View: 3274|Reply: 0
|
[Edisi Kejuruteraan]
IBM Hasilkan Cip Komputer Berkuasa Tinggi di Dunia
[Copy link]
|
|
Menurut laporan New York Times, IBM telah berjaya menghasilkan cip komputer paling berkuasa tinggi di dunia mengatasi cip-cip komputer sebelumnya. Di anggarkan cip terbaru ini memiliki kepantasan empat kali ganda berbanding komputer yang sedia ada pada masa kini. Teknologi terbaru ini dijangka akan merancakkan lagi industri komputer dan gajet dalam masa terdekat.
Cip komputer merupakan gabungan ribuan komponen transistor dalam satu pakej, dan transistor terbaru yang dihasilkan IBM bersaiz 7 nanometer (1 perbilion meter). Ia dihasilkan menggunakan gabungan silikon-germanium berbanding cip sebelum ini yang hanya menggunakan silikon. Untuk rekod, transistor yang sedia ada dalam pasaran kini bersaiz 14 nanometer, dan beberapa syarikat lain sedang dalam peringkat R&D menghasilkan transistor 10 nanometer.
Pengecilan saiz cip komputer bermaksud, saiz transistor dikecilkan (sehingga peringkat nanometer) dan boleh dimuat-padat dengan jumlah yang lebih banyak ke dalam satu pakej dan dikenali sebagai cip. Dengan pengecilan saiz ini, bermakna ia akan meningkatkan keupayaan gajet elektronik dan komputer. Menurut IBM, walaupun telah berjaya menghasilkan transistor terkecil ini, ia masih lagi di peringkat awal dan hanya berjaya dihasilkan di makmal. Ia masih jauh lagi untuk menemui pengguna.
Sejak sekian lama, perkembangan industri mikroelektronik dan transistor mematuhi Hukum Moore (Gordon Moore salah seorang pendiri syarikat Intel). Menurut Hukum Moore, peningkatan kepantasan mikroprosesor komputer akan meningkat dua kali ganda setiap 18 bulan (atau 2 tahun). Dan kejayaan IBM ini membuktikan industri mikroprosesor masih mematuhi Hukum Moore.
[/url]
Cabaran utama IBM ialah untuk menterjemahkan hasil penemuan terbaru mereka kepada produk sebenar melalui proses pengilangan sebelum ia menemui pengguna.
Beberapa gergasi indutri bekerjasama dengan IBM untuk merealisasikan hasil kajian ini termasuklah SAMSUNG, GlobalFoundries dan State University of New York (SUNY).
Sumber – [url=http://www.nytimes.com/2015/07/09/technology/ibm-announces-computer-chips-more-powerful-than-any-in-existence.html?_r=1]New York Times
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|