2 menghadap kiblat. Cuma kebetulan arahnya hampir sama. Biasanya technician yg pasang piring Astro tu akan tanya mana arah kiblat just untuk nak halakan piring tu je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2015 07:45 AM | Show all posts
tapi di kawasan aku memang piring tu ngadap kiblat. Dulu pernah aku alihkan piring tu nak pasang tempat lain...dan bila aku pasang memang ia menghala ke arah kiblat. Mungkin secara kebetulan kearah satellite yang berpusat disitu kot.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2015 11:28 AM | Show all posts
Adoi la.....umat Islam ku zaman ini...piring satelit Astro menghadap satelit Measat kat 91.5 darjah Timur, kira2 atas lautan hindi. maaf kalau aku katakan 100% apa yang TT tepek merepek dan takde kaitan dengan agama..lagi kasi malu Islam ada la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2015 01:08 PM | Show all posts
Edited by spiderman80 at 12-7-2015 01:11 PM

Wa sebagai kapir kadang-kala rasa sesetengah orang desperate betul suka kaitkan semua benda dengan agama Islam. Retis antarabangsa dan orang kenamaan suka digossipkan korang dah memeluk Islam walaupun tak benar. Semua benda harian pun akan cuba dikaitkan dengan ajaran Islam untuk menunjukkan kebenaran agama Islam,contohnya piring Astro ini.
Come on, sekarang dah zaman internet, semua orang dah reti check maklumat di alam maya. Ramai orang sekarang berpendidikan tinggi, tak mudah tertipu.
Wa fikir selagi benda seperti ini berlaku, bukan saja orang kafir merasa meluak terhadap agama Islam, malah orang Muslim sendiri pun berasa malu dengan ini.

Islam is a beautiful religion, biarlah manusia sendiri yang mencari kebenarannya, jangan kita diberi fakta-fakta syok sendiri oleh puak yang desperado ini.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2015 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Karut la.. Motif piring astro byk tayang cite maksiat ngadap kiblat?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2015 03:22 PM | Show all posts
piring asterok tak ngadap kiblat ler. dia ngadap satelit measat, measat-3.

kebetulan je arah yang sama. tapi sebenarnya piring tu bukan tepat2 mengadap kaabah.

technician asterok mmg tanya arah kiblat masa nak pasang piring tu tapi tu hanya untuk dia dapatkan arah asas sebelum dia gerudi dinding rumah dan skru sana sini.   

kalau rajin layan youtube UAI akan perasan yang UIA pun kata jangan ikut piring asterok untuk tengok arah kiblat.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2015 03:34 PM | Show all posts
Betul ke aliran oksigen dalam darah kita lebih baik bila kita berada di Mekah?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2015 05:48 PM | Show all posts
jgn la ada malaun yg share dlm wasap nnt
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2015 06:40 PM | Show all posts
ohhh abg hampir hampir terpedaya dan terpercaya okeeee
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2015 06:41 PM | Show all posts
imransulaiman replied at 12-7-2015 03:34 PM
Betul ke aliran oksigen dalam darah kita lebih baik bila kita berada di Mekah?

jangan dibantah... xsayang mekah ke?

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2015 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 12-7-2015 06:41 PM
jangan dibantah... xsayang mekah ke?

Tak membantah...hihihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2015 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Nokiaman replied at 15-7-2015 06:00 PM
Ni saintis mana plak yg bilang?



Itu sebab saya bertanya betul ke tak.. Sebab dalam artikel tu ada tulis... Mana tau saintis tu baru balik dari umroh
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2015 08:37 AM | Show all posts
dekat area rumah lama, kiblat dgn piring astro x sama arah pon...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2015 03:03 AM | Show all posts
aku tak mau komen apa.
just. Nusantara77 @ TT---- Say something
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2015 09:32 PM | Show all posts
aku tak berani tolak teori bodoh ni sebab nanti orang kampung aku kata aku kaperrr
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.072471 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list